Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Tuesday, December 6, 2011

Menu berbuka puasa




Mi udang hentam keromo resipi... Dari last week teringin nak makan.. Hari ni baru dapat buat.. Resipi ehsan incek gugel yang akhirnya dirosakkan oleh cik giRang..hahaha... Sila abaikan limau 3 bijik dan tisu seketul di situ.

Mulanya ikot la resipi. Sudah nye campak-campak je la. Masuk perut sendiri jugak. Hasilnya agak yummy (sebab lapo seharian tak makan..huhuhu)

Ingatkan nak share resipi ikan patin masak lemak tempoyak yang cik giRang buat ari tu..resipi keluarga cik giRang. Tapi gambar ikan patin tu duk berendam dalam kuah lemak tempoyak ada dalam henpon adik.. Makanya cik giRang hold la dulu resipi tu eh..

Teringin nak buat puding raja jugak. Ari tu da ada janji ngan opismate nak buat and bagi dia makan. Tadi plak otai otai opis duk sebut jugak pasal puding raja and request suh bawak gi opis. Owh, mentang-mentang la saya berasal dari Pekan bandar diraja kan.. Errr... bila nak buat eh?

Actually, tak pernah buat sendiri tapi tau la caranya macam mana sebab selalu sangat tengok ummi cik giRang buat. Tu pon resipi yang sudah dimodify oleh ummi  *ummi tambah sebahagian bahan-bahan dalam resipi asal puding raja tu*. Selalunya, bila ada saudara-mara or kenalan kuarga buat majlis kawen, dorang akan request ummi cik giRang buat puding raja untuk hidangan di meja pengantin. Nak buat puding raja ni, sangat la mudah sebenarnya, kecuali part urat emas a.k.a jala emas. Urat emas or jala emas ni la yang paling susah sekali nak buat. Yang lain tu simple sempoi aje..

Tak mboh bebel lama-lama kat sini. Mata da terasa berat. Maybe sebab tadi overloaded. Tilam empuk sedang melambai-lambai memanggil. Owh bantal itu.. Resik munCet *teddy bear cik giRang*... Bantal pisang.. Gebar busuk... Easter pinky bunny... Beybear kunen.... Huggie me heart.... Zzzzz Zzzzz Zzzzzzz

Saturday, November 19, 2011

... C . I . N . T .A ...



Salam'alaik duhai incek dan cik non sekalian...


cik giRang terjumpa satu quote yang sangat best dan cik giRang nak share ngan incek dan cik non sume..


♥ Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu ♥
♥ Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa ♥

♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥


Love quote ni menyebabkan cik giRang teringatkan satu peristiwa tatkala si teruna dan dara berbalas-balas pantun mesej di talipon...




cik giRang:
Betul ke awak cintakan saya? Kenapa awak cintakan saya?

mr munCet:
Ya.. Kerana apa? Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...

cik giRang: 
Maksud awak?

mr munCet:
Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana... =>
Awak renung baik-baik ayat tu, pastu awak bagitau saya apa yang awak faham =>


cik giRang membaca berulang kali...Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...??? Puzzled...

cik giRang:
Tak paham... apa maksud awak?


Talipon berdering. Panggilan dari si munCet. Tekan button accept.

mr. munCet:
Assalamu'alaikum...

cik giRang:
Wa 'alaikumussalam. Wak...apa maksud ayat awak tadi tu?

mr. munCet:
Saya cintakan awak kerana saya cintakan awak. Saya tak perlukan sebab untuk menyintai awak.

cik giRang:
....

mr munCet:
Kalau saya cintakan awak sebab awak cantik, nanti esok bila saya jumpa orang yang lagi cantik, perasaan saya pada awak akan hilang. Kalau saya cintakan awak sebab awak baik, nanti esok kalau kalau saya jumpa orang yang lagi baik dari awak, atau awak berubah jadi jahat, perasaan saya pada awak akan hilang.

cik giRang:
*digesting the words*
Owh...

mr munCet:
Awak masih nak saya sayangkan awak atas sesuatu sebab?

cik giRang:
Tak nak...

mr munCet:
Saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?

cik giRang:
Nak tanya apa? Tanyalah...

mr munCet:
Kenapa awak sayang saya?

cik giRang:
.....
Tak tau....

mr munCet:
Tak tau?

cik giRang:
Tak tau... tapi awak selalu ingatkan saya..jaga solat.. jangan lewatkan solat...tutup aurat elok-elok..stokin...stongan...

mr munCet:
Saya buat camtu sebab saya sayang awak. Kalau kite sayangkan seseorang, tak kan kite nak biar orang tu dapat susah kan. Saya tak nak awak dapat susah.. kat dunia ni dan kat akhirat nanti...




My deary munCet... an infinite thanks to you for always taking care of me and always remind me on the afterlife world... May Allah showers His blessings unto us. May this relationship always brings us another step closer to our Lord.. Ameenn.


♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥




Thursday, November 17, 2011

Scrapaperclip Giveaway

This is a very short and quick entry. Memandangkan cik giRang hanya ada masa yang kurang dari 30 minit intuk menyiapkan entry ini dengan keadaan baby sexy yang sebegini rupa...


cik non cik non sume mesti nak tau kan kenapa cik giRang ni rushing sangat? Haaa... apa kata kite layan gambar-gambar ni dulu.









Apa macam? Manyak caantik loorrr... And suprisingly, all those beauties are made of scraped papers!!!!

Anda kini sedang membaca entry khas untuk  Scrapaperclip Giveaway yang tarikh tamatnya adalah hari ini dan waktu tamatnya adalah sebentar saja lagi.

Wuhuhuhuhuuu..masa dah makin suntuk... cik giRang stop di sini dlu ye sebab nanti kalu lambat penyertaan tidak sah pulak.. Btw, thanks to cik Kina yang mempromosikan contest ini. Opps..sori.. Puan Kina...hehehe..Dia da tukar status bulan lepas... (^^_ )

Babai cik non cik non sekalian... cik giRang nak sambung mamam bubur. Haaa ada 5 minit je lagi utk post entry nih!!!!




contest brought to you by

Sunday, November 13, 2011

My Baby Sexy...

Salam ceria salam sejahtera salam bahagia buat semua. Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Kesian tinta sanubariku ini. Lama sangat terbiar tanpa catatan dan coretan baru. Bukannya tak ade kisah yang nak diceriterakan. Banyak je cite nye. Nak review pasal majlis tunang ari tu...nak cite pasal konvo. Namun apakan daya.. huhuhu

Ada tiga penyebab yang membantutkan selera niat untuk menghapdet blog ni.


Kekangan masa.

Kije...busy... Balik kije, masak dinner atau beli je pastu mamam. Rehat- rehat jap.. mesej-mesej or koling koling si munCet. Then tido. Sepatutnya ini tak menjadi 1 masalah sebab sume orang mempunyai masa 24 jam sehari dan 7 ari semnggu. Tapinya perkara yang tercatat di bawah menyebabkan proses menghapdet blog tidak berlaku.


Internet connection

Kat umah takde internet connection. Kat opis ofkoz la ada sumbangan sambungan internet. Wireless lg tu.

cik Anon: abis tu apsal cik giRang tak hapdet blog? Fesbuk boleh plak bukak...

Mana boleh cik non...datang opis untuk kije. Kalu curik-curik intai facebook and jengok-jengok blog orang tu boleh la lagi. Tapi hapdet blog...waahh...nampak sangat la macam ko takde kije kan. Da la team cik giRang ni memang tengah baayak kije. Ko plak senang-lenang goyang-goyang kaki dengan senang ati je buat menda lain sedangkan ko punye teammates da sampai tahap nak tarik-tarik rambut hentak-hentak kaki atas lantai sebab tension banyak lagi kije yang duk tersengih-sengih melambai-lambai mintak disiapkan. Huh panjangnya...putus nafas sekejap.

Kat umah parents di Pekan tu ada je internet. Kat kat umah kakak yang cik giRang sokmo gi kat Kuantan tu pon ada internet jugak. Tapinya sesekali balik kampung, nak la abiskan masa dengan ahli kuarga kan. Tengok tv sama. Makan bersama. Maklum la bukan selalu dapat abiskn masa ngan family.


Baby Sexy's condition

Ini satu lagi yang banyak mematikan niat untuk hapdet blog. No need to say more. Tengok la gambar ni je..


Perasan tak sesuatu yang paranormal abnormal di situ? Tak perasan eh... Takpe tengok gambar di bawah plak.


Masih tidak perasan lagi cik non? Ok... more picca plzzz...Abaikan kualiti gambar-gambar itu sume. Maklum la..henpon saya ni henpon cap ayam je.

Lappy kak Za, my rumet

My baby sexy.... kibod tadak !!!

cik Anon: cik giRang..... apa da jadik ngan Baby Sexy??!!

cik non sayang.. ni kijenya si Allani... asalnya dia nak tengok faveret katun dia ( Timmy Time) kat baby sexy ni. Pastu bila dia da mula bosan, dia main-mainkan tangan dia kat kibod. Pastu camne ntah jari halus dia tersangkut kat huruf  'E'. Dia pon mencungetkan jari dia...tercungkil la huruf  'E' tu. Pastu dia pon suka ati la. Bila dia duduk je depan baby sexy ni, dia cungkil la huruf-huruf yang ada. Ada sesetengah huruf tu da tak boleh pasang semula sebab soket huruf tu da patah. Sudahnya cik giRang cakap kat dia, 'cungkil la peghabih dik. senang nanti masuk kibod baru je kat situ.' Maka dia pon mempeghabihkanla kibod baby sexy. Pastu cik giRang nak ganti kibod baru tapi takde duit...isk isk..( lap ayer mata)



Haaaa...tu la penyebab utama ke-liat-an untuk menghapdet blog. Baby sexy masih boleh digunakan tapi agak seksa sikit la nak menaip. Ni pon da lenguh tangan menaip ni. Dari pagi tadi pukul 9 skang ni da pukul 12.20 cik giRang masih lagi menaip untuk siapkan entry pendek ni.


Penghujung bulan ni, insyaAllah baby sexy akan menjalani pembedahan untuk menerima organ kibod baru. Doakan keselamatannya  eh. Plus, cik giRang da langgan P1 Wimax. cik giRang amek pakej One Plan. Dapat modem dan broadbandnya sekali. Broadbandnya dalam perjalanan menemui si munCet di Johor. Amek pakej  89, bulan-bulan bayar RM89. cik giRang bayar separuh dan munCet bayar lagi separuh. Dan malam-malam x payah lagi mesej-mesej koling-koling si munCet. YM aje sudah. Sambil tu boleh la hapdet blog.. hii hiii hii hii hii hee huu hiii *gelak senang hati*

Tangan da lenguh sangat... Berhenti di sini dulu. Adios muchachos. See you again on the next entry. Babai~
(^_~)

Tuesday, October 11, 2011

Convocation...Part II

Assalamu'alaikum...

Sepertimana yang cik giRang ceterakan sebelum ini, gambar konvo cik giRang tak banyak sebab cik giRang takde kamera. Punya la sedih kan bila tengok orang lain bergambar sakan dengan jubah konvo dan hadiah masing-masing.

Hari isnin amek half day sebab nak setelkan pemulangan jubah konvo dan nak amek gambar sekali. Pagi tu tersangat la takde mood. Rasa macam malas sanagt nak kuar dari bilik sebab nanti nampak orang lain bergambar sakan..huhuuhuuu

Tatkala terpandang jambangan-jambangan bunga dan hadiah yang diterima, tetiba cik giRang rasa bersemangat. Ah..lantak kan ajela orang lain amek-amek gambar kan. Dorang takde jambangan bunga sebesar yang aku ada. Ada DUA plak tu. Kalu cik giRang jeles dorang bergambar sakan, bior dorang plak jeles sebab bunga  cik giRang besar.

Makanya cik giRang pon bersiap-siap la. Adik cik giRang da mula membising sebab cik giRang lambat sangat. Dia tunggu kat tangga firaun aje (tangga tu di pangil tangga firaun sbb rupanye lebar di bawah dan semakin mengecil di bhgian atas... ala-ala piramid la kononnye)

Cik giRang pakai kasut hantaran. Flower bouquet dan hadiah yang dapat waktu konvo semalamnye cik girang letak dalam beg besar.  Terkedek-kedek jalan menuju ke tangga firaun tu.. Dari jauh da nampak muka adik cik giRang masam mencuka.. Yelah kan.. dia da tunggu kat situ dekat setengah jam. Pastu cik giRang sengih je. Tetiba bunny kecik yang bestfren munCet bagi tu terjatuh. Adik cik giRang gelak sakan dari jauh. Nasib baik jugak kan... kalu tak maunye dibebel tak terdaya telinga nak menahannye nanti..

Bila sampai kat adik, dia cakap dia apat pinjam DSLR dari kawan dia. Hampir melompat cik giRang mendengarnye. Makanye bergeraklah kami ke first spot untuk amek-amek gambar; hadapan  Cultural Activity Center (CAC).

taddaaaaaa...
Tengah syok amek2 gambar tu kan.. cik giRang notice sumthing a bit weird when I walk.. Setelah diteliti... laaa... rupanye ini yang berlaku...

apakah...???
Nampak tak apa yang terjadik? Tak nampak? Ok kite zoom sikit..

Kasutku!!!!
Maka setelah itu cik giRang pon berkaki ayam la ke sana ke mari... Mana-mana cik giRang pegi, orang duk tengok-tengok pandang-pandang je sebab cik giRang ada 2 big flower bouquets. Then bila pandang ke bawah, dorang terus jek bisik-bisik.. hahaha..lantak korang la nak gosip ape.. Biarlah tak berkasut pon asalkan flower bouquet ku meletops..hahhaa

Bersama hadiah yang ku terima

Ok nak undur diri dulu... sebelum tu.. sila la lihat dan merasa jeles ngan hadiah graduasi ku ini.. ehehehe ;p


Flower bouquet with yellow teddy from my beloved family...
Flower bouquet with white teddy from my beloved fiance..
Cute little pinky bunny from fiance's bestfriend... Jamil Aizat *kiranya kawan ku jugak la nih*
A beautiful rose from my ex club-mate, Nik Rahimah...
A beautiful shawl from my ex club-mates, Irwan and Aini *dorang ni couple.. tak lama g kawen la..hehehe*

Hadiah buat Ummi dan Abah

Convocation...Part I

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua..Salam satu Malaysia... ^_^

Seharusnya cik giRang setelkan review bout majlis tunang ari tu.. tentang pelamin, MUA, baju dan segala la kan. Tapi sebab gambar masih lagi di rumah, makanya x berapa best la nak buat review. So kali ni cik giRang review pasal my convocation day sabtu yang lalu..


Kanak-kanak hilang ibu...

Nak dijadikan cerita, cik giRang tak sedar bateri talipon da tinggal satu bar. Nak charge da memang tak sempat la plus charger pon takde. Ingatkan boleh la bateri phone tu bertahan sampai abis majlis. Tup tup tengah-tengah majlis tu dia padam da. Abis majlis tu cik giRang keluar dari dewan, congraz congraz kat member-member pastu diam terpinga-pinga. Eh, mana ummi abah?

Meredah lautan manusia yang pelbagai bau dengan hangatnya mentari petang hari.. aduh... tolong.. tolong.. saya ilang ummi abah.. huhhuuuhu.. Mana nak tuju ntah. Mata melilau sini sana mengintai-ngintai mana la ummi abahku berada. Pastu terjumpa la sorang teman, namanya Mariam. Pinjam talipon dia untuk contact ummi. Ummi cakap dia ada kat area depan. Makanya cik giRang pon sekali lagi meredah orang ramai mencari ummi dan abah. Mariam pon cik giRang tarik sekali sebab ada barang dia yang munCet cik giRang simpankan. Maklum la, kitorang kene masuk melenggang je ke dalam dewan.

Tak jumpa jugak. Pinjam lagi talipon Mariam dan talipon ummi abah sekali lagi. Berjalan lagi, mencari dan terus mencari. Pastu jumpa! Bertemu kat bahagian tepi dewan. Rupanya ummi ingat kawasan tu kat bahagian depan sebab ada pintu masuk untuk vvip kat situ. Yang cik giRang plak carik kat bahagian pintu depan yang biasa kitorang guna untuk masuk dalam main hall.  Aduhai... ponat eden berjalan...

Ummi cakap, " masa nk masuk dia iring kite.. bila da abis majlis dia suruh kite keluar.. da macam menghalau pulak.. dia bawak kite masuk ikut pintu ni tapi dia suruh kite keluar ikut pintu lain.. "  Aduhai...


Di mana kekasih hatiku?


Al-kisah si munCet, talipon dia jugak kehabisan bateri. Makanya kitorang terputus hubungan. si munCet duduk kat lab dengan besfren dia dan tonton majlis konvokesyen tu melalui internet. Owh, ni kali pertama UIA pancarkan majlis konvokesyen secara live dan boleh ditonton di internet. cik giRang pon tak tau sebenarnya pasal ni. Tau ni pon sebab si munCet cite kemudiannya.

munCet pinjam phone besfren dia untuk call cik giRang. Tak dapat. Dia da mati kutu da. Sudahnnye dia menggunakan instinct dia. Dia duduk kat satu sudut memerhatikan orang dengan harapan cik giRang ternampakkan dia. Mujur jugak la munCet pakai baju pink.. hik hik hik.. senang nak spot.. Out club-mates yang da mati kutu tak tau camne nak contact kitorang ternampakkan si munCet. Dan adik cik giRang nampak dia...

Total hour of termangu-mangu mencari ummi abah dan tunang ambe si munCet, ada la dekat sejam setengah. Wonder what would happen if telephone was never invented.. hahaha

Sepanjang perjalanan nak ke kereta tuh... banyak mata yang memandang. Dan dari gerak bibir dorag cik giRang dapat agak yang dorang cakap 'besarnye bunga dia'.. hahaha seronok sangat rasanye! Dapat 2 flower bouquet; satu dari family and satu lagi dari buah ati. Selendang da sekuntum bunga kecik dari ex club-mates and sebijik pinky bunny dari besfren munCet *bukan bunny betol*.

Ok mau tido dengan senang hati.. babai sume. zzzzzzz

Wednesday, September 28, 2011

Pekerjaan Pertunangan Pengantin

FUH!!!

FUUUHHHHHHH!!

FUH FUH FUH!!!!

Uiiiii...berhabuk sakan blog ni...FUH FUH!!!

Aiii..tu la kan..da berzaman x hapdet... hehehe..da lama x hapdet ni, makanya banyak la cerita terkumpul yang nak dikongsi bersama...

Sebelum tu...lupa plak nak bagi salam... assalamu'alaikum duhai pentandang-pentandang sekalian..hehehe...tima kasih la sebab sudi menapak di sini.... (^_^)


Pekerjaan...

Setelah 6 bulan menjadi penternak penanam anggur berjaya di rumah, cik giRang telah berjaya menjadi ahli keluarga Tenaga Nasional Berhad (TNB)... tapi sebagai trainee je la.. cik giRang telah diterima sebagai pelatih untuk Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Sempat la berkenalan dengan Kak Fiza, Mira, Jo dan yang lain-lainnya (kalu sebut kat sini ramai sangat). Jumpa plak kawan lama cik giRang, Athirah yang bekerja kat sana dalam team security.

3 speky...tunangan-tunangan orang..hehehe..

Selepas sebulan, cik giRang menyerahkan surat perletakan jawatan kepada yang berkenaan. Ececeh.. macam la besar sangat jawatan tu untuk diletak-letakkan kan.. Pelatih je pon..huhuhu..

Kini, sudah hampir sebulan cik giRang memulakan kerjaya di Steelcase Global Shared Services bertempat di Gardens, Mid Valley City...betol-betol belakang Mid Valley tuh.. Minggu pertama tu punya la tension sebab asyik sesat dalam mall tu je... yela kan....bukannye kaki jalan...tu yang boleh sesat-mesat tuh.. Tapi kini sudah hampir pasti..Mid Valley di dalam tanganku..hahhahaha... (tapi sesat jugak lagik tuh..huhuuhuu)



Percintaan

Ehem... =D

tersenyum selebar-lebarnya sambil menarikan jemari di atas papan kekunci...

Alhamdulillah...sudah hampir genap seminggu cik giRang menjadi tunangan si munCet... Majlis dibuat sehari selepas Hari Malaysia, buat dua majlis serentak pada hari tersebut. Sebelah pagi tu majlis cukur jambul or baby shower untuk anak kak ngah cik giRang, the cutey baby allina...

Sharifah Allina Syed Abdul Bahari @ Farouk

Sebelah petang tu after zohor barulah majlis pertunangan. Memandangkan rombongan lelaki datang dari Johor dan memulakan perjalanan pagi tu, memang kene sangat la kan dorang sampai tengahari tu terus ke meja makan..hehehe.. lauk istimewa dari kami pihak tuan rumah ialah ikan patin masak lemak tempoyak special edition dan sayur lemak budu special edition... special edition sebab resipi tu istimewa dari ummi dan abah cik giRang.

Abah yang pakai kopiah tu..kepenatan dan kepanasan kot sampai terbukak butang bajunya tu.
Ummi yang bertudung hijau pucuk pisang hanya memandang dari jauh.

Pagi tu memang cik giRang kelam kabut. Orang yang lain kelam kabut uruskan majlis baby shower kat luar, tapi cik giRang kelam kabut men-settle-kan tudung tunang yang tak siap lagi. Tudung menggunakan kain chiffon yang disiapkan di pagi sebelum majlis tunang. cik giRang amek idea cik Kina. WAhhhh..terpaksa menggigihkan diri menyiapkan tudung ni. Bila tengok tudung Kina, uih cantiknya buat tudung camtu. tapinya material chiffon ni memerlukan kerja keras jugak rupanya. Salute cik Kina...sebab tudung cik giRang x berapa menjadi sangat tapi Kina buat tudung dia tu jadi cantik....huhuhu

Baju tunang yang cik giRang pakai tu dijahit sendiri oleh ummi cik giRang. Baju pon siap last minute tapi cik giRang puas ati. Make up artist adalah adik cik giRang sendiri. Menggunakan make up jenama MAC milik kak ngah cik giRang yang bermurah hati menyumbangkan sedikit alat soleknya untuk cik giRang gunakan..hahaha..suka suka! =D

Berkenaan pelamin, sebenarnya kalu ikotkan perancangan asal, nak duduk atas kusyen biasa je. Tapi disebabkan kakngah terjumpa pelamin yang memukau pandangan mata ni, makanya cik giRang pon terus terpikat untuk menggunakan pelamin mini tersebut untuk momen menyarungkan cincin. Amek pakej buaian sekali dengan pelamin la kiranya ni. Sebelah paginya pelamin mini tu diletakkan dengan buaian berendoi untuk baby leena. Untuk majlis petang tu, buaian tu dialihkan la. Menggigil rasanya masa melangkah ke pelamin tu. Malu sangat bila menjadi center of attraction. Tapi majlis tunang kite kan..ofkos la orang tengok kite.. takkan orang datang tengok pokok plak kan...

Saudara-mara yang hadir. Ni majlis baby shower belah pagi.  Berdekatan dgn kipas tu la buai berendoi dan pelaminnya.

Hantaran 7 dulang dari pihak lelaki dibalas 9 oleh pihak perempuan. Kek dari pihak perempuan disponsor oleh kak Zita. Terima kasih banyak-banyak akak..hehehe... Hantaran dari pihak lelaki adalah sireh, cincin, kek, kain pasang, buah, coklat and last but not least, handbag dan kasut. Dari pihak perempuan plak, sireh, potpuri, baju n seluar, sneaker, wallet dan belt, kek, towel, buah dan akhirnya kain untuk dibuat baju melayu.

Uuiii cik giRang..bercerita bagai..mana gambarnye? Ye...gambar sewaktu majlis....ada di dalam kamera kak ngah cik giRang di rumahnya di kuantan... Arrgghh tension rasanya... laptop x dapat detect memory card tu menyebabkan cik giRang tak dapat copy gambar2 sewaktu majlis..huhuhuhuhuhu... Gambar diambil oleh adik kak Zita dengan bayaran zero sen..hehehehe..menggunakan kamera dslr milik kak ngah. Huhuhuu...teringin nak review gambar majlis tapi gambarnya xde..huhuuhuh... Takpela eh...bila-bila nanti bila cik giRang dapat gambar tu nanti, cik giRang kongsikan gambar baju dan jugak pelamin tersebut. Gambar-gambar yang ada ni dikutip dari facebook kak long cik giRang yang sudi share few pics dari kamera dia. Tq kak!



Pameran Pengantin Malaysia Anjuran Urban Vibe Event di Ampang Point

Pegi sini da last minit... cik giRang pegi dengan Nik and Fatin. Setengah jam je duk atas jalan disebabkan jem punya pasal... Dah la keta yang dinaiki tu tidak berfungsi air-con nye... So sepanjang jalan kitorang bukak tingkap. Duduk plak belakang bas. Sekali driver bas tekan minyak...terkentut-kentut bas tu dengan asap yang terpaksa kitorang telan. Kesian kat driver kitorang, cik Fatin sebab paling banyak makan asap ari tu.

Actually, segan sebenarnya nak pegi. Sebab utamanya.... sebab takut nak jumpa dengan pemilik butik Dina Halim. Kan ari tu cik giRang menang untuk contest edisi kedua anjuran Dina Halim tapi sampai sekarang hadiah tu masih belum di redeem lagi. Dah la senyap je xde contact-contact dengan kak Nadia. Alhamdulillah, kak Nadia baik sangat. Telah berdiskusi bersama dan insyaAllah tak lama lagi kitorang redeem la hadiah tu..hehehe... Detailsnya x boleh dikasi tau di sini.. nanti tunggu da jadik dulu baru boleh kongsi. (^_^)

Sebelum mengundurkan diri, cik giRang nak kongsi lagi satu gambar dengan korang sume. Gambar ape? Saksikan la..



Gambar tu adalah untuk mempromosikan iron tersebut.. eh eh tak..gurau je. Gambar tu mencoret kisah yang berlaku di pagi tersebut. Kalau nak tau kisahnya, nantikan entry seterusnya. Wokkeh sume..mau chiauuw dulu. Kerja sedang banyak menanti.

Gud babai all~ ... tata (^_~)

Wednesday, June 15, 2011

Sepasang warga emas..

Salam'alaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Banyak sangat benda yang berlaku. Meh sini cik girang nak citer pasal wedding cousin cik giRang.

cousin cik giRang ni laki. majlis pihak perempuan berlansung di Kuala Nerang Kedah and majlis di pihak lelaki berlansung di Mengkarak..err..tak pon Durian Tawar.. boleh plak terlupa cousin umah makcik ni kat mana..isshhh


Ok..first..majlis pihak perempuan. Perjalanan memang sangat lama sampaikan da penat tido dan sakit pinggang sebab duduk lama sangat. Kitorang duduk kat homestay. 4 buah kereta datang on friday and a bus yang bergerak pada hari jumaat malam tu. So people on bus sampai awal pagi sabtu tu la.

Homestay tu ada 2 bathroom je. Pagi sabtu tu plak 40 orang yang naik bas tu sampai and of course la dorang nak mandi kan before pergi berarak ke umah pengantin pompuan tu. So masing-masing pon que la depan pintu bilik air. Mana yang malas nak duk tercongok depan bilik air tu pegi lepak-lepak kat luar dulu.

Nak dijadikan cite..pagi tu sejuk. cik giRang ni, kalu bangun pagi dah terasa sejuk camtu, memang bercinta la nak pegi mandi. Duduk berbungkus dalam selimut.. kononnya nak kasik badan panas dulu. Tapi bila dah rasa suam-suam tu tak pegi mandi plak. Then anak buah cik giRang, si Allani tu mengaruk plak. Dah dibuat angin nak kat sorang tu je..and sorang tu je yang dia nak pagi tu adalah cik giRang.

Tak lama pastu angin si Allani beralih plak kat adik cik giRang.. so kesempatan tu la yang cik giRang amek utk siapkan diri. Malangnya que terlalu panjang. Dan pagi tu cik giRang telah memotong que sorang makcik ni sebab dia duk asyik bersembang. maaf ye makcik.

Kite patah balik ke beberapa puluh minit sebelum tu. Ada la sorang pakcik ni. Sejak turun bas lagi dia dah menapak ke bilik air tapi bilik air sentiasa ada orang. Sepuluh kali sekejap dia menjenguk bilik air tu. Dengar la dia bebel-bebel ape ntah.

Beberapa puluh minit selepas tu.. kakak cik giRang ni sakit perut.. sakit sesangat yang memang memerlukan toilet la. Akak cik giRang mintak tolong cik giRang que untuk dia. Punya la lama menunggu orang dalam bilik air tu keluar. ** bilik air combine sekali ngan toilet** sampai da pucat lesi da muka akak cik giRang ni.

Pintu bilik air terbukak. cik giRang pon panggil la akak cik giRang tadi. Sekali keluar, 2 orang daa.. Patut la lama sangat. Sepasang warga emas. Pakcik yang bebel tadi rupanya... dan jugak isteri dia. cik giRang ngan akak cik giRang berpandangan sekejap. Pakcik tu muka selamber buat dunno je and makcik tu plak tersenyum-senyum aje. Agaknye makcik tu segan ngan kitorang kot..

Tetiba rasa x rajin plak nak cite pasal wedding cousin cik giRang ni.. Apepon, wedding dorang ringkas je. Tak berlebih-lebihan la macam sesetengah orang buat. Nanti-nanti la cik giRang sambung lagi tentang kisah menarik yang berlaku sepanjang wedding 2 orang cousin cik girang yang berlansung hujung bulan 5 dan awal bulan 6 aritu.

Tata titi tutu.. salam ceria selalu. wassalam'alaikum wa rahatullah.. (^_~)

Friday, May 27, 2011

1 juta pengunjung ke blog

Assalam'alaikum

Satu juta traffic ke blog? Ye ke ni?





Ok..cik giRang jumpa satu cara untuk increase bilangan pengunjung ke blog.. atau dgn kata lainnya, increase blog traffic. At first, cik giRang ingat benda ni juz generate a figure og fake visitor je. Tapi tak..real people memang akan datang ke website korang.

Kalu ikut sistem ni, memang tak mustahil blog korang akan dikunjungi oleh many other people. See the formula used below.





Caranya? Pertama, click url ini : http://www.fwebtraffic.com/?rid=1327364 or click banner di bawah ni.




Pastu korang baca la sume tu sampai ke bawah or kalu tak mboh baca, juz scroll down je ke bawah sampai la korang jumpa perkataan 'Sign up for free'. Di bawah tu ada 6 link. Actually, it's the link of others blog yang menggunakan sistem ni. Visit blog dorang then tunggu codes given at the top of the blog.Pastu isikan code tersebut di ruangan yang disediakan di bawa kotak2 link td.

Kat bawah ni screen shot dia. Lagi mudah la untuk korang faham. Untuk lebih jelas, orang buka la kat new tab or new window. Sori kualiti kurang memuaskan. Pakai paint je.. pc ni takde photoshop. Tak bape rajin nak bukak lappy.


Tak rugi untuk mencuba. sebab benda ni free je. Mahu percaya ataupon tidak, terpulang la kepada korang. Ok..selamat mencuba. (^_~)

Friday, May 20, 2011

Kisah Jumaat

Assalam'alaikum...


Dah lama sangat x update blog ni. Nothing much to say. Dua tiga menjak ni xde mood sangta nak update blog. Ari ni ada sesuatu yang agak mengecewakan berlaku. Tapi x mboh cite la. Lenkali la cite ...kot..tengok la kalu rajin nak kongsi benda tu.


Tadi siang g East Coast Mall (ECM), kak ngah nak beli kasut untuk anak-anak dia. Pastu pegi la makan kat pizza hut. waktu tu dah dekat ngan waktu zohor da. Then si allani mengaruk plak tetiba nak berdukung. So cik giRang dukung la dia..bawak gi jenjalan area luar pizza hut tu. Geramnya la tengok pemandanga kat situ. Ramai benor orang laki yang x pegi semayang jumaat. allani da diam and ordered meal da sampai so cik giRang bawak la allani masuk pizza hut tu balik. Tak jauh dari meja cik giRang tu ada la dua kaum adam ni duk bersembang tergelak-gelak bagai sedangkan pada waktu yang sama, beribu-ribu kaum adam yang lain tengah dengar khutbah jumaat kat masjid.


Ok..bersangka baik..dorang tu sedang bermusafir. Tapi kot ye pon musafir, boleh la plak tergelak-gelak sakan sambil makan ka pizza hut kan? Lagi elok la kalu pegi semayang jumaat kan..


Cukup la sampai situ. Susah nak cari orang yang ambek berat soal agama sekarang ni. Ni cik giRang nak kongsi satu benda menarik yang cik giRang dapat dari  syahirul.com


Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".


Wanita solehah tu boleh jugak tukarkan kepada lelaki soleh. Formula yang digarap dari hadis "Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung"


Sampai sini dulu coretan cik giRang. Nanti kemudian la mencorat-coret kat sini lagi. Till we meet again readers. Bye wassalam.

Sunday, April 17, 2011

Poligami..menghindar atau menambah dosa?

Salam all.. Kali ni cik giRang nak bercakap tentang satu perkara yang cik giRang masih tiada pengalaman lagi.. yela kan.. Tak kawen lagi mana nak ada pengalaman berpoligami kan..

But then, i love to read real life stories.. Kisah keterlanjuran manusia... Kisah kehanyutan manusia ... Kegembiraan dan kedukaan...Kesakitan..kegirangan...ni kalu munCet baca ni, musti dia tambah 'ke-gigi-jarang-an' kat belakang tu pastu ketawa mengekek-ngekek..

cik giRang berpegang pada pesanan orang melayu dulu-dulu.. " yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Pada cik giRang, pengalaman tu tak semestinya kite kene lalui satu peristiwa tu dulu then baru kite nak cakap kite dah berpengalaman dalam hal tu. Menyerap pesanan nenek moyang kita di atas ke dalam kehidupan seharian, segala benda di sekitar kita ni boleh dijadikan pengalaman hidup.. tak kiralah sama ada kita melalui perkara itu ataupon tidak. Perhatikan sekeliling...omputih kata observe your surroundings.. banyak benda kita yang akan dapat.

Berdasarkan pengalaman pembacaan dan penghayatan cik giRang, cik giRang tampilkan kisah di bawah yang dibina dari pelbagai kisah manusia yang sebenar-benarnya berlaku di zaman moden lagi canggih tak terkata ni..

Seorang lelaki, dua wanita. Suami dan juga isteri-isteri. Isi hati masing...?

Sebelum membincangkan soal isi hati.. kita tinjau dulu soal fitrah 2 manusia berlainan jantina. Lelaki dan wanita.

Setuju atau tidak..dalam perhubungan, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan bersifat ingin memiliki? Baik lelaki mahupon wanita..kedua-duanya begitu. Namun, satu perkara yang berbeza tentang dua manusia ni, monogamous dan polygamous.

I'm talking in term of feeling perspective.

Man can love more than one woman at one time but woman cant..  Even if she is with someone, the one that's in her mind is the guy that she loves.

Women are monogamous..while men are polygamous. Women's thinking perspective are micro and men's are macro. That's why women are always sometimes choosy, cerewet, memilih dan yang seangkatan dengannya. They see something deep into the little tiny things. Lelaki pulak, mereka tidak memikirkan hal yang kecik-mecik kerana bagi mereka benda-benda sebegini remeh. Mereka melihat sesuatu secara global atau keseluruhannya.

Satu bulatan yang diisi dengan warna putih, pink, biru, purple, hijau, merah dan oren. Wanita yang melihat bulatan itu, matanya akan tertancap pada warna kegemarannya biasanya kaler pink dan di hatinya "eh eh.. warna pink kegemaranku ada la" lalu tersenyum. Lelaki yang melihat bulatan itu, sekadar melihat beberapa saat, maybe tak sampai 2 saat pon pastu berpaling. Di hati mereka.. it's just a circle with a bunch of colors..not a big deal..

Eh eh.. da jauh da menyimpang kan.. Sebenarnya nak cakap pasal poligami je..Tu la pompuan.. hehehe..

Tadi cik giRang cakap nak ceritakan kisah kan..hurm.. Tak jadi la..

Ok..poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...menghindar dosa..ye la kan...asyik teringat terbayang terkenang je...dah la duk sepejabat..selalu jumpa..  setan banyak kiri kanan ni suh buat dosa... daripada termakan hasutan setan pastu  terbuat maksiat and dosa baik kawen je kan..."

"...mampu? insyaAllah boleh..orang yang mendirikan masjid ni dimurahkan rezekinya. lagipon masing-masing kerja so takde la berat sangat tanggungan nye kan..."

"...adil? insyaAllah... dah sini sayang sana pon sayang... sini cantik sana comey... yang sini  macam siti nurhaliza yang sana macam aiswarya rai.. insyaAllah takde masalah untuk aku berlaku adil..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...saya pon pompuan..ingin menyayangi dan disayangi.. ingin menyintai dan dicintai.. akak pon pompuan kan..so akak pon paham kan apa yang saya rasa?"

"...saya bukan merampas..sekadar mahu menumpang kasih sayang seorang suami je..."

"...susah nak cari lelaki yang baik dan betul-betul bertanggungjawab...abang suami akak memang terserlah yang dia seorang yang bertanggujawab. memang nampak jelas la dari cara dia menguruskan rumahtangga, isteri dan anak-anak..."

"...saya nak seorang yang boleh bimbing saya..yang boleh pimpin saya.. saya nampak dia berkebolehan untuk itu..dia boleh pimpin akak..anak-anak akak dengan baik..saya pon nak macam tu jugak..."

"...saya ni makin lama umur makin lanjut..saya taknak jadik anak dara tua lanjut usia.. cuba akak letakkan diri akak di tempat saya..akak pon tak nak jadik anak dara tua  lanjut usia kan?..."

"...saya ni ada penyakit kak.. tak lama lagi mati la..bagi la can saya kawen, merasa kehidupan berumahtangga..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...apa salah saya? apa kurang saya?"

"...masih tak cukup lagi ke pengorbanan saya untuk abang?"

"...saya dah lahirkan anak untuk abang...bukan 1..bukan 2..tapi 10 orang anak!!!"

"...saya penat kuar kije untuk bantu abang..balik petang badan penat layan pulak karenah anak-anak abang yang nakal pastu tidokan anak pastu abang pulak nak bermanja-manja.. Sampai hati buat macam ni kat saya???"

Actually..ini adalah sebahagian dari kes-kes yang cik giRang baca. Ada lagi.. banyak lagi luahan rasa terpendam mereka-mereka yang terlibat. cik giRang tampilkan sebahagian aje ni. Tapi ada jugak kes seperti di bawah ni:

Poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...mampu ke aku nak berlaku adil? nanti kang dua-dua sakit serentak, nak pegi tengok yang mana dulu? buat begini kang yang ni kecik ati yang sana masam muka plak..."

"...beratnya tanggungjawab aku skang ni.. dua masjid perlu dijaga. yang sana anak da lima n one the way masuk enam yang ni plak esok lusa je bersalin.makin banyak ati yang perlu dijaga banyak mulut yang perlu disuap..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...chek tak mau  ganggu gugat ghumahtangga orang. tapi chek tak buleh lupa dia..."

"...kalu akak bagi izin, ambo terimo la untuk jadi bini keduo abe. kalu tok, setakat ni je la hubunge kito. ambo tak nak rosakkan rumahtangga ore..."

"...ya Allah...dia da kawen ke? dia cakap dia bujang lagi.. hidup-hidup aku kene tipu. tak pasal-pasal je jadi bini nombor 2..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...daripada suami aku buat maksiat, baik la aku bagi dia izin nikah lagi..."

"...takpe la..nanti kalu aku sakit pening, ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan anak dan suami aku...."

"...nanti esok kalu tetiba aku meninggal dulu..ada gak orang yang boleh tenangkan suami aku..jaga anak-anak aku..kalu tetiba suami aku meroyan ke sebab terlalu sedih sebab aku da meninggal, ada gak la yang boleh jaga suami aku baik-baik kan..."

"...ala..dia sakit.. bagi la can dia merasa berkasih sayang dengan seorang suami...lagipon tak lama dah hayat dia..."

Itulah sebahagian ragam manusia. So, sepertimana tajuk coretan kali ni, kite sume tahu dan sedar bahawa poligami leads to two different state... menghindar atau menambah dosa. Makanya, dalam keadaan macam manakah yang menyebabkan poligami menjadi penambah dosa? Keadaan di mana keinginan dan nafsu diutamakan.

Keinginan untuk memiliki dan tidak berkongsi... Keinginan untuk menjadi the one and only.

Nafsu amarah kerana merasakan diri diduakan..dikhianati..

Ketidak-puasan hati kerana cemburu yang menguasai diri.. Keinginan menjadi the one and only menyukarkan sang suami untuk memberi layanan yang adil lantas tanpa sedar telah melakukan kzaliman ke atas salah satu pihak isterinya.

etc..etc....

Keadaan yang bagaimanakah yang memungkinkan poligami menjadi penambah pahala?

Apabila redha akan qada' dan qadar menjadi landasan kehidupan. Berlapang dada menerima segala ketentuan Allah walau pahit terpaksa ditelan.

Ubat memang pahit... Tetapi kesembuhan setelah memakan ubat itu yang kita mahukan..

Ujian semamangnya perit.. Tetapi kemanisan iman setelah berjaya mengharungi ujian itulah yang kita inginkan...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad: 31)

Bermadu sememangnya sangat pahit dan perit.. Namun setelah seketika, manisnya iman akan kita capai seandainya kita meletakkan redha ke atas ketentuan Allah sebagai asas dalam kehidupan kita. Sememang tiada siapa yang mahu bermadu. Namun ingat lah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)"

Sememangnya berat untuk dipikul bebanan perasaan.. mengelak dari kekecewaan dan perasaan cemburu yang merajai hati... Ingatlah pesan tuhanmu...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: 45)

Poligami adalah satu bentuk ujian yang mengajar ketiga-tiga pihak --suami, isteri dan isteri-- akan erti sebuah keikhlasan dan keredhaan yang mutlak. Keikhlasan dan keredhaan yang hanya akan mampu dicapai bilamana diri didekatkan dengan Tuhan yang Esa dan kecintaaan yang utama hanya padaNya. Namun seandainya kecintaan yang utama itu disandarkan pada pasangan, semakin sukarlah untuk memupuk sifat redha dan ikhlas di dalam hati. Kita telah diingatkan bahawa, "kita takkan sesekali diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)


'Ala kulli hal, cik giRang mohon ampun dan maaf seandainya coretan cik giRang ni menyinggung mana-mana pihak. Segala yang tercatat di sini adalah hasil dari pemerhatian dan juga ilmu yang cetek yang cik giRang miliki. Andai ada salah dan silap, mohon diperbetulkan kerana cik giRang hanya manusia biasa yang masih punya banyak kelemahan. Wallahu'alam bissowab wassalam 'alaikum wa rahmatullah.

 ~ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. ~
(At-Taubah: 129)

Wednesday, April 13, 2011

evil mode

Salam all...

Sebelum mencoret kisah, izinkan cik giRang gelak evil puas-puas dulu... hahahaha.. hahahahaha

Ok.. da puas gelak da..

Al-kisah nya begini. Anak buah cik giRang yang sorang ni, cik giRang panggil dia wawa, sangat la susah mendengar cakap. Lagi satu, asal cik giRang duduk je kat pc ni, masa tu la dia sibuk-sibuk datang nak main game. Padahal sebelum tu takde pulak dia nak main game kat pc ni.  cik giRang memang da simpan geram berhari-hari la kat dia ni.

Hari ini..pagi tadi..berlaku perebutan lagi. Biasanya memanglah cik giRang akan mengalah dengan budak kecik ni.

cik giRang sentuh kat laptop kat luar, dia sibuk nak main laptop kat luar tu. Sedari tadi , tak nak pulak dia nak ke laptop tu. Bila kite duduk situ je mula la dia datang nak merebut laptop. Sudahnya sebab bengang sangat nagn budak kecik ni, cik giRang bukak google image then type 'hantu' kat situ. maka tersiar la gambar-gambar manusia yang dah tak sabar nak jadi hantu.

Makanya, budak kecik tu pon tak berani la nak usik laptop tu...hek hek hek... tu la..sape suh kaco ende ibi lagi...

Pastu cik giRang bukak la pc ni. Cek email..bukak facebook. Pastu tengok satu video best yang di share oleh sorang junior through facebook. Video ni agak lawak la bagi cik giRang.

Even lawak, tapinya cik giRang gelak sikit-sikit je. Datang pulak si wawa nak main game. Bengang jap. Asal kite duk sini, masa tu dia datang nak main game. Dari tadi tak nak pulak main game kan. Pastu kat video tu ada pulak kuar part yang sound a bit horror sikit. Terus wawa diam pastu dia menyuruk sebab takut. cik giRang gelak evil da saat tu...

Actually, i'm a bit childish and sangat suka menyakat. Dah tengok si wawa tu macam tu, lagi la galak cik giRang sakat dia. hehehe.. Seronok sungguh menyakat budak-budak ni...hehehe

Video tu sebenarnya agak bagus jugak la. Cantik itu subjektif. Well, tak nka cakap lebih-lebih, cik giRang kongsikan video tu di sini.

Sebelum korang tengok video tu, sila pergi ke sidebar blog ni dan cari sound of music. Pause or stop je lagu tu supaya audionya tidak menggangu korang menghayati video lawak di bawah. :D





Tuesday, April 12, 2011

Bertukar!!! --> part II

Salam all... Kali ni nak citer pasal pembaharuan dalam blog cik giRang ni. Bagi yang pernah berkunjung ke blog cik girang sebelum ni, mesti korang nampak sangat perbezaan dia kan.. dari biru redup ke merah terang camni.. Tak tau la nape tetiba terasa nak letak tema bunga plak.. hilang da niat nak riaskan blog ni ikut musim..


Ok... pembaharuan yang pertama, background image. 
Asalnya cik giRang gugel ready made rose border je.. dapat la gambar ni.




Pastu cik giRang alter sikit.. jadik la macam gambar di bawah ni.
 Pastu bila da apply kat blog, rasa macam sangat serabut la plak.




Makanya cik giRang teruskan mengugel dan jumpa la banyak lagi gambar red rose. 
Bukak photoshop pastu godek-godek sikit, jadik la seperti final yang telah di apply di tinta sanubari ni.



Seterusnya, pembaharuan yang kedua plak, border and background for post and sidebar stuffs. Cik giRang takde la minat sangat kaler pink... biasa-biasa je. My fav color is blue. Merah is munCet's fav color. Warna rose and petals tu merah terang memberi effect garang pada blog ni. So cik giRang gunakan warna pink untuk  memberi effect kelembutan seorang wanita yang boleh mengurangkan kegarangan merah terang tersebut.

cik giRang refer kat page Teknik Buat Blog untuk accomplish this part. Kat page ni ada banyak sangat tutorial yang sangat bagus untuk blogger mentah macam cik giRang ni. 


cik giRang view my blog ni using internet explorer. 
background untuk post and sidebar ni tidak kelihatan. wonder why..hurm...


Berinjak ke pembaharuan yang ketiga, banner. Ni picture banner lama cik giRang. A very simple one sebab gambar background salji yang digunakan da macam... macam-macam ada. So untuk banner ni kasi simple sempoi aje..

old banner

old background
Untuk banner, beberapa percubaan dilakukan untuk mendapatkan banner yang memikat hati sendiri. Ye la kan..orang lain mungkin tak suka kan.. Tak kisah la..asalkan kite tuan punya blog ni suka kan.. hehehe... :D

Untuk banner kali ni, cik giRang nak buat oval shape. Dah selalu sangat tengok rectangular banner kan. So kite lari sikit dari kebiasaan. Seperti biasa, gambar red rose tu dicilok diambil dengan segala hormatnya dari incek gugel.

Percubaan pertama : 


font type : Abbeyline
pandangan mataku : bunga ros lebih menonjol dari blog title and tagline. Reject!



Percubaan kedua :



font type : Dark Horse (blog title), Abbeyline (tagline)
pandangan mataku : bunga ros lebih menonjol dari blog title and tagline. Tulisan untuk blog title kelihatan a bit horror. Dah la warna merah darah kan..Reject!


Percubaan ketiga :




font type : Boister
pandangan mataku : hati kurang berkenan..no reason.. something wrong somewhere... Reject!


Percubaan keempat:



font type : Boister
pandangan mataku : Owh..tersangat la suka yang ini. Tapi bila apply kat blog, my tinta sanubari ni kelihatan sangat garang.. and i dont like that. Gabungan red rose petals kat sisi banner dan red rose dalam banner serta tulisan warna merah darah tu membuatkan cik giRang rasa kurang senang bertandang ke blog sendiri. 

Akhirnya, cik giRang tukar warna font kepada purplelish pink, seperti yang korang boleh tengok on the top of my blog ni. Integration antara pink yang digunakan sebagai background post and sidebar dan jugak merah terang dari background blog, untuk seimbangkan kegarangan dan kelembutan pada catatan dan coretanku ini. :)


Tima kasih Ayie kerana sudi bertandang dan tinggalkan jejak di tinta sanubariku ini. hehehe.. Sangat setuju dengan Ayie. Memang makan masa untuk tukar design blog. Kalu tak kene gayanya, blog akan kelihatan sangat serabut.

Before ubah design, blog cik giRang ni mengambil masa selama 3.06 saat ntuk load sepenuhnya. After bertukar wajah, hanya 1.2 saat saja untuk fully load this blog. cik giRang pakai tools.pingdom.com untuk cek selama mana masa yang diambil untuk load my blog and which part of it yang memberatkan blog. Mana yang paling lama nak load tu la yang paling berat.

Hampir setengah tahun cik giRang tak sentuh photoshop.. Berjaya mengorek kembali ilmu yang da berkarat kat kelapa kepala ni. Misi selepas ni, enhance design skills so that boleh design things-that-need-to-be-design sendiri je.. bak kata orang skang ni, DIY je. tak payah suruh or upah orang, sebab belum tentu lagi orang yang disuruh or diupah tu boleh buat 100% like we want.

Ok..sleep time.. nite-nite all. InsyaAllah andai umur panjang la kan..kite jumpa la lagi bila-bila nanti. Babai wassalamu'alaikum wa rahmatullah  :)

Monday, April 11, 2011

Bertukar !!! --> part I

Salam all...

Akhirnya cik giRang tukar jugak rupa paras tinta sanubari ni. Saaaayyang sangat rupa paras yang lama tu. Sejuk redup je ngan salji berguguran. Tapinya lately rasa macam suram je that's why cik giRang menukar rupa blog ni. :)

It took me two days untuk touch up balik blog ni. Bukak incek gugel untuk cari intersting image. Godek-godek photoshop then walla! siaap daa :D

Cumanya... cik giRang masih belum berpuas hati denga tulisan 'tinta sanubari' pada banner tu. Ada sedikit sense of horror plak pada jenis font tu. Dah la warna merah darah kan... hmmm... Takpe, gugel ada.. nanti kite cari font lain...

Ok... berhenti di sini dulu... babai wassalam'alaikum :)

Saturday, April 9, 2011

Awas..telur ayam palsu!!!

Salam all...


Terkujat tak tengok tajuk tu? Actually citer ni dah lama tapi cik giRang baru je tau siang semalam.. Mulanya ingatkan tukang share tu melawak je.. Tapi komen kat situ macam iye-iye je betol kisah ni, so cik giRang pon google la..


Cerita berkenaan telur ayam buatan manusia... Tak boleh panggil telur ayam sebab telur tu tak dihasilkan oleh organ peranakannya si ayam..


Yang di bawah ini cik giRang copy paste dari Berita Semasa Wadah untuk Rakyat, copy bulat-bulat macam telur ayam je..




4798563899 7dec915294 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Saya sarankan anda ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli produk dan barang China. Sebab terlalu banyak lambakan produk China yang cuba dipalsukan mereka. Bukan tak boleh membeli produk China langsung. Terpulang. Murah memang murah. Pilihan masing-masing. “You get that what you pay”. Sampaikan mereka boleh buat telur palsu
4799196100 b5cdc2127c [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru, telur ayamberjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.
4799196158 1a96a5faff [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kursus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.
Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telur palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida.  Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur palsu ini kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.
4798564023 afbef11462 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelembung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.
4799196264 1b917969d3 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196304 16af80df2a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196328 b430207b40 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196364 987e9c495a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4798564207 a9cb73a307 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.

Yang ni plak amek dari Blog Carca Marba... berkenaan perbezaan antara telur original dan telur palsu.

Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara.

Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.


Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.

Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.

Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.


Telur ayam tiruan mempunyai satu selaput aneh yang memisahkan putih & kuning telur.

Makanya sume.. berhati-hati lah kerana telur palsu ni sememangnya boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita. Sekian..