Baru je selesai mengisi borang KPLI untuk pengambilan Januari. Tarikh tutup permohonan hari esok. Hanya ada dua pilihan je tadi. Sama ada amek pendidikan praskolah atau pendidikan Islam j-Qaf. Tapi kelulusan cik giRang x melayakkan cik giRang amek pendidikan Islam j-Qaf tu. So cik giRang pilih la pendidikan prasekolah.
Sejujurnya cik giRang sememangnya berminat mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Tapi entah mengapa, cik giRang tak terasa pon nak jadi cikgu.Dan cik giRang tak nak jadi cikgu.
Abis tu kenapa isi borang KPLI? Kerana sejujurnya cik giRang berpendapat, dalam banyak-banyak jenis pekerjaan, profesyen inilah yang paling sesuai bagi seorang wanita. Kerana seorang wanita itu telah dikurniakan dengan kelembutan dan sifat pengasih dan penyayang sejak azali lagi. Macam mana ganaz sekalipon seorang wanita itu, dia masih mempunyai kelembutan seorang ibu. Cumanya mungkin kelembutan itu belum terserlah kerana terkurung dalam keegoan dari dikatakan lembik atau mungkin melindungi diri dari manusia yang ingin mengambil kesempatan.
Dan lagi, ummi cik giRang berkenan sangat kalu cik giRang jadik cikgu. Katanya ni la kerja yang paling sesuai untuk orang pompuan ni. Cuti pon banyak. Tak payah nak susah isi borang mintak cuti dari company.
Berbalik pada tajuk entry. Kenapa cik giRang tak nak jadi cikgu? Nak tahu? Teruskan pembacaan anda.
- Masa
Cikgu sekarang ni terlalu la sibuk. Mengalahkan orang yang kije office! Sampai keluarga pon terabai. Orang yang kije office, balik umah je malam tu da boleh rehat santai-santai da. Tapi cikgu? Abis skolah pukul 2. Pastu sambung kelas tambahan. Pastu malam sampai umah plak nak tanda buku anak-anak murid. Pastu prepare bahan untuk mengajar esoknya. Anak nak bermanja dengan mak pon susah. Suami dari jauh terkebil-kebil je tengok isteri. Menunggu menanti bila la nak siap menanda buku latihan.
- Stress
Percaya atau tidak, sekarang ni ramai sangat cikgu bertemu psikatrik. Kenapa? Banyak tekanan yang diterima. Antaranya:
Tekanan dari anak murid dan ibu bapa ni akhirnya terbawak-bawak ke rumah. Sampai umah nak menguruskan rumah tangga pulak. Kepenatan mengajar di siang hari tambah pulak nak menguruskan family pon boleh menambah tekanan yang ada. Siang busy malam busy. Hujung minggu pulak ada hari sukan dan kelas ganti. Suami pon tido pelok bantal gigit jari. Sudahnya suami cari lain. Lagi tension tertekan la cikgu tadi.
- Tekanan dari anak murid. Ajar dah banyak kali, tapi masih x faham-faham. Pulak tu kurang hormat pada cikgu. Kalu kita berlembut, dia pijak kepala. Tapi kalu kita berkeras nanti di adu pada ibu bapa. Sudahnya mak ayah datang sekolah jumpa cikgu besar and tuding jari kat kita. Dikatanya kita yang tak pandai mengajar.
- Tekanan dari ibu bapa. Bila kita berkeras ngan anak-anak dorang, dorang marah. Tuduh kita itu ini. Tapi bila anak kurang adab kita dipersalahkan. Di cakap kita makan gaji buta. Pegi sekolah buat niaga tupperware dan segala. Ibu bapa mengharap anak-anak belajar ilmu agama, adab dan sahsiah diri di sekolah tapi tidak membenarkan cara yang berkesan digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak. Dah mana la cikgu-cikgu tak tension melayan karenah anak murid yang semakin kurang ajar?
Mungkin ramai yang x percaya ngan apa yang cik giRang khabarkan ni. Tapi inilah yang berlaku sebenarnya. Ramai cikgu cikgi bergantung pada ubat penenang dalam menjalankan tugas harian mereka sebagai guru. Dari mana cik giRang dapat info ni? Adalah sumber terdekat dan boleh dipercayai. Tak boleh didedahkan identitinya di sini. huhu....
Tugas sebagai cikgu sememangnya tugas yang mulia. Kemuncak kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru adalah apabila kita berjaya mendidik seseorang itu menjadi manusia. Namun keadaan persekitaran masa kini ditambah dengan faktor manusia skeliling menyebabkan semakin sukar untuk melahirkan sebenar-benar manusia yang memahami hakikat kehidupan bertuhan.
Satu lagi sebab mengapa cik giRang TAK MAHU menjadikan guru sebagai profesyen adalah.. kerana cik giRang ni kurang sikit sifat sabar. Bukan takde lansung sifat sabar tu.. ada... tapi tak cukup untuk menyandang tanggungjawab sebagai guru yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ntah macam mana la nak mengajar anak-anak murid nanti.
Nak tahu profesyen apa yang cik giRang mahu sebenarnya? cik giRang mahu menjadi domestic engineer. Ya... Domestic engineer a.k.a suri rumah sepenuh masa. cik giRang berpendapat inilah sebaik-baik tugas bagi seorang wanita. Apa bidang tugas domestic engineer ni?
Menjadi executive manager buat sang suami
(ofkos la suami sebagai mr. president!)
Menjadi the first teacher ever buat anak-anak.
Cikgu yang mengajar isi pengetahuan dunia dan ustazah yang mendidik arah tuju kita di akhirat sana.
Menjadi interior designer buat syurga yang didiami.
Exterior designer untuk ruangan anak-anak bermain dengan riang ria.
Menjadi hakim yang mengadili perbalahan anak-anak.
Menjadi lawyer kepada suami supaya kekurangannya masih terpelihara dari pandangan mata anak-anak.
Menjadi doktor yang memberi perawatan dikata nikmat sihat ditarik seketika.
Menjadi jururawat bersengkang mata menjaga suami dan anak di kala mereka sakit.
Menjadi singer yang mendodoikan anak-anak dan suami di malam hari.
Menjadi the best actress buat anak-anak memahami erti kehidupan.
Menjadi kaunselor dikala suami dan anak-anak berdepan dengan masalah.
Menjadi dahan bergantung tatkala keluarga ditimpa musibah
Sebaik-baik tempat bagi seorang wanita adalah di rumah. Wanita adalah pemangkin suatu ummah. Baik wanita dalam suatu kelompok masyarakat itu, maka insyaAllah baiklah juga seisi komuniti trsebut. Begitulah juga yang berlaku sebaliknya.
Tapinya... cik giRang masih tetap juga kene kije.. Kalu tak mana plak nak bayar utang 28k tu..huhuhu.. Tu tak masuk lagi 'kos pengurusan'... Bape la kene bayar agaknya ye...huhuhu...
Owh.. Perut cik giRang berbunyik la pula..Nantila sambung lagi cerita. cik giRang mahu mamam dulu untuk mematikan rentak irama yang berlagu di perut ku.
Owh.. Perut cik giRang berbunyik la pula..Nantila sambung lagi cerita. cik giRang mahu mamam dulu untuk mematikan rentak irama yang berlagu di perut ku.
Till we meet again ye para pembaca..
(^_~)
(^_~)
Salam...
ReplyDeleteamboi cik girang...
bkn main hebat lg profesion pilihan...
=>
tp xkn la sbb kecik mcmtu cik girang dh mengalah nk jd cikgu..
apa2 kerja pon yg kt buat mmg akan terdedah dengan pelbagai masalah..apa yg penting bagaimana cik grang menyelesaikan masalah yg timbul..
sy nk kongsi satu nasihat drpd salah sorang instructor sy..
Datuk Prof. Ishak.. dari UTM.
Umur dia dh 62, tp kalau tgk appearance dia, xmcm org umur 62thn..dan dia xda sebarang penyakit common utk org2 tua..dia pesan satu benda penting, always be happy...
satu bnda yg dia slalu buat tiap2 pg bila bgn dari tdo..bgn dgn senyuman dan teriak dalam hati.. -"i am happy!!"
kalau nk kirakn masalah,masalah dia lg besar..
masalah rakyat tu..dia pernah berkerja dgn ketua menteri melaka sebelum berhenti sbb xthn kerja xcukup rehat..
so..xkira la apa masalah yg datang, yg penting kt berani menghadapinya, and always feel happy with it...walaupon agak sukar utk rasa happy..
=>
lagipon,kalau cik girang jd cikgu, cik girang still boleh mengejar profession pilihan cik girang tu..
ok mR. munCet..
ReplyDeletei was juz a lil bit afraid that i cant manage my future family if i'm working later on..huhu...