Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Showing posts with label things to ponder. Show all posts
Showing posts with label things to ponder. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Jaga Pengenalan Diri


Supposely cik giRang jadik tikus putih untuk kawan cik giRang, cik ciken for her master's project experiment.. Tup tup dia call kata proses men'tikus-putih'kan cik giRang cancel. Cik giRang takde la kisah sangat pon cancel ke tak.. Kalu jadik cik giRang datang je.. Kalu tak jadik cik giRang lepak bilik je..hehehe


Apa yang cik giRang kisahkan sangat ni... ialah sebab apa proses men'tikus-putih'kan cik giRang tu cancel. cik ciken punya IC, matric card (which is also her bank card ) and her license hilang. Tapi yang peliknya, duit tak hilang plak.. hurm... 


Nampak sangat la si pencurik tu memang nak ambek 3 benda ni je. Sebabnya ketiga-tiga card tu disimpan di tempat berasingan.  Kesian cik ciken. Dah la nak gi buat pasport ari ni... Masa da makin suntuk.. ( she's going to Qatar **kalu x silap la** to present her previous final year project)


So right now cik ciken kene pegi bank untuk block any access to her bank card. Pastu kene gi balai polis untuk report on the missing of those three vital cards. Pastu kene pegi Jabatan Pendaftaran Negara untuk report her missing Identification Card ( IC ) and buat baru. Then kene pegi JPJ untuk buat lesen baru.


Teringat pulak citer sorang lecturer cik giRang ni. She was looking for a job back then. Kalu tak silap cik giRang dia kene ragut. Gone through all 'after-being-snatched' process like above. Pastu tak lama lepas tu dia dapat kije.


Tapi masalah lain pulak timbul. Dia tak dapat buat kwsp account sebab dah ada satu active kwsp account menggunakan her IC no. So dia pon gone through some process sebab kewarganegaraan dia diragui. **two different people with the same unique ID.. confirm la salah satu tu penipu or dua2 penipu**


Kedua-dua yang mengunakan ID yang sama ni kene siasat. Pastu dia lepas sebab memang sah-sah  la ID tu  dia punya. The other person ditangkap sebab menggunakan ID palsu dan bukan warganegara.


Pengajarannya di sini... Jagalah harta peribadi kita. Mungkin skang ni kita tak terasa sangat kepentingan ID ni.. But once you lost it, memang hidup tak senang hati tak tenteram la sebab  kita dah jadik  PATI di negara sendiri dan kita tak tau sapa yang amek ID kita tu... dan dia guna ID kita untuk apa. Noted that ramai yang menjadik mangsa keadaan bila ID mereka dicuri dan digunakan untuk tujuan yang salah dan tuan punya ID yang terpaksa menanggung akibat. **google for identity theft case kalu tak pecaya**


cik giRang ada cakap pasal identiti theft before but in the virtual world perspective and it is very brieft. Klik sini untuk baca. InsyaAllah next time cik giRang cakap pasal cara nak hardened you system from being access. Hah..tak paham? Ok...cara camne nak kuatkan sistem pertahanan kat laptop or social network account dari kene hack by unknown. Sebab sekarang ni ramai sangat yang telah menjadik mangsa kat social network site ni tak kita la myspace ke facebook ke twitter ke... 


For your information, with your email only, your account can be hack and cracked. cik giRang pernah guna satu tool ni tapi tak berjaya sebab kene bayar kalu nak dapat hack account fesbuk orang lain. ** i created another email and facebook account for this purpose. takde orang lain yang menjadi mangsa **


Right now cik giRang tengah mencari method untuk hack and crack facebook account orang. Da banyak sangat kes ni skang ni. Pada cik giRang, tak salah kita nak belaja black knowledge camni asalkan kita tak gunakan untuk buat benda tak elok la kan. Lagipon, in order to find better way to prevent it from happen, we've to know how it's done first. 


Ok readers.. sampai sini je la dulu kot. Nanti sambung next time eh. Pesanan dari cik giRang, jaga la identiti anda elok-elok, tak kira la identiti di dunia nyata atau dunia maya.

till we meet again (^_~)

Thursday, October 28, 2010

Peti Sejuk Ajaib !!!


Bayangkan di tengah malam sewaktu korang stay up buat kije or layan muvi or jenjalan di blog orang...
Tetiba korang terasa nak minum air yang sejuk...
Maka korang pon berjalan meraba-raba pintu peti sejuk..
Eh eh.. yang korang duk raba tu bukan pintu fridge...
Tu pintu kabinet besi yg ada kat bilik asrama or mahallah or dorm korang


Korang pon tengok kiri kanan carik peti sejuk...
Eh eh...korang mana ada peti sejuk...
Pengurusan asrama or mahallah or dorm tak izinkan korang bawak peti sejuk !!!


Makanya apa yang korang nak buat???
Ala... pakwe/makwe korang kan ada..
Mintak la dorang tolong belikan..
Apa? Dorang buzy?
Esok nak antar esaimen or ada pezentasyen or nak exam?

Ok..pegi aja ke kiosk or kedai...
Tapi kedai da tutup !
Takpe... 7e kan ada...


Tapi takde kenderaan..
Apa susah...pinjam moto or keta kawan...
Hoh..kawan tak kasi? Dia nak guna?
Ala susah-susah sewa keta je...


Ada masalah lagi?
Apa plak masalah kali ni?
Hah? Pak guard tak kasi keluar !

Nak buat macam mana???
Tekak nak air sejuk !!!


Haaaa...
cik giRang nak berkongsi sesuatu ngan korang...
Method terilhamkam oleh cik giRang setahun setengah yang lepas..


Nak minum air sejuk di tengah malam?
Mudah saja...
Menggunakan kuasa alam...
cik giRang namakan ia
"PETI SEJUK AJAIB"
ehehehehe


Amek air minuman korang tu dan letakkan di luar tingkap bilik korang..
Ataupon di luar pintu dan bilik korang...
Letakkan selepas hari sudah gelap a.k.a selepas korang da siap semayang maghrib..
Pastu biarkan sampai tengah malam waktu korang nak minum tu...
Haa pastu amek la air tu dan minum..


InsyaAllah..air tu da jadik sejuk...
cik giRang selalu apply method ni...
In fact, skang ni ada sebotol air di luar tingkap yang sedang disejukkan..
ohohoh...jap gi nak minum...


So far da try minuman tin, botol plastik dan minuman kotak...
Yang paling berkesan ialah minuman tin..
Di ikuti minuman dalam botol plastik..
Minuman kotak kurang berkesan...


Tapinya kan...kalu nak apply method ni..
Korang kene pantau suhu malam di tempat korang tu...
Kalu kat tempat cik giRang ni malamnya sejuk..
Suhu malam 27 to 29 degree...


Botol plastic tu plak kan..
Kalu terlalu tebal pon tak menjadi jugak..
So kalu korang buat tak menjadi..
Jangan salahkan cik giRang pulak ye..


Tapi kan korang..
kalu korang buat cara yang sama di waktu tengahari buta...
Air minuman korang akan jadik panas..
Cuba la kalu x percaya...


Ok sume...
cik giRang nak pegi mam eskrim dlu...
Till we meet again..
Selamat mencuba... 
(^_~)

Monday, October 11, 2010

sakit itu nikmat?

batuk + selsema + demam + pusing mata + sakit pala


tu la yang cik giRang hadapi saat ni
duk atas tilam je..
terbaring je...tapi ni tgh duduk..


pala masih lagi goyang-goyang ni..
tapi duduk-duduk saja x buat ape sangat la bosan kan
kije banyak tapi x mo wat kije waktu dalam keadaan macam ni


bersandar jap..hah...sejuk la plak rasanya...
kipas tu bukak 1 je tu..


sakit membuatkan kita rasa lemah je 1 badan kan..
ramai orang merungut-rungut bila dapat sakit...
rugi...sangat la rugi manusia itu...


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menghapuskan 
sebahagian daripada dosa-dosa kita yang da munggunung tinggi tu?


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menambah
sebanyak mungkin pahala
dengan hanya redha dan bersabar dengan sedikit ujian dariNya?


 ni tak...baru sakit sikit da bising-bising...
tu pon duk melepek je atas tilam katil tanpa berbuat apa-apa...


Rasulullah s.a.w dulu dilontar batu hingga berdarah-darah...
masih lagi tersenyum dan terus menjalankan kegiatan dakwah...
malunya kita menjadi umat Baginda Rasulullah s.a.w
sakit sikit je tapi rungutan sangat la banyak..
sakit sikit je tapi rehat sangat la panjang..


agak-agak korang la kan...
bagaimana perasaan Baginda Rasulullah s.a.w bila tgk keadaan kita umat dia hari ni?


cik giRang ingin berkongsi sesuatu dengan semua..
sedikit petikan dari buku karangan Imam al-Ghazali bertajuk
Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan
tajuk asal buku ni ialah
Mukashafah al-Qulub
diterjemahkan oleh Muhammad Qadirun Nur
dari Bab 3: Sabar dan Sakit mukasurat 11 & 12




Junaid al-Baghdadi ra telah berkata,
"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"



Rasulullah s.a.w juga bersabda,
"Barangsiapa sakit semalam, 
dia sabar dan rela kepada Allah, 
maka bersih dari dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.
Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh"



Telah berkata Adl Dlahak ra,
"Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah,
maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah"



Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata
"Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dngan suatu bencana,
Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk,
"Hapuskan catatan daripadanya."
dan berkata kepada pencatat amal baik,
"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik daripada yang dia perbuat".



Tersebut pula dalam sebuah hadith. Daripada nabi s.a.w, Baginda bersabda,
" Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, 
seraya berkata,
"Lihatla kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah,
Dia lebih tahu, lalu berkata,
"Aku berjanji untuk hambaKu.
Jika Aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga.
Dan jika Aku menyembuhkannya, 
Ku ganti dia daging yang lebih baik daripadanya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.
Dan Aku hapuskan pula keburukannya." "





banyak kelebihan orang yang sakit ni
cik giRang teringat 1 kisah
x pasti berlaku pada sahabat atau tabi' atau tabi' tabi'in atau yang slepasnya


kisahnya, hamba Allah yang sorang ni menangis 
kerana TIDAK MENDAPAT SAKIT ATAU MUSIBAH
sedangkan rakannya yang lain nya ditimpa sakit dan jugak musibah.
sedih sungguh hatinya.
bila ditanya oleh seorang sahabat, mengapa dia menangis
jawabnya (kalu x silap cik giRang la kan)
"aku takut aku diabaikan Allah...sahabat yang lain semuanya ditimpa kedukaan dan kesakitan tapi tidak aku"
** tolong cek balik kisah ni...cik giRang ingat-ingat lupa..kalu salah tolong betulkan ye **


tu la umat terdahulu...
jauh sungguh bezanya ngan kita umat terkemudian ni..
dorang punya la takut di lupaka dan di abaikan oleh Allah
tapi kite selamber badak sumbu je
abaikan Allah.. lupa perintahNya... ingkari laranganNya

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
AL-LAZI LA ILAHA ILLA HU WAL-HAYYULQOYYUM
WA ATUBU ILAIH
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM


rasanya setakat ni je lah dulu coretan cik giRang..
till we meet again
wassalam


p/s: 
sangat tertarik ngn kata-kata Junaid al-Baghdadi ra kat atas. Sama-sama la kita beringat dan beramal. (^_^)

"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"


Sunday, October 10, 2010

pakai baju vS x pakai baju???

assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua...

tgk tajuk entry...apsal pakai baju vS x pakai baju??? aiseh...owner blog ni x nk pakai baju ke? da ilang akal ke?

woopps...nanti!!!bukan itu maksud cik giRang!!!ofkos la cik giRang TAK MAU buat kije giller cmtu...uik?! ari kat luar nak ujan la..hoho...jap angkat baju kat ampai..

kenapa pakai baju vS x pakai baju??? cuba tgk kiri kanan depan belakang kite..kite di sekelilingi oleh banyak manusia. hatta atas bawah pon ada manusia jugak(duk bangunan bertingkat apartment yang lif dia salu rosak kan? duk asrama bertingkat-tingkat pon boleh jugak..ada org kat atas bawah)... cuba tgk pakaian dorg...cantik-cantik...kan? lawa-lawa...kan? jarang-jarang...kan? terbelah sana sini...kan? nampak uruf uu dan uruf v...kan? ape uruf uu n uruf v tu? cuba tgk kiri kanan lg...nmpak x pmpuan pakai baju ketat seluar ketat? ada nmpak x figura yang menyerupai uruf uu dan uruf v di situ? kalu x nampak, korang ni memang lambat pick-up dan jap gi pak belalang akan muncul sebelah korang dan cakap yang korang ni da x lama da kat dunia ni....

pak belalaaaangg..nujum terjun kebetulan mengena...heh..heh..heh! baik ko jaga-jaga...
-- refer lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal --

owh...korang x rase sedih ke tgk dorg...baju x cukup kain benang...agak-gak kan..kalu korang approach dorang dan hadiahkan kain semeter dgn benang sebuku, apa reaksi dorang eh?

PANG!!! melekat 5 jari kat pipi..kalu jari ok lagi..tapi kalu yang meelkat kat pipi korang tu kasut? ahahaha...kesian kat korang yang kesiankan dorang sebab pakai baju x cukup kain benang...kesian kat korang yang kesiankan dorang yang pakai baju tp macam x pakai baju..

pakai baju tapi macam x pakai baju? ha..tu la tajuk entry kite kan...pakai baju vS x pakai baju???



macam mana nak pakai baju dan memang nampak macam kite pakai baju?hohoho..Islam kan da bagi caranya....berminat untuk tau? sila teruskan pembacaan anda...


SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARAK
  1.  Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
    • Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. 
    • Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram). Allah berfirman yang bermaksud:
    “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
    Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
    • Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
  2. Pakaian yang longgar.
    • Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. 
    • Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. 
    • Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak. 
    • Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).” 
    • Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
  3. Pakaian yang tidak jarang.
    • Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. 
    • Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.” 
    • Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
  4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
  5. Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah: 
    • pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain 
    • pakaian yang menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya. 
    Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
    • Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. 
    • Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: 
              “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” 
    • Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
  7. Tidak bertabarruj.
    • Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. 
    • Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. 
    • Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. 
    • Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33) 
    • Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. 
    • Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
source: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/06/menutup-aurat-bukan-sekadar-pakai.html

cik giRang x tuka ape-ape dr source ni..juz edit ckit sbb teks asal terlalu banyak tulisan...nanti korang sume malas dan x lalu plak nak baca...

da baca da syarat-syaratnya? bukannya susah sangat kan...setakat pakai baju yang longgar such as baju kurung or t-shirt muslimah tu..pastu pakai tudung yang tutup dada...pastu pkai stokin kaki n tangan...da siap da...pastu boleh la nak merewang ke mana-mana pon...

niatkan berpakaian tu utk mengikut dan mentaati perintah agama...buakan untuk menarik perhatian orang lain..untuk apa kite meraih pujian orang sedangkan Allah murka pada kite kerana mengingkari suruhanNya?

Allah yang menciptakan manusia..Dia lebih mengenal manusia tu cmne..atas sebab itula ada perkara yg di larang untuk kita lakukan...kenapa?sudah tentula kerana Allah sayangkan kite..Dia x nak kite menjahanamkan diri kite dgn melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..

p/s:
  • kite mungkin x baik ari semalam..tapi x bermakna kite x boleh usaha untuk jadikan diri kita baik pada ari ni dan esok dan esoknya dan esoknya lagi dan seterusnya kan..
  • sentiasa perbaiki diri untuk jadik hamba Allah yang terbaik...pesanan untuk diri sendiri dan kepada sume jugak



    Saturday, October 9, 2010

    al-Quran sebagai hantaran???

    copied & pasted from AiNie EnNie (facebook)
    edited by making it in conversation form (original article is a cerpen)

    pesanan: Kepade mreke2 yg nk memberi hantaran dan menerime hantaran...fikir-fikirkan la


    Situasi: Di sebuah kedai
    Watak: Pasangan yg bakal berkahwin (Jamilah & Nabil), Pakcik berbaju putih




    Jamilah:
    Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan.
    Sesuai untuk kita buat hantaran

    Nabil:
    Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?


    Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


    Jamilah:
    Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab (mengeluh)

    Nabil:
    Ala, awak bukan reti pun bahasa arab.


    Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


    Pakcik berbaju putih:
    Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.

    Nabil:
    Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.
    (sambil tersengih. Jamilah ikut senyum kambing tidak jauh dari situ.)














    Pakcik berbaju putih:
    Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila? (sambil tersenyum)

    Nabil:
    Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik. (teragak-agak)

    Pakcik berbaju putih:
    Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.


    Jamilah:
    Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la.

    Pakcik berbaju putih:
    Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi.

    Jamilah:
    Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi.


    Jamilah tersenyum sambil mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan yang bersaiz kecil.


    Pakcik berbaju putih:
    Jangan lupa baca ya.


    Pakcik berbaju putih berlalu meninggalkan pasangan tersebut.


    Jamilah:
    Sibuk je la pakcik tu

    Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.




    Situasi: majlis pernikahan Jamilah & Nabil
    Watak: Jamilah, Nabil, Pak Imam, hadirin


    Pak Imam:
    Assalamualaikum semua.

    Nabil terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

    Pak Imam:
    Inikah pengantin hari ini?

    Nabil:
    Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..

    Pak Imam:
    Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
    Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.

    Hadirin mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

    Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. Nabil cuba mengagahkan diri.

    Nabil:
    Ss.. su.. surah apa ustaz?

    Pak Imam:
    Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.


    Ustaz Saad tersenyum menampakkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. "Surah Ar Ra'd...Apa benda nih " detik hati Nabil. Jamilah melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang bakal berlaku.


    Nabil:
    Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!


    Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


    Pak Imam:
    Baru ustaz tahu ada kalimah ALMARI di dalam ALQuran.
    Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
    A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim..
    ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..


    Terdengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


    Pak Imam:
    Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim. Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.


    Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad. Tazkirah pendek Ustaz Sa'ad dikagumi orang terutama yang biasa mengikuti ceramahnya. Nabil dan Jamilah hanya menunduk malu.





    Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

    Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

    Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

    Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

    Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

    When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

    Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


    Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

    Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

    'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'
    'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


    Saturday, September 4, 2010

    minyak sapi QBB haram?

    td discuss nak wat kueh ape sebab kak ngah nak keluar pegi beli barang utk buat kueh...
    tetiba dia cakap minyak sapi QBB Ghee tu haram.terkejut cik giRang!biasanya kitorg pakai minyak sapi ni utk masak apa-apa yang memerlukan penggunaan minyak sapi.nak-nak lagi biskut arab kegemaran arwah kak teh cik giRang.


    the femes QBB minyak sapi..

    kak ngah cakap ummi yang kasi tau dia pasal ni.
    cik giRang tanya la kak ngah balik, ummi dapat tau dari mana plak.
    so she replied yang ummi dengar dari radio.

    cik giRang macam x percaya je dengar berita ni..
    so cik giRang pon menuruti la naluri curious cik giRang ni...
    cik giRang pon bukak la web halal.gov
    and terjumpe la yang ini...


    aiseh..sorry eh..sebesar tu je yg dapat...
    x sempat nak adjust...bz ckit..
    by the way kalu nak tau more info pegi la ke
    minyak sapi Qbb ni fames la jugak..
    so skang ni kene carik alternatif lain plak..
    hmmm~...

    penarikan ni sementara je tau..
    jakim just nk wat further investigation je...
    papepon result dia nti jakim akan announce balik kat web page ni...
    nti korang update la sendiri la kalu cik giRang xde report any news bout this kat cni nti..hehe

    p/s:
    - selamat buat kueh raya (^_^)v

    Friday, September 3, 2010

    Gembira vS Sedih..mana yg patut di dulukan???

    Sekejap je masa berlalu...pejam celik pejam celik kite da di ujung ramadhan....rasa cm baru je semalam mata ni liat sangat nak bangun sahur masa ummi kejutkan bgn by calling me at 4.45am...awal sangat tu ummi...kalu awal sangat bgn nye nti rase nak tido balik b4 subuh..nti kang subuh gajah plak...huhuhu...

    ari ni sahur kat umah..baru je sudah rebus telur masin utk sahur sok..makan ngn nasik kosong panas2..huhuhu..cedapnye...cm x sabar plak nak sahur rase nye..ehehe

    excitednye nak raya!!!


    ada 6 hari je lg sebelum kite memasuki gerbang syawal...seronok plak nak raya..awal2 lg da dpt job...hehe...jadik assistant utk wat kueh...huhuhu...tip2 thn tu la tugas yang cik giRang galas...

    teringat plak 1 ari dalam ramadhan thn lepas..kak ngah bancuh kueh pastu pass kat cik giRang & net (my younger sis) utk bakar n simpan n so on la..kak ngah g kuar ngn puteri2 beliau utk carikan mereka persalinan raya...ralit sungguh kami wat kueh waktu tu...x sedar plak yg waktu tu da nak azan maghrib.
       
    kak ngah ckp nti dia bwk balik mknn utk berbuka..tp sbb jam dia smpai umah lmbat ckit.tengah syok2 wat kueh tu tetiba azan.terkejut kitorg..cik giRang pon gelabah la wat air tuk buka pose..buat segelas je, pastu share berdua.pastu makan kueh raye je.sedih je bukak pose ngn kueh raya..sob sob..seb bek la tinggal sikit je kueh yg x siap tu, so kitorg setel abis je dlu kueh tu.

    molek benor timing..lepas abes je bakar kueh, kak ngah pon balik umah..solat pastu makan pastu wat kueh yang seterusnya..rasenya thn ni pon mcm tu gak lagi..tapinya x bukak pose ngn kueh raya da kot sbb baju princesses tu sume da beli awal2..

    berbalik pada tajuk entry..gembira vS sedih..mana yang patut didulukan?gembira menyambut syawal namun jauh d sudut ati ni sedih plak rasanya nak tinggalkan ramadhan..nak-nak nye plak cik giRang x memanfaat kan seluruh ramadhan ni utk menambah bekalan kat akhirat nti...ruginya la cik giRang rasa...sob sob sob..

    agak-agaknya la kan...sempat ke cik giRang menyambut ramadhan thn depan?ajal x kenal usia kan..masihkah cik giRang di dunia ini tatkala pemegang mohor raja-raja mengumumkan ketibaan ramadhan thn depan?

    gembira menyambut syawal..suasana meriah sana sini..lagu raya berkumandang si seluruh pelusuk negara..masing-masing nyata lebih ceria menanti ketibaan syawal..tdk ramai yang menangisi pemergian ramadhan..

    mungkinkah berkesempatan untuk bersua lagi dengan ramadhan akan datang?apepon, pagi syawal kali ni kami sekeluarga akan ke kubur dlu...menziarahi kekanda cik giRang yang telah menemui Ilahi pd Ogos thn lepas..

    cik giRang sangat merindui zaman kanak-kanak dlu...x pernah miss terawih waktu tu...seronok la sangat2...yang paling cik giRang ingat pas terawih je kami kanak-kanak akan berkumpul ngan tanglung masing-masing..buat tanglung tin..ada yang pakai tin milo..yg kenek-kenek plak pakai tin susu pekat tu je.....abg cik giRang tebukkan luabang kat tin milo tu..pastu pasang dawai sbg pemegang n letak lilin kat dalam tin tu...pastu jalan keliling kejiranan tu sambil buat bising...seronok sangat waktu tu!huhuhu...nostalgia yang x akan dapat dilupakan... (^^)

    dulu bukan macam skang..skang ni banyak sangat bahaya..seolah-olah dunia ni dah x selamat lagi untuk didiami..tapi kalu x duduk kat bumi ni nak duduk kat mana plak kan?skang ni pon nak semayang terawih full tiap2 malam sangat la susah..ada je yg menjadi penghalang..(ceh! alasan je sume tu..)

    da lewat sangat da ni..sok nak sahur..mntk diri dlu..selamat bangun bersahur sume..


    Wednesday, August 25, 2010

    Kesedaran yg dtg tiba-tiba....

    wahhh..bz bz bz..so many things need to be done...
    final year project..course work projects...this project..that project...
    eceh..macam menteri la plak..hehehe...


    btw, life as a student is very much wonderful..
    too many colors in it...so much interesting!!!

    juz finishing deleting my photos in facebook..
    should done this earlier...
    it comes around in my mind
    after learning so many things within this four years...

    learning database specifically...
    for each and everything in web is stored in the server...
    regardless the web server or the database server..

    when creating an account on anything on the web,
    each and every info given will be stored in the database...
    and each database can be access by multiple user...
    end user can only access his/her account...


    but there are other users that have been given access
    to many account in order to manage and maintain everything
    so that they would be inline with the policy and so on...

    those who familiar with open source
    must be very familiar with the word 'super user'...

    super user is are the one whom can access
    each and everything in the database...
    also the one who have power to give the privillage
    to anyone to access the data and info in the database...

    all your information is stored in the database..
    personal information...pictures...etc..
    it is so much easy to save your pic into anyone laptop/ pc...
    juz do this way and walla!..i have copy of your picture/s...

    often personal info and pictures
    being manipulated by irresponsible people..
    now i realized that there's no benefit to store my pictures in the social network site..
    so i deleted all pictures where i'm the only figure in it...



    often we heard cases...
    pictures and personal data and information
    being captured
    and manipulated by other people...
    cases like this are increasing day by day...


    some did say
    'ala..nk tegur je..cara pkaian n tudung x menepati syarak'
    i did share one vdeo bout that..
    and i want to apologize to the photo's owner
    for making video cointaining your personal pictures circulated...

    after several conversation...the saying
    'matlamat tidak menghalalkan cara'
    sememangnya tepat dalam kes ni...

    using others inappropriate pictures
    to be shown to the others
    about the inappropriateness(ada ke word ni?)
    shouldnt be done... at all!

    those inappropriateness can be illustrate using drawing pic..
    or kalu lg bagus 3d with the description
    of the reason of the inappropriateness included in it....
    menegur x salah tp kene ngn cara berhikmah...

    to those unknown pictures' owner, plz accept my apology...

    all my fellow friends...
    sharing info with all your friends isnt wrong at all...
    but be sure to put certain limits on it.....
    your personal info is very much valuable....


    dont wait until sumbody
    use your identity to commit bad things
    and in the end you are the one being blame by others..

    dont wait until your personal information
    being stolen by bad people
    do appreciate all your personal data...



    Tuesday, May 4, 2010

    Bila fikiran menerawang...

    Sudah terlalu lama cik giRang tidak menjenguk ke halaman ini. Bahkan cik giRang sebenarnya sudah terlupa. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang waktu ni. Tak sangka, kalu dulu cik giRang begitu beriya-iya x nak amek test sijil rendah psscm..ujung bulan ni cik giRang adalah d antara mereka2 yang akan menerima sijil rendah psscm.

    Semakin lama cik giRang d muka bumi ini, semakin banyak yang terpancar jelas di mata & minda. Semakin usia bertambah, semakin banyak pula yang cik giRang xtau..
    Dua tiga menjak ni terlalu banyak berita tantang kematian yg cik giRang dengari...coursemate yang berpindah alam krn eksiden.. kakak coursemate meninggal akibat demam panas...sepupu eksiden ayah rakan seguru demam panas. Mereka sume masih muda kecuali ayah rakan seguru cik giRang tu.
    Teringat mereka bergetar ati ni. Ajal x menanti tua. Sumenye berlaku dgn begitu pantas. Berita tentang kematian sumenye mengejutkan. Telah ditegaskan dlm kitab suci panduan umat islam, setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Apabila dtg ajal seseorang itu, tidak akn dilewatkan walau sesaat & tdk akan dpercepatkan walau sesaat. Agaknye mcm mana la cara cik giRang mati nti eh? Khusnul khatimah harapnye..
    Still wondering bout things in the future. We might plan for our future, but still...future is uncertain. Dan lagi, kite hanya merancang je kan. Segala ketentuan Dia yang menentukan.
    Ape pon cik giRang kini lebih yakin & lebih jelas dgn hala tuju ku. Silat Cekak byk mengajar erti kehidupan. Kalu dulu cik giRang sorg yang x yakin dgn diri sendiri, depend on other people too much, takot2.. tp kini x lagi.
    I’ve reborn on the day that i realized that each & everything happened in my life was just a lesson by the Almighty Lord. A lesson that couldnt be learned at any other institutions in this world. Mutiara hikmah di atas segala yg berlaku sedikit demi sedikit memancarkan sinar hinggakan cik giRang terkesima dgn segala perancanganNya yg begitu indah & teliti..walau d kala itu segala yang berlaku terlalu membebankan jiwa.

    Terlalu banyak yang berlegar d kepala...namun terlalu sukar utk menyusun kata....hmm..blur ngn kije yg x berkesudahan. Lemah angkara nasi lemak sotong. Layu dek kerana penangan secawan milo..kekekek..rasenye elok cik giRang sambung kije..tgk la bila lg cik giRang akan mencoret kata di sini..


    Sunday, November 29, 2009

    mainan perasaan




           

                   Setiba di persimpangan,
    Langkah kita tak lagi sehaluan
    Bermula di saat itu
    Tidak senada irama dan lagu



    Begitu hidup ini
    Tiada yang abadi
    Yang patah tumbuh
    Yang hilang berganti

    Kau telah jauh, jauh dariku
    Tiada ruang di hati buatmu
    Namun harusku akui
    Ada ketika di minda kau menjelma kembali




    Sekali segala ada
    Ada rindu yang datang tiba2
    Tak mungkin kerana sayang
    Cuma terganggu oleh perasaan


     Begitu hidup ini
    Tiada yang abadi
    Yang patah tumbuh
    Yang hilang berganti


    Lagu : Tak Mungkin Kerna Sayang
    Penyanyi : Alyah


    Td kat tv3 ada citer mystarz LG.. ada plak sorg contestant tuh nyanyi lagu ni.. somehow lagu membuatkan cik giRang terkenangkan seorang teman.. teringat luahan hatinya dulu... sungguh beliau emo tatkala meluahkan rasa hati. **lirik ni carik kat gugel je. semata-mata kerana mahu menyelami hati seorang teman**

    apa yg berlaku kat teman cik giRang ni? haa..mcm ni.. beliau bercinta ngn sorg ustaz ni... pastu kene tinggal... pastu beliau jadi la macam mayat idup kejap sbb kecwa sgt... pastu beliau berpijak di bumi nyata dan move on... tapinya sesekali beliau teringat jugak lagi kat si ustaz tu. dan katanya lagu ni sangat bertepatan dgn apa yg beliau rasakan.

    Beliau kata memang sgt konpem yg perasaan sayang kat ustaz imam tu da xde… sbbnye beliau telah pon berjmpe someone yang tersangat menyayangi diri beliau.. adapon lelaki itu hanyalah seorang lelaki biasa  tanpa gelaran ustaz mahupon imam... namun lelaki biasa itu menghargai dan menerima  diri beliau seadanya... seorang yg jujur, sangat mengambil berat dan sgt menghormati diri beliau...

    kata beliau, ustaz imam ni sangat pelik... da la ustaz, imam.... hafaz 30 juzuk plak tu tp nya dia x jujur... da bertunang tp dia x ngaku.. teman cik giRang tu ckp elok-elok yg  beliau mahu tarik diri sbb xmo ganggu hbungan org.. sbb beliau tau salah ganggu tunang org tp sudahnye bliau dimarahi ustaz imam tu balik… katanye nape mesti percaya ckp org.. nape x percaya kat dia.. cmne teman cik giRang tu nk percaya kalu sepanjang perhubungan ustaz imam tu duk ckp putar belit jew?

    Bukti da ada dpn mata.. ustaz imam tu kantoi bergaya bila teman cik giRang ni secara x sengaja terbukak voice record kat phone dia.. his conversation ngn sorg pmpuan ckp psl mak abang datang anto cincin nanti bla bla bla… dia blh ckp yg pmpuan dlm phone tuh adalah teman cik giRang tu..

    Dgn muka cuak tu bermati-mtian dia tegakkan benang yg basah.. sdgkan mmg jelas pmpuan tu bkn  teman cik giRang td! xkan tuan punya badan x kenal suara sendiri kan... kot ye pon x cam suara sendiri, takkan la perbualan penting macam tu boleh lupa macam tu aje. ** noted that perbincangan bab mak abang datang nto cincin ni sangat-sangat la diingati oleh kaum hawa**

    Tu pon ustaz imam tu yg bg phone dia kat teman cik giRang tu... bkn teman cik giRang tu yang pandai2 bukak sendiri..konon nk bg izin bc msj sbb nk  teman cik giRang tu yakin la yg dia xde pape ngn mana2 pmpuan lain..… hohoho...menjerat diri sendiri... bila da kantoi bergaya macam tu dia tinggal teman cik girang macam tu je..


    ati  yang retak..huhu


    cik giRang pelik… cmne org yg sgt baik agama mcm dia leh wat cmtu? In fact, awal2 dlu teman cik giRang tu xnk terima dia sbb beliau  x ready lagi nak bermain api cinta... tp ustaz imam tu yg push sgt. mntk diri diterima.. teman cik giRang tu pon terima dia atas 1 sbb je.. sbb dia seorang hafiz 30 juzuk imam!

    Dia bercinta ngn teman cik giRang pastu bertunang ngn org lain.. dan dr tunang dia tu yg  teman cik giRang hubungi utk dpatkn kepastian whether dia btol da bertunang ke x, beliau dpt tau yg ustaz imam tu ada sorg lg pmpuan lain. Dan disebabkn pmpuan yg sorg lg tuh akak tuh (tunang ustaz imam td) hampir-hampir putus tunang ngn dia. Then dia tggl pmpuan yg sorg lg tuh mcm tu je.. sama mcm dia tggl kan teman cik giRang..

    kesian teman cik giRang tu.... cik giRang tgk da jadik mcm mayat idop da beliau... sbb terlalu kecewa.. but then she raised up and moved on.. dan akhirnya beliau jumpa someone yg lg baik dr ustaz imam tu..




    Papepon.. things that had happened tu da berlalu.. yg penting skang ni ialah perkara yg akn dilalui  pada masa akan dtg… perkara yg menjadi kerisauan teman cik giRang tu (ni la luahan hatinya yg tersangat emo td tu) ialah mcm mana nanti kalu da kawen, si ustaz imam tu masih lg dtg menjelma d fikiran beliau?

    Kata beliau, "Jelmaan dia tu sememangnya bukan disebabkan sayang... tp dgn adanya makhluk yg diciptakan dr api, yg ada kat setiap anak adam yang sentiasa membisik merosakkan hubungan sesame manusia terutamanya hubungan suami isteri ni.. hush.. cmne aku nk ckp eh? Cmne kalu jelmaannya mencipta ruang buat syaitan membisik kata membuat hubungan aku dan  suami  aku nanti makin jauh, hingga akhirnya renggang dan membawa kpd perpisahan?"

    cik giRang pon balas, "apsal fikir camtu? mintak la dijauhkan. cakapla  NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK!!! "

    beliau cakap sememangnya beliau  xnk benda macam tuh jd.. pulak nye si ustaz imam tu  pulak  sesuka ati je nk iktiraf beliau jd adk angkat dia.. nk berhubung atas dasar persaudaran sesame Islam kononnye.. atas ikatan adik-abg angkat.. teman cik giRang tu xmau layan... tp nya ntah la..kdg tuh ati beliau  menyuruh gak berchatting ngn si ustaz imam tu... owh.. hati manusia memang pelik kan...

    monolog teman cik giRang, " aku sgt pasti tiada lg rasa sayang buat dia.. namun kenapa masih ada gangguan perasaan seperti ini? Mungkinkah kerana dia sedang bahagia bersama teman idopnye sedangkan  aku masih lg tertanya-tanya sama ada insan yg sedang bertahta di hati ini is the real half of me?"

    jawapan cik giRang kepada monolognya itu... WAKE UP!!! DIA BUKAN JODOHMU.. BERPIJAKLA DI BUMI NYATA!!! BUKAN KE KAMU DA ADA LELAKI BIASA TANPA GELARAN USTAZ MAHUPON IMAM MAHUPON HAFIZ 30 JUZUK YANG SANGAT MENGHARGAI DAN MENYAYANGI KAMU TU KAN.. BUAT APE NAK FIKIR PASAL ORANG YANG DAH MENSAMPAHKAN KITA?! Beliau diam.. dan kata orang diam itu tanda setuju..hehe..


    p/s:
    • Hati seorang wanita itu tersangat rapuh.. sehinggakan Rasulullah s.a.w ibaratkan wanita seperti botol kaca..mudah retak n pecah jika tak dijaga dgn elok.. tp nape lelaki tdk pernah amek peduli perkara ni?
    • Jgn gunakn agama utk memperdaya org lain.. org lain tuh mmg x tau..atau akn tau jgk tp dia tau lmbat ckit..tapi ALLAH TAU APE YG KITE BUAT!!!
    • Beramal la ngn ilmu yg anda ada.. jgn hanya mencari tp ilmu yg ada even yg basic-basic tu korg buang ke tepi..
    • Jgn ckp bohong.. jujur n setia la pd pasangan anda.. jgn kopiah/tudung atas kepala tp lidah mcm buaya

    ways to heal broken heart

    Sekian…