Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Sunday, April 17, 2011

Poligami..menghindar atau menambah dosa?

Salam all.. Kali ni cik giRang nak bercakap tentang satu perkara yang cik giRang masih tiada pengalaman lagi.. yela kan.. Tak kawen lagi mana nak ada pengalaman berpoligami kan..

But then, i love to read real life stories.. Kisah keterlanjuran manusia... Kisah kehanyutan manusia ... Kegembiraan dan kedukaan...Kesakitan..kegirangan...ni kalu munCet baca ni, musti dia tambah 'ke-gigi-jarang-an' kat belakang tu pastu ketawa mengekek-ngekek..

cik giRang berpegang pada pesanan orang melayu dulu-dulu.. " yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Pada cik giRang, pengalaman tu tak semestinya kite kene lalui satu peristiwa tu dulu then baru kite nak cakap kite dah berpengalaman dalam hal tu. Menyerap pesanan nenek moyang kita di atas ke dalam kehidupan seharian, segala benda di sekitar kita ni boleh dijadikan pengalaman hidup.. tak kiralah sama ada kita melalui perkara itu ataupon tidak. Perhatikan sekeliling...omputih kata observe your surroundings.. banyak benda kita yang akan dapat.

Berdasarkan pengalaman pembacaan dan penghayatan cik giRang, cik giRang tampilkan kisah di bawah yang dibina dari pelbagai kisah manusia yang sebenar-benarnya berlaku di zaman moden lagi canggih tak terkata ni..

Seorang lelaki, dua wanita. Suami dan juga isteri-isteri. Isi hati masing...?

Sebelum membincangkan soal isi hati.. kita tinjau dulu soal fitrah 2 manusia berlainan jantina. Lelaki dan wanita.

Setuju atau tidak..dalam perhubungan, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan bersifat ingin memiliki? Baik lelaki mahupon wanita..kedua-duanya begitu. Namun, satu perkara yang berbeza tentang dua manusia ni, monogamous dan polygamous.

I'm talking in term of feeling perspective.

Man can love more than one woman at one time but woman cant..  Even if she is with someone, the one that's in her mind is the guy that she loves.

Women are monogamous..while men are polygamous. Women's thinking perspective are micro and men's are macro. That's why women are always sometimes choosy, cerewet, memilih dan yang seangkatan dengannya. They see something deep into the little tiny things. Lelaki pulak, mereka tidak memikirkan hal yang kecik-mecik kerana bagi mereka benda-benda sebegini remeh. Mereka melihat sesuatu secara global atau keseluruhannya.

Satu bulatan yang diisi dengan warna putih, pink, biru, purple, hijau, merah dan oren. Wanita yang melihat bulatan itu, matanya akan tertancap pada warna kegemarannya biasanya kaler pink dan di hatinya "eh eh.. warna pink kegemaranku ada la" lalu tersenyum. Lelaki yang melihat bulatan itu, sekadar melihat beberapa saat, maybe tak sampai 2 saat pon pastu berpaling. Di hati mereka.. it's just a circle with a bunch of colors..not a big deal..

Eh eh.. da jauh da menyimpang kan.. Sebenarnya nak cakap pasal poligami je..Tu la pompuan.. hehehe..

Tadi cik giRang cakap nak ceritakan kisah kan..hurm.. Tak jadi la..

Ok..poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...menghindar dosa..ye la kan...asyik teringat terbayang terkenang je...dah la duk sepejabat..selalu jumpa..  setan banyak kiri kanan ni suh buat dosa... daripada termakan hasutan setan pastu  terbuat maksiat and dosa baik kawen je kan..."

"...mampu? insyaAllah boleh..orang yang mendirikan masjid ni dimurahkan rezekinya. lagipon masing-masing kerja so takde la berat sangat tanggungan nye kan..."

"...adil? insyaAllah... dah sini sayang sana pon sayang... sini cantik sana comey... yang sini  macam siti nurhaliza yang sana macam aiswarya rai.. insyaAllah takde masalah untuk aku berlaku adil..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...saya pon pompuan..ingin menyayangi dan disayangi.. ingin menyintai dan dicintai.. akak pon pompuan kan..so akak pon paham kan apa yang saya rasa?"

"...saya bukan merampas..sekadar mahu menumpang kasih sayang seorang suami je..."

"...susah nak cari lelaki yang baik dan betul-betul bertanggungjawab...abang suami akak memang terserlah yang dia seorang yang bertanggujawab. memang nampak jelas la dari cara dia menguruskan rumahtangga, isteri dan anak-anak..."

"...saya nak seorang yang boleh bimbing saya..yang boleh pimpin saya.. saya nampak dia berkebolehan untuk itu..dia boleh pimpin akak..anak-anak akak dengan baik..saya pon nak macam tu jugak..."

"...saya ni makin lama umur makin lanjut..saya taknak jadik anak dara tua lanjut usia.. cuba akak letakkan diri akak di tempat saya..akak pon tak nak jadik anak dara tua  lanjut usia kan?..."

"...saya ni ada penyakit kak.. tak lama lagi mati la..bagi la can saya kawen, merasa kehidupan berumahtangga..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...apa salah saya? apa kurang saya?"

"...masih tak cukup lagi ke pengorbanan saya untuk abang?"

"...saya dah lahirkan anak untuk abang...bukan 1..bukan 2..tapi 10 orang anak!!!"

"...saya penat kuar kije untuk bantu abang..balik petang badan penat layan pulak karenah anak-anak abang yang nakal pastu tidokan anak pastu abang pulak nak bermanja-manja.. Sampai hati buat macam ni kat saya???"

Actually..ini adalah sebahagian dari kes-kes yang cik giRang baca. Ada lagi.. banyak lagi luahan rasa terpendam mereka-mereka yang terlibat. cik giRang tampilkan sebahagian aje ni. Tapi ada jugak kes seperti di bawah ni:

Poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...mampu ke aku nak berlaku adil? nanti kang dua-dua sakit serentak, nak pegi tengok yang mana dulu? buat begini kang yang ni kecik ati yang sana masam muka plak..."

"...beratnya tanggungjawab aku skang ni.. dua masjid perlu dijaga. yang sana anak da lima n one the way masuk enam yang ni plak esok lusa je bersalin.makin banyak ati yang perlu dijaga banyak mulut yang perlu disuap..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...chek tak mau  ganggu gugat ghumahtangga orang. tapi chek tak buleh lupa dia..."

"...kalu akak bagi izin, ambo terimo la untuk jadi bini keduo abe. kalu tok, setakat ni je la hubunge kito. ambo tak nak rosakkan rumahtangga ore..."

"...ya Allah...dia da kawen ke? dia cakap dia bujang lagi.. hidup-hidup aku kene tipu. tak pasal-pasal je jadi bini nombor 2..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...daripada suami aku buat maksiat, baik la aku bagi dia izin nikah lagi..."

"...takpe la..nanti kalu aku sakit pening, ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan anak dan suami aku...."

"...nanti esok kalu tetiba aku meninggal dulu..ada gak orang yang boleh tenangkan suami aku..jaga anak-anak aku..kalu tetiba suami aku meroyan ke sebab terlalu sedih sebab aku da meninggal, ada gak la yang boleh jaga suami aku baik-baik kan..."

"...ala..dia sakit.. bagi la can dia merasa berkasih sayang dengan seorang suami...lagipon tak lama dah hayat dia..."

Itulah sebahagian ragam manusia. So, sepertimana tajuk coretan kali ni, kite sume tahu dan sedar bahawa poligami leads to two different state... menghindar atau menambah dosa. Makanya, dalam keadaan macam manakah yang menyebabkan poligami menjadi penambah dosa? Keadaan di mana keinginan dan nafsu diutamakan.

Keinginan untuk memiliki dan tidak berkongsi... Keinginan untuk menjadi the one and only.

Nafsu amarah kerana merasakan diri diduakan..dikhianati..

Ketidak-puasan hati kerana cemburu yang menguasai diri.. Keinginan menjadi the one and only menyukarkan sang suami untuk memberi layanan yang adil lantas tanpa sedar telah melakukan kzaliman ke atas salah satu pihak isterinya.

etc..etc....

Keadaan yang bagaimanakah yang memungkinkan poligami menjadi penambah pahala?

Apabila redha akan qada' dan qadar menjadi landasan kehidupan. Berlapang dada menerima segala ketentuan Allah walau pahit terpaksa ditelan.

Ubat memang pahit... Tetapi kesembuhan setelah memakan ubat itu yang kita mahukan..

Ujian semamangnya perit.. Tetapi kemanisan iman setelah berjaya mengharungi ujian itulah yang kita inginkan...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad: 31)

Bermadu sememangnya sangat pahit dan perit.. Namun setelah seketika, manisnya iman akan kita capai seandainya kita meletakkan redha ke atas ketentuan Allah sebagai asas dalam kehidupan kita. Sememang tiada siapa yang mahu bermadu. Namun ingat lah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)"

Sememangnya berat untuk dipikul bebanan perasaan.. mengelak dari kekecewaan dan perasaan cemburu yang merajai hati... Ingatlah pesan tuhanmu...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: 45)

Poligami adalah satu bentuk ujian yang mengajar ketiga-tiga pihak --suami, isteri dan isteri-- akan erti sebuah keikhlasan dan keredhaan yang mutlak. Keikhlasan dan keredhaan yang hanya akan mampu dicapai bilamana diri didekatkan dengan Tuhan yang Esa dan kecintaaan yang utama hanya padaNya. Namun seandainya kecintaan yang utama itu disandarkan pada pasangan, semakin sukarlah untuk memupuk sifat redha dan ikhlas di dalam hati. Kita telah diingatkan bahawa, "kita takkan sesekali diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)


'Ala kulli hal, cik giRang mohon ampun dan maaf seandainya coretan cik giRang ni menyinggung mana-mana pihak. Segala yang tercatat di sini adalah hasil dari pemerhatian dan juga ilmu yang cetek yang cik giRang miliki. Andai ada salah dan silap, mohon diperbetulkan kerana cik giRang hanya manusia biasa yang masih punya banyak kelemahan. Wallahu'alam bissowab wassalam 'alaikum wa rahmatullah.

 ~ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. ~
(At-Taubah: 129)

2 comments:

  1. Salam..
    Interesting.
    =>
    article yang di tulis di sokong dgn dalil naqli.
    I am very proud of you..

    ReplyDelete
  2. Wasallam..
    Tq tq..
    ambil masa jugak nak tulis tajuk ni.. :)
    risau kalu tersalah cakap mengguris hati sape-sape yang membaca :)

    ReplyDelete

jejak perayau blog