Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Showing posts with label luv life. Show all posts
Showing posts with label luv life. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Setelah sekian lama

Masya Allah! Dah 7 bulan bersamaan dengan 30 minggu dan juga bersamaan dengan 211 hari blog ni terbiar!


Bukan taknak update. Terlalu banyak sangat yang nak dirakamkan ke dalam tinta sanubari ni. Buat rujukan diri sendiri di masa akan datang. Maklum lah kan, memori ni satu benda yang sangat-sangat bernilai. Andai ianya hilang dimamah usia, setidak-tidaknya coretan di dalam tinta sanubari ni mampu menyuburkan lagi ingatan pahit manis suka duka tersebut.


Soooo many things had happened these few months. A few false alarms on pregnancy... but alhamdulillah, ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku dan cik giRang yakin dan pasti akan tiba saat dan ketika diri ini akan bergelar ibu. 


Satu keyakinan yang jitu sepertimana yang pernah cik giRang rasai suatu ketika dulu tatkala hati ini diremuk-redam oleh sejenis kaum adam... yakin bahawa akan tiba saat dan ketika diri ini akan dihargai, akan bergelar suri hati kepada seorang lelaki bergelar suami, akan tiba saat dan ketika diri ini dikurniakan seorang lelaki yang hebat personaliti dan pekertinya sebagai seorang pemimpin sejati, yang akan memberi ingatan tatkala tawaku berlebihan dan menghiburkan tatkala diri ini dirundung duka berlelehan air mata.
Allahamdulillah wa alhamdulillah yang tidak terhingga kerana ianya menjadi kenyataan!


Sabar.. it's the key to the happiness that I'm having then, now and everlasting till jannah.. insyaAllah.


Another few days before anniversary.. our very first wedding anniversary. Macam tak percaya je da hampir setahun kawen, bergelar isteri dan menguruskan rumah tangga yang tak berapa nak terurus lagi nih..kekekek...


Adaptation phase dah hampir berlalu. cik giRang dan mR. munCet masing-masing da boleh adapt dengan rutin harian yang nyata berubah-ubah dan tak sama dengan pasangan lain. Ye la kan, lain pasangan lain cerita yang mereka lakarkan. Begitu jugalah kitorang nih. 


Morning from Monday to Thursday, pukul 6.45 am dah wajib keluar dari rumah sebab mR. munCet kene punch card before or by 7am. Sharp! Balik dari sekolah, cik giRang tumpang rakan sekerja. Paling cepat boleh sampai rumah, pukul 4.30pm. Paling lewat pukul 6.30 petang. Masing-masing punya workload yang berbeza. Dengan meeting panitia, unit dan sebagainya. Lepas tu terus ke dapur menyediakan hidangan buat mR. munCet yang berada di kilang, yang sedang menggosok-gosok dan menenangkan perutnya yang tengah lapar tu. Terkadang kalau ada banyak hal yang perlu disetelkan, cik giRang balik dengan mR. munCet je, pukul 7.30pm lah sampai ke rumah. Dinner bergantung kepada skala kepenatan dan kerajinan. Terlebih rajin, kite masak. Terlebih penat or malas, kite makan luar je. Hehehe.


Well, that's a life. We have to go through it no matter how hard and bitter it is, as the sweetness will be gain... later. Bi iznillah.


Sebelum menoktahkan coretan, nak share picture hadiah yang diterima bersempena Hari Guru or kalau kat sekolah cik giRang, kitorang panggil Hari Murabbi yang baru berlalu beberapa minggu yang lalu.

Hari Murabbi, suatu lakaran perit jerih yang telah berlalu. Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar walaupun berhadapan beberapa kesulitan dan pertukaran perancangan di saat-saat akhir.

Sehebat mana manusia merancang, perancangan Allah itu tetap lebih sempurna.

tanda ingatan dan kasih sayang dari anak-anak kecil yang mendambakan ilmu dariku


Please pray for us, so that we would have everlasting love and happiness till jannah. Ameenn ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, November 4, 2012

Candle light dinner at home.

Peringatan: Entry ini panjang. Sila tarik nafas dalam-dalam dulu. Sekian, terima kasih.


Last Friday ada jamuan kelas. Setiap murid dijamu dengan KFC (cikgu malas nak masak). Disebabkan cikgu mendahulukan duit  untuk membayar KFC tersebut, makanya ada baki enam ketul ayam tu cikgula yang dapat. hehehe.. Seorang murid seketul ayam sahaja. Tu pon ada yang tak habis.


Akhir waktu sekolah, sebelum balik cik giRang bahagikan baki ayam tu dengan patner cik giRang, Kak Mas. Pastu cik giRang beli sebungkus ciken chop dari Kak Mas. Senang hati balik umah nanti tak payah masak dah kan..hehehe...


Bila dah solat dan selesai segala urusan di sekolah, cik giRang menaiki cik putih yang dipandu oleh si munCet. Kitorang terus pergi ke pusat servis sebab dah sampai masa untuk cik putih diservis. Kitorang duduk di ruangan menunggu bersama ponjotan makanan tadi. Tak lama lepas duduk kat situ, ada la sorang chinese boy ni datang duk sebelah cik giRang. At that time, munCet berada kat kereta memerhati macammana service man tu layan bini number 2 dia tuh.


Budak cina tadi, debab dan gebu yang amat. Geram cik giRang tengok. Dia ambek satu majalah pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. Pastu dia ambek  lagi satu majalah pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. Lepas tu dia ambek satu majalah lain pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. cik giRang da rasa pelik. Kenapa pulak dengan budak ni? Pastu budak tu pergi kat ayah dia. Masa tu jugak munCet balik.


cik giRang pon cite la kat munCet pasal budak tu tadi. munCet buat wild guess, entah-entah budak tu bau KFC, sebab tu la dia datang, agaknya la kan. cik giRang cakap tak mungkin kot, sebab takde bau KFC pon. munCet pon cakap takde bau KFC.


Tak lama pastu si debab gebu datang lagi. cik giRang bagi la puding mangga baki jamuan tadi. Dia ambek, cakap thank you pastu terus pergi kat parents dia. Pastu dengar la cong ceng cong ceng in mandarin yang cik giRang memang tak paham. The only words yang cik giRang paham are 'thank you'. Pastu dengar si debab gebu cakap thank you banyak-banyak kali. Bila cik giRang pandang dia, dia cakap thank you lagi. After cik giRang cakap 'you are welcome', baru la dia senyap.


Si debab gebu makan puding mangga tu sekelip mata je. Tak lama pastu dengar lagi cong ceng cong ceng in mandarin yang cik giRang memang tak paham. Tapi dengar sesuatu yang berbunyi seperti KFC dari mulut si debab gebu.


Aaaa-sudaaaahh, memang dia datang belakang tu sebab bau KFC. Pastu dia duduk sebelah cik giRang lagi. cik giRang ignore je sebab tengah buzy snap picture resipi dari tak-ingat-majalah-apa keluaran tahun 2000. Pastu tengah selak-selak lagi tak-ingat-majalah-apa untuk tengok resipi lain, tetiba si debab gebu ambek handphone dari tangan cik giRang dan main. Sentap! Tapi diam je sebab anak orang kan. Parents dia duduk kat depan sana dan memang tak nampak apa yang berlaku. cik giRang perhati je si debab gebu tu.  Geli hati pulak sebab dia macam tak pernah tengok function camera kat handphone. Sempat pulak tu dia snap dua tiga gambar.


Tak lama pastu, parentsnye si debab gebu dah nak berangkat. Debab gebu dengan muka comelnya pon babai-babai cik giRang. Dan tak lama pastu jugak, cik putih siap diservis.


Sampai umah, cik giRang ajak si munCet untuk candle light dinner. cik giRang setup meja, munCet blur-blur ayam, tengah wonder things that I'm going to do.


Dekat umah ada dua panel, satu untuk pisahkan ruangan makan dengan ruangan memasak, satu lagi diletakkan depan pintu supaya bila buka pintu, orang luar tak nampak apa yg berlaku dalam umah. Tak perlu la cik giRang pakai tudung dalam umah kan. Dan bebas untuk berkuak lentang bergolek bagai dalam umah sendiri. Pintu perlu dibuka supaya angin boleh berlegar. Kalau tak nanti rasa terkempap dan rimas sangat.


cik giRang gunakan dua-dua panel tu untuk kepung ruangan makan supaya gelap. Then nyalakan lilin dalam pasu bunga kaca jernih then kitorag pon ber'candle-light-dinner'lah di umah aja. Kebetulan, di luar hujan dan suasana agak mendung. Makanya cahaya dari ruangan makan tu hanya bersumber dari seketul lilin tu.



Best tak candle light dinner?








Best! Tapikan yang, abang
tak nampak la ayam ni.
Gelap!








Laa..da namanya 
candle-light dinner, 
memang la cahayanya kurang!

The next day, munCet kerja. So cik giRang gorengkan nasik je untuk dia bawak bekal. Tengahari tu entah kenape rasa super malas nak masak. Pergi ke dapur cek barang-barang. Ahah! Dapat idea untuk masak something yang sangat simple dan mudah. Punya la malas kan...hehehe...


Prego Cheese & Herbs dicampurkan dengan Prego Carbonara Mushroom serta air rebusan kulit udang. Setelah didih, tambah udang tanpa kulit. Then bila nak makan, siram atas chifferi rigati yang siap dicelur. Hiaskan dengan daun ketumbar bagi nampak cantik, menggiurkan dan meleleh-air-liur-kan... (^_^)



munCet balik, makan dengan penuh berselera. Suka ati tengok munCet ngap ngap macam tu. (^_^)



Please pray for us, so that we would have everlasting love and happiness till jannah. Ameenn ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, October 21, 2012

Comeback

Wow.. I haven't update this blog for such a looooong time...7 months had passed since I last updated this blog.. Kalau dinding umah, mau dah bersawang hebat da nih.. So many things had happened for the pass seven months. Pindah ke tempat baru, kerja baru, bertukar status, umah baru, kereta baru.. Where should I start first? Hurm... Okey, let's start with the first one..  


New Place.. New Job


Before this cik giRang ada mention yang cik giRang kerja di KL as an analyst. Eventhough hanya kerja kontrak untuk 6 bulan, banyak sangat kenangan terindah yang cik giRang dapat kat sana. My colleagues there are very friendly and funky. Hehe.. Rindu plak kat dorang sume. Sayangnya da lost contact dengan dorang.huhu... Abis kontrak on early March, then balik kampung lepak-lepak. Mulanya cadang nak carik kerja lepas majlis, tapinya rezeki kerja tu dah sampai dulu. Alhamdulillah for the unexpected working called.

Kerja baru, as an English teacher at an Islamic private school here in Skudai. Cakap English pon masih lagi berterabur kan, nak mengajar budak pulak.. huhu. It doesn't matter as life is a process of learning, from the very first moment till our very last breath. And it'll become more meaningful to share all the knowledge we have with others. Walaupon gajinya kecil, hanya separuh dari gaji yang diterima waktu kerja di KL, but I'm very happy with this job. I love doing it, teaching and interacting with kids. They are very wonderful. Their life is full with colours. And the best part, they spread the colours into my life as well. (^_______^)  



New Status: Single to Married


Zaman anak dara telahpon berlalu. Kini da jadik isteri orang. For the first two months of marriage life, whenever i looked at my husband, I'll wonder, is it true that I'm married now? Hahaha.. funny isn't it? Kehidupan lepas kawen masih belum begitu tersusun dengan baik. Masih lagi dalam adaptation stage. munCet kerja from Sunday to Tuesday, 7am to 7pm. Sampai umah da pukul 7.15pm. On Wednesday and Thursday, dia OT pulak. He send me to the school then terus pergi kerja. Biasanya balik pon pukul 7pm jugak, jarang balik awal. Machine problem all the time.. kalau machine tak buat hal, baru la dia balik awal sikit.

As for me, macam biasa la cikgu masuk kelas pukul 8am, tapi kene punch card before 7.40 am. Ada la beberapa kali lewat, heehe, sebab kerja KL dulu masuknya pukul 9am. Setiap hari Isnin dan Selasa, pergi kerja tumpang Kak Liza. Balik kerja, kalu tak tumpang Kak Liza, cik giRang tumpang Kak Ayu. Balik umah pukul 4lebih in the afternoon, lepak-lepak kejap then pergi masak untuk diner. munCet balik kitorang terus makan je. Lately, da mula jarang masak sebab too busy with KSSR. Yang tu, nanti la kemudian cik giRang cerita.

Umah baru, hehe... umah sewa je pon. Kereta baru, actually tu keretanya si munCet. Sebelum ni dia pakai saga. Saga tu pon ibu punya. Ibu turunkan kat munCet masa tahun akhir belajar dulu. Skang ni adik munCet da abis belaja, so kereta tu akan diturunkan kepada adiknya si munCet pulak. Makanya munCet pon carikla kereta baru. Yela kan..da kerja..da kawen.. kehidupan da mula stabil. Boleh la nak tangkap kereta baru. Paling best, dia daftarkan cik giRang as second driver! Weeehihuuuuuu!!!

Pasal wedding cik giRang tak citer lagi kan. Wait till the next entry la eh. So many things in the pass seven months to be shared here. Last but not least, cik giRang tepek 2 gambar wedding di sini. Enjoy looking at them! (^__~)


Saturday, November 19, 2011

... C . I . N . T .A ...



Salam'alaik duhai incek dan cik non sekalian...


cik giRang terjumpa satu quote yang sangat best dan cik giRang nak share ngan incek dan cik non sume..


♥ Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu ♥
♥ Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa ♥

♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥


Love quote ni menyebabkan cik giRang teringatkan satu peristiwa tatkala si teruna dan dara berbalas-balas pantun mesej di talipon...




cik giRang:
Betul ke awak cintakan saya? Kenapa awak cintakan saya?

mr munCet:
Ya.. Kerana apa? Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...

cik giRang: 
Maksud awak?

mr munCet:
Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana... =>
Awak renung baik-baik ayat tu, pastu awak bagitau saya apa yang awak faham =>


cik giRang membaca berulang kali...Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...??? Puzzled...

cik giRang:
Tak paham... apa maksud awak?


Talipon berdering. Panggilan dari si munCet. Tekan button accept.

mr. munCet:
Assalamu'alaikum...

cik giRang:
Wa 'alaikumussalam. Wak...apa maksud ayat awak tadi tu?

mr. munCet:
Saya cintakan awak kerana saya cintakan awak. Saya tak perlukan sebab untuk menyintai awak.

cik giRang:
....

mr munCet:
Kalau saya cintakan awak sebab awak cantik, nanti esok bila saya jumpa orang yang lagi cantik, perasaan saya pada awak akan hilang. Kalau saya cintakan awak sebab awak baik, nanti esok kalau kalau saya jumpa orang yang lagi baik dari awak, atau awak berubah jadi jahat, perasaan saya pada awak akan hilang.

cik giRang:
*digesting the words*
Owh...

mr munCet:
Awak masih nak saya sayangkan awak atas sesuatu sebab?

cik giRang:
Tak nak...

mr munCet:
Saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?

cik giRang:
Nak tanya apa? Tanyalah...

mr munCet:
Kenapa awak sayang saya?

cik giRang:
.....
Tak tau....

mr munCet:
Tak tau?

cik giRang:
Tak tau... tapi awak selalu ingatkan saya..jaga solat.. jangan lewatkan solat...tutup aurat elok-elok..stokin...stongan...

mr munCet:
Saya buat camtu sebab saya sayang awak. Kalau kite sayangkan seseorang, tak kan kite nak biar orang tu dapat susah kan. Saya tak nak awak dapat susah.. kat dunia ni dan kat akhirat nanti...




My deary munCet... an infinite thanks to you for always taking care of me and always remind me on the afterlife world... May Allah showers His blessings unto us. May this relationship always brings us another step closer to our Lord.. Ameenn.


♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥




Thursday, March 10, 2011

happy weekend

Salam sume..

Last Friday, I went to IIUM to surprise my junior by attending their program without informing them earlier. hehehe..terkujat masing-masing. Btw, congratz all for the most successful Interfaith Dialogue (IFD) held by IYC so far.

Actually, ada few reasons yang menyebabkan cik giRang berkunjung kembali ke kampus. Pertamanya sebab nak attend program IFD ni la. Saje nak observe program kali ni, sebab previous IFD, cik giRang yang jadik program manager nye. Kali ni topik best..misconception in my religion. Conclusion dari mR. munCet, the other three religion's representatives membentangkan salah tanggapan yang terdapat di dalam ajaran agama masing-masing tetapi Islam representative membentangkan mengenai salah tangapan manusia-manusia tentang Islam itu sendiri.. eg. terrorist, oppression on women and so on. And he manage to clear all the misconception.

Senang cakap la..Islam itu syumul..perfect..tidak terdapat sedikitpon kekurangan di dalamnya. Hanya manusia-manusia yang mengaku sebagai Islam sahaja yang mencalitkan arang ke atas agama suci ini.

Berbalik kepada sebab mengapa cik giRang kembali ke kampus. Sebab yang keduanya, nak support adik-adik junior kesayangan la. Kami kat IYC ni semuanya da macam family members. Tapi masa pon tak berapa panjang kan.. sempat jumpa and discuss ngan president and vice president je hari ahad tu.

Ketiganya, nak buat clearence.. Result exam cik giRang untuk final sem ari tu digantung sebab tak bayar yuran..hehehe..extend sem and takde pitih nak bayor.. baru ni le dapat membayornye.. moral of the story, jangan tok bayor yuran kalu tak mboh result exam kene suspend.

Apa yang happy sangat nye weekend ni? hehehe..ni la nak cite.. (^_^)

Jumaat tu, my mR. munCet drive all the way from Johor ke kuantan sini to meet my parents and discuss few things. Maaf, butir-butir bicaranya tidak dapat di kongsi di sini. Lepas tu kitorang berangkat ke UIA and sampai sana after three hours driving. Kebas punggung si munCet tu drive dari 8am tu 12pm.. pastu sambung drive balik at 3pm to 6pm.

Hari Jumaat tu tak ada ape sangat..just catch up je sebab da 5 bulan tak jumpe. Selama tempoh tu kitorang juz borak-borak kat tepon and mesej-mesej je. Masa mula-mula munCet datang tu, tetiba rase segan sangat.. bercakap ngan dia pon malu-malu miaw gitu.. hehehe.. Then malam attend program aje..jumpa adik-adik. munCet balik awal tapinya cik giRang stay situ sampai abis post-moterm.

Sabtu tu.. kitorang gi jenjalan Wangsa Walk. Pegi tengok citer black swan. Cite tu boleh tahan jugak la suspennye.. ada gak yang horror sikit-sikit. Naseb baik I beli pop corn u.. bekas pop corn tu la yang I peluk and buat tutup mata.. penakut jugak cik giRang ni rupanya eh..hek hek hek..

Pastu gi makan pizza..bersama-sama ngan mR. munCet's frens. Pastu kitorang jenjalan kat pameran pengantin kat wangsa walk tu. Kecik je pamerannya..Photographer yang banyak bukak booth. Usha-usha baju-baju nikah and sanding sume. I thought I nak design sendiri je baju nikah nanti pastu mintak tolong my ummi yang jahitkan. And beads kat baju tu nak jahit sendiri je. Tak reti pon jahit beads..baru-baru belajar...

Petang tu pulak kitorang gi jenjalan ke JJ AU Keramat. Jalan punya jalan, cik giRang ternampak la satu handbag kat satu outlet Rucini. Dari jauh dah berkenan. Handbag yang sedia ada pon da agak nazak jugak (alasan nak beli handbag baru). Si munCet mulanya tak setuju cik giRang beli handbag ni atas alasan bukan genuine leather. Katanya nanti dia belikan yang genuine leather punya. Tapinya cik giRang da berkenan sangat pulaknya handbag lama da nazak kan.

Akhirnya cik giRang berjaya memiliki handbag tersebut..dan ongkosnya dibayar oleh mR. munCet..hehehe.. Naseb baik ada less kalu tak kurus kering la poketnye si munCet tu.

Malam tu tido awal sangat dan bila tersedar cafe da tutup. ( cik giRang squatting secara haram di bilik adik cik giRang..untung gak ada adik kat UIA tu kan..hehehe). Nak kuar takde kenderaan tambah penat dan malas nak berjalan. Makanya cik giRang roger la si munCet dan mengadu lapar dan mintk dia belikan burger. Sekali tengok, amek ko..double beef patty lagik tu.. punya la sayang dia kat kite kan.. tapi sori eh my munCet gebunCet sebab tak abis... Mengantuk sangat makan pon dengan mata terpejam.

Another thing that make me happy, munCet bagi hadiah birthday.. couple watch yang dia beli kat johor sana. Masa mula dia beli tu, dia gtau yang dia da jumpa hadiah birthday untuk cik giRang. Puas cik giRang tanya apa yang dia beli tapi dia taknak cakap. Sudah nya cik giRang teka satu per satu tapi sume tekaan cik giRang salah. Sampai hari esoknya..baru la dapat meneka dengan betul..

Sori eh tak dapat masukkan gambar hadiah-hadiah dari munCet tu..kamera xde.. camera phone plak x cantik gambarnya..

After 5 months..munCet nampak sangat la matang.. sampaikan junior kitorang tegur, "akak, apa yang akak dah buat kat abang ni? Dah macam bapak orang da". Ntah la dik..akak x buat pape pon.. I think I made him miss me damn much je kot...hehehe...

Anyway.. i love previous weekend... and i'll be loving another two weeks weekend..hehehe..kenapa dengan another two weeks weekend? syhhh..rahsia (^_~)

Till we meet again ye readers.. tata from me..sori eh kalu entry kali ni gediks sikit.. (^_^)

Sunday, October 17, 2010

Sayang... Kerana apa?


ok...cik giRang da berbaik semula ngan mR. munCet one pack...
semuanya hanya salah faham ..
dan dalam hal ni, cik giRang yang bersalah...
huhuhu
sori mR. munCet kerana berbuat begitu..


rite now, cik giRang ada sumthing untuk dikongsi bersama pembaca semua...


 di suatu malam tatkala melepak di atas tilam...
tenet tinot...
handphone berbunyik...ada mesej...


maka mesej tersebut cik giRang balas dgn girangnya kerana
ianya mesej dr si jantung hati...
maka proses tenet tinot pon berulang la beberapa kali..
berikut adalah mesej-mesej yang ingin di kongsi bersama...





mR. munCet one pack:
awak..kenapa awak sayang saya?

cik giRang:
??? hmm..sebab hati awak...

mR. munCet one pack:
sebab hati saya? (x puas hati)

cik giRang:
ehmm (angguk pala walau pon mr muncet x nampak)..hati awk baik..penyabar..

mR. munCet one pack:
tapi saya sayang awk sebab keseluruhan diri awk...

cik giRang:
... (terdiam...pelik...apa maksud dia ni???)

mR. munCet one pack:
kalau kita sayang seseorang sebab hati dia baik, esok bila dia jadi jahat, kite terus benci kat dia. tapi kalu kite sayang sebab diri dia, esok kalu dia jahat kite akan usaha ubah dia jadi baik...

cik giRang:
...(speechless...x tau nk jawab apa)




that's mR. munCet one pack yang ku kenal... 
begitu luhur hatinya... 
tapi entry ni bukan untuk bercerita tentang mR. munCet one pack... 
entry ini adalah untuk mengupas ayatnya yang telah membuatkan cik giRang hilang kata...



kalau kita sayang seseorang sebab HATI DIA BAIK, 
esok bila DIA JADI JAHAT, kite terus BENCI KAT DIA. 

tapi kalu kite sayang dia sebab DIRI DIA KESELURUHANNYA, 
esok kalu DIA JADI JAHAT, kite akan USAHA UBAH DIA JADI BAIK



mR. munCet one pack telah memberikan tamparan hbat kepada akal fikiran cik giRang....
sememangnya cik giRang x pernah terfikir pon sepertimana yang dia fikirkan...
setelah terdiam terkelu lidah sebegitu,cik giRang bersetuju dgn pendapat mR. munCet one pack...


sikap manusia ni sentiasa berubah-ubah...kerana apa?
kerana seketul daging bernama hati di dalam tubuh setiap insan...
semakin gelap dan itam hati tu,
semakin sukarla ia kepada kebaikan dan
semakin cenderung la ia kepada keburukan..
x percaya?
silalah lakukan eksperimen sendiri...


sikap manusia sentiasa berubah-ubah...kerana apa?
kerana kita manusia...tidak sempurna...
iman kita tidak statik sepertimana malaikat...
kita manusia....tidak sempurna..iman kita turun dan naik...
bergantung kepada amalan kita....


jangan kita letakkan ciri-ciri atau kriteria idaman teradap bakal pasangan..
kerana belom tentu lagi jodoh dan pasangan kita tu memenuhi
ciri-ciri idaman yang kita tetapkan


mungkin dia kurang dalam banyak segi...
namun dia tetap ada kelebihan yang tersndiri...
terimalah dirinya seadanya...


jangan di ubah melainkan ke arah kebaikan cuma..
dan akukanlah ia dgn cara yang sangat berhikmah..
dan ubah la juga diri kita supaya bersama seiring ke arah kebaikan..
bersama berdoa memohon limpah rahmat dan redha Tuhan..




cik giRang:
kalu macam tu saya nak sayang awak sebab keseluruhan diri awak jugak la...

mR. munCet one pack:
jangan lupa doa mintak kat Tuhan kebaikan...janngan lupa usaha untuk ubah diri kite ke arah kebaikan...




p/s:
pesanan dari mR. munCet one pack -- selagi kite masih idup, kite tetap masih berpeluang menjadi insan yang lebih baik kan...=>
cik giRang jawab...hmmm...betul tu...memang betul....makanya jom sume kite jadi insan yang lebih baik

Friday, October 15, 2010

Tak tahan lagi

Sakit... Dada rasa sakit sangat akibat memendam rasa. Sampai tak upaya nak bernafas. Semput. Oksigen ku sedut dgn mulut.


Ini bukan kali pertama. Ntah kali yang ke berapa.. Masih bgitu jugak lagik. Aduh.. Di saat kije ngah menambun ni... Nape la mcm ni.... Sakitnya rasa ati... Pedihnya pendam rasa..


Buat hamba Allah itu.. Terima kasih kerana terus-terusan menyakitiku. Tak perlu lagi bersusah-payah mencari dan memberi sejuta alasan. Lelaki memang smuanya begitu.


Tak usah lagi bersusah-payah menghubungiku memujuk aku. Setiap  kali maaf diberi, itu juga yang brlaku..Itu juga yang terjadi berulang kali. Ntah apa rupa hatiku skang ni... Da lumat da agaknya...


Seperti yg ku katakan tadi, tak perlu dikau bersusah payah menyusun ayat untuk menghubungiku memujuk hatiku. Nombor mu kini mndiami 'reject list' dan 'screen no' dlm kdua telefon comelku ini. Pergila menghabiskan masa bersama mereka. Apa-apa ajalah asalkan dikau bahagia.


p/s: kpd yg tidak berkenaan... maaf kerana tidak berupaya untuk menjadi girang seperti slalu.