tgk tajuk entry...apsal pakai baju vS x pakai baju??? aiseh...owner blog ni x nk pakai baju ke? da ilang akal ke?
woopps...nanti!!!bukan itu maksud cik giRang!!!ofkos la cik giRang TAK MAU buat kije giller cmtu...uik?! ari kat luar nak ujan la..hoho...jap angkat baju kat ampai..
kenapa pakai baju vS x pakai baju??? cuba tgk kiri kanan depan belakang kite..kite di sekelilingi oleh banyak manusia. hatta atas bawah pon ada manusia jugak(duk bangunan bertingkat apartment yang lif dia salu rosak kan? duk asrama bertingkat-tingkat pon boleh jugak..ada org kat atas bawah)... cuba tgk pakaian dorg...cantik-cantik...kan? lawa-lawa...kan? jarang-jarang...kan? terbelah sana sini...kan? nampak uruf uu dan uruf v...kan? ape uruf uu n uruf v tu? cuba tgk kiri kanan lg...nmpak x pmpuan pakai baju ketat seluar ketat? ada nmpak x figura yang menyerupai uruf uu dan uruf v di situ? kalu x nampak, korang ni memang lambat pick-up dan jap gi pak belalang akan muncul sebelah korang dan cakap yang korang ni da x lama da kat dunia ni....
pak belalaaaangg..nujum terjun kebetulan mengena...heh..heh..heh! baik ko jaga-jaga...
-- refer lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal --
owh...korang x rase sedih ke tgk dorg...baju x cukup kain benang...agak-gak kan..kalu korang approach dorang dan hadiahkan kain semeter dgn benang sebuku, apa reaksi dorang eh?
PANG!!! melekat 5 jari kat pipi..kalu jari ok lagi..tapi kalu yang meelkat kat pipi korang tu kasut? ahahaha...kesian kat korang yang kesiankan dorang sebab pakai baju x cukup kain benang...kesian kat korang yang kesiankan dorang yang pakai baju tp macam x pakai baju..
pakai baju tapi macam x pakai baju? ha..tu la tajuk entry kite kan...pakai baju vS x pakai baju???
macam mana nak pakai baju dan memang nampak macam kite pakai baju?hohoho..Islam kan da bagi caranya....berminat untuk tau? sila teruskan pembacaan anda...
SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARAK
- Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
- Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
- Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram). Allah berfirman yang bermaksud:
- Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
- Pakaian yang longgar.
- Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah.
- Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan.
- Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
- Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
- Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
- Pakaian yang tidak jarang.
- Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.
- Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
- Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
- Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
- pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain
- pakaian yang menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
- Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir.
- Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas:
- Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
- Tidak bertabarruj.
- Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek.
- Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.
- Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
- Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
- Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu.
- Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah:
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
“Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
cik giRang x tuka ape-ape dr source ni..juz edit ckit sbb teks asal terlalu banyak tulisan...nanti korang sume malas dan x lalu plak nak baca...
da baca da syarat-syaratnya? bukannya susah sangat kan...setakat pakai baju yang longgar such as baju kurung or t-shirt muslimah tu..pastu pakai tudung yang tutup dada...pastu pkai stokin kaki n tangan...da siap da...pastu boleh la nak merewang ke mana-mana pon...
niatkan berpakaian tu utk mengikut dan mentaati perintah agama...buakan untuk menarik perhatian orang lain..untuk apa kite meraih pujian orang sedangkan Allah murka pada kite kerana mengingkari suruhanNya?
Allah yang menciptakan manusia..Dia lebih mengenal manusia tu cmne..atas sebab itula ada perkara yg di larang untuk kita lakukan...kenapa?sudah tentula kerana Allah sayangkan kite..Dia x nak kite menjahanamkan diri kite dgn melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..
p/s:
- kite mungkin x baik ari semalam..tapi x bermakna kite x boleh usaha untuk jadikan diri kita baik pada ari ni dan esok dan esoknya dan esoknya lagi dan seterusnya kan..
- sentiasa perbaiki diri untuk jadik hamba Allah yang terbaik...pesanan untuk diri sendiri dan kepada sume jugak
0 coretan pembaca budiman:
Post a Comment
jejak perayau blog