Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Monday, October 11, 2010

sakit itu nikmat?

batuk + selsema + demam + pusing mata + sakit pala


tu la yang cik giRang hadapi saat ni
duk atas tilam je..
terbaring je...tapi ni tgh duduk..


pala masih lagi goyang-goyang ni..
tapi duduk-duduk saja x buat ape sangat la bosan kan
kije banyak tapi x mo wat kije waktu dalam keadaan macam ni


bersandar jap..hah...sejuk la plak rasanya...
kipas tu bukak 1 je tu..


sakit membuatkan kita rasa lemah je 1 badan kan..
ramai orang merungut-rungut bila dapat sakit...
rugi...sangat la rugi manusia itu...


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menghapuskan 
sebahagian daripada dosa-dosa kita yang da munggunung tinggi tu?


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menambah
sebanyak mungkin pahala
dengan hanya redha dan bersabar dengan sedikit ujian dariNya?


 ni tak...baru sakit sikit da bising-bising...
tu pon duk melepek je atas tilam katil tanpa berbuat apa-apa...


Rasulullah s.a.w dulu dilontar batu hingga berdarah-darah...
masih lagi tersenyum dan terus menjalankan kegiatan dakwah...
malunya kita menjadi umat Baginda Rasulullah s.a.w
sakit sikit je tapi rungutan sangat la banyak..
sakit sikit je tapi rehat sangat la panjang..


agak-agak korang la kan...
bagaimana perasaan Baginda Rasulullah s.a.w bila tgk keadaan kita umat dia hari ni?


cik giRang ingin berkongsi sesuatu dengan semua..
sedikit petikan dari buku karangan Imam al-Ghazali bertajuk
Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan
tajuk asal buku ni ialah
Mukashafah al-Qulub
diterjemahkan oleh Muhammad Qadirun Nur
dari Bab 3: Sabar dan Sakit mukasurat 11 & 12




Junaid al-Baghdadi ra telah berkata,
"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"



Rasulullah s.a.w juga bersabda,
"Barangsiapa sakit semalam, 
dia sabar dan rela kepada Allah, 
maka bersih dari dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.
Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh"



Telah berkata Adl Dlahak ra,
"Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah,
maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah"



Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata
"Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dngan suatu bencana,
Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk,
"Hapuskan catatan daripadanya."
dan berkata kepada pencatat amal baik,
"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik daripada yang dia perbuat".



Tersebut pula dalam sebuah hadith. Daripada nabi s.a.w, Baginda bersabda,
" Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, 
seraya berkata,
"Lihatla kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah,
Dia lebih tahu, lalu berkata,
"Aku berjanji untuk hambaKu.
Jika Aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga.
Dan jika Aku menyembuhkannya, 
Ku ganti dia daging yang lebih baik daripadanya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.
Dan Aku hapuskan pula keburukannya." "





banyak kelebihan orang yang sakit ni
cik giRang teringat 1 kisah
x pasti berlaku pada sahabat atau tabi' atau tabi' tabi'in atau yang slepasnya


kisahnya, hamba Allah yang sorang ni menangis 
kerana TIDAK MENDAPAT SAKIT ATAU MUSIBAH
sedangkan rakannya yang lain nya ditimpa sakit dan jugak musibah.
sedih sungguh hatinya.
bila ditanya oleh seorang sahabat, mengapa dia menangis
jawabnya (kalu x silap cik giRang la kan)
"aku takut aku diabaikan Allah...sahabat yang lain semuanya ditimpa kedukaan dan kesakitan tapi tidak aku"
** tolong cek balik kisah ni...cik giRang ingat-ingat lupa..kalu salah tolong betulkan ye **


tu la umat terdahulu...
jauh sungguh bezanya ngan kita umat terkemudian ni..
dorang punya la takut di lupaka dan di abaikan oleh Allah
tapi kite selamber badak sumbu je
abaikan Allah.. lupa perintahNya... ingkari laranganNya

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
AL-LAZI LA ILAHA ILLA HU WAL-HAYYULQOYYUM
WA ATUBU ILAIH
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM


rasanya setakat ni je lah dulu coretan cik giRang..
till we meet again
wassalam


p/s: 
sangat tertarik ngn kata-kata Junaid al-Baghdadi ra kat atas. Sama-sama la kita beringat dan beramal. (^_^)

"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"


1 comment:

  1. seringkali kita merungut bila ditimpa sakit atau musibah...
    Sedangkan ad bnyak hikmah disebaliknya...
    sbb tu pentingnya melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif...

    ReplyDelete

jejak perayau blog