Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Gumbira bahagia

Alahai.... da sebulan lebih da blog ni terbiar tanpa entry baru.  Actually banyak sangat benda yang berlaku yang ingin dikongsikan bersama. Kekangan masa disertai penyakit 'M' membuatkan tinta sanubari ni terbiar sekian lamanya...

Makanye di sini ingin sekali cik giRang catatkan sejarah yang telah berlalu.. berkenaan peristiwa-peristiwa yang tak berapa nak penting yang telah berlaku sepanjang tempoh blog ini dihuni makhluk halus..


....


Makhluk halus tu habuk la. Apppaaadaa korang pikir yang bukan-bukan...



Wedding preps


Hujung tahun lepas, right after dapat gaji, cik giRang terus book OV, Wira Visual yang pada waktu tu tengah buat promo ujung tahun. Alhamdulillah sempat dengan promo tu. I really love their artwork sebab video yang disajikan really blend to the audio yang menjadi halwa telinga.

Di penghujung sale tu jugak la cik giRang grab few barang hantaran. Kasut, wrislet, sepasang baju untuk lelaki, dan jugak toiletteries. Untuk barang hantaran ni, sesetengah barang hantaran untuk perempuan tu, cik giRang beli sendiri dan selebihnya dibeli oleh si munCet. Macam tu jugak lah hantaran untuk si munCet, sesetengah barang dibeli oleh dirinya sendiri dan sesetangah barang lagi dibeli oleh cik giRang.

Kenapa macam tu? Kerana kami ni LDR.. Long Distance Relationship. Jumpe pon 2/3 bulan sekali. Al-maklumlah duduk jauh-jauh kan.

Arakian apabila dibawa kesemua barangan tersebut pulang ke rumah, dua daripada barangan tersebut telah dibuang dari senarai hantaran.Barangan tersebut adalah wristlet dan kasut. Alasannya, macam tak match untuk letak dalam satu dulang.

Disebabkan kasut yang dibeli tu tak jadik untuk dijadikkan hantaran, makanya cik giRang akan jadikan ia sebagai kasut nikah. And the wristlet, tak payah tunggu lepas kawen, sekarang jugak cik giRang pakai... hahaha..

teaser: kasut nikah
Amboih hang tingginye kasut! Tu la kan.. nak buat guane.. si munCet terlebih inci makanye cik giRang terpaksa la carik kasut tinggi-tinggi.. Tak de la nanti nampak ketot sangat. Jangan terpele'ot waktu berjalan nanti suddeyy..


Birthday


Birthday cik giRang ngan munCet selang dua minggu je. Present untuk munCet, lapik leher yang dalam kereta tu. Sian dia kije 12 hours per day. At least bila ada bantal tu, selesa sikit bila dia tengah drive. cik giRang beli masa sale ujung tahun lepas, buy 1 free 1. so dapat la munCet dua pasang pelapik leher. Sepasang tu bentuk tulang and ada singa. Sepasang lagi bulat, kepala singa siap ada rambut singa lagi tu. cik giRang pos je hadiah tu. Suka ati munCet dapat adiah dalam kotak besar.. hehehe

munCet pulak kasi cik giRang sehelai blouse. Kaler itam-itam kelabu. Cantik sungguh cik giRang bila pakai baju yang munCet bagi tu. hehhee... *perasan mode* . Pastu dapat extra hadiah, sehelai jubah kaler yang sama and shawl kaler putih. Blouse tu cik giRang da pakai. Memang cantik *perasan lagik*. Looking foward to wear the jubah. Tapi kene jahit sikit bagi dia pendek dulu then baru bleh pakai.

cik giRang stay back kat opis on my birthday. Tengah banyak kije waktu tu. Dalam pukul 8.30 malam cik giRang keluar dari opis. Pastu terus je masuk mid valley. Beli hadiah untuk diri sendiri. Pertama, sumthing yang sangat personal which is rahsia dan yang keduanye perfume and lip butter dari The Body Shop. Abis shopping, humming lagu birthday untuk diri sendiri, pastu kol si munCet and nyanyi lagu besday untuk diri sendiri jugak. si munCet pon ikot sama nyanyi. Baik dia.. layan je tunang dia ni. Even bila waktu tunang dia ni tengah biul pon, dia layankan jugak..



Anniversary


Ulang tahun per'kapel'an kami yang ke-4 jatuh pada 11 Febuari lalu. Makanye berminggu-minggu sebelum tu kitorg da decide untuk jumpa pada tarikh ni. Tapi hari rabu tu boleh plak dapat berita, ari sabtu kene kerja. Hari sabtu.. hari ulangtahun yang ke-4 yang cik giRang da reserve ngan munCet. Da macam cacing kepanasan da duduk kat opis tu. End of the day, setelah berkawtim mawtim ngan bos, dapat jugak kelepasan dari bekerja di hari Sabtu tu..  wuuuhuuuuyyy.. \(^_^)/
 

Nervous... tersangat la nervous. dah lama tak jumpa la katakan. At the same time, rasa excited sangat!


Hari ulangtahung yang ke4 ni, kitorang pegi butik untuk fitting baju untuk majlis nanti. Then pegi port biasa kitorang dating, KFC bucket besar kat Wangsa Maju tu. Menu biasa kitorang, dinner plate ayam spicy bahagian thigh dengan cheesy wedges dan air milo dikongsi bersama. Pastu masuk Wah Chan untuk cari rantai untuk upacara batalkan air semayang nanti... Berbunga-bunga rasa hati... dah la bersua muka setelah sekian lama, genap 4 tahun bercinta bersama-sama pulak untuk persiapan hari bahagia.

Aduhai bahagianye hati waktu tu~  *senyum lebar-lebar melepasi paras telinga*
^____________________________________^


setelah hampir 3 bulan tidak bersua muka.. akhirnya...

Itulah kami..hehehe.. Ni ari esoknye sebelum munCet berangkat pulang. Kitorang makan kat pizza hut sebelah kfc tu. Sila abaikan gigiku yang jarang itu. si munCet malu nak senyum tunjuk gigi sebab giginya berlapis.

cik giRang:
Ummi, 3 bulan tak jumpe Lan, benda pertama yang dia boleh perasan, ni..ni gigi ni.. dia kata makin jarang!

Ummi:
 ...

Adik:
Laaa.. Dia mintak la ngan Lan satu. Gigi Lan kan terlebih. Ambek la isi kat tempat yang jarang tu.

Dush!!! Tergelak besar ummi cik giRang waktu tu. cik giRang tau adik cik giRang sebenarnye jeles. cik giRang and munCet kan pasangan secocok. Saling melengkapi satu sama lain. Budak tu jeles sebenarnye tu.. lalalaaaa~




Ok da abis da cerita. Sekian sahaja buat masa ini. Pantun empat kerat untuk kalian...

Perut berbunyi mintak di isi,
Saya ingin mengundur diri,
Terima kasih kerana kemari,
Lain kali datang la lagi.

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri kawen

Last sunday, cik giRang pegi kenduri kawen cousin cik giRang. Seronok sangat berkumpul ngan sedara-mara ramai-ramai. Budak-budak punya bising la berlari sana-sini bagai nak runtuh rumah tu.

Malam sebelum hari nikah tu, cik giRang tolong la makcik-makcik isi telor dalam bunga telor..Seronok sangat buat kije ramai-ramai camtu. Tengah-tengah buat kije tu tetiba blackout. Gelap-gelita. cik giRang ngan kak ngah cik giRang pegi la umah makcik sedara yang satu lagi...tak jauh jugak la dari umah makcik sedara yang ni. Kesian kat anak-anak kakngah yang 3 orang tu..jadi mangsa nyamuk. Masing-masing duk takut gelap.  Tapi tak lama jugak la blackout nye.. Bila da ada eletrik balik kitorang pegi balik ke situ and sambung buat kije.

Da dekat pukul 12 malam cik giRang dengar bakal pengantin bising-bising. Rupa-rupanya inai dia tak merah lansung. Tadi menumbuk daun inai dalam gelap. So cik giRang tolong la modify inai tu then pakaikan semula inai kat jari halus cousin cik giRang ni.

Esoknya... Mulanya cik giRang tolong cucuk bunga manggar dgn sorang lagi cousin lain. Pagi tu baru sedar bunga manggar tak cucuk lagi. Masa tu jugak la baru nak cari betik and batang untuk bunga manggar tu. Da setel tu cik giRang and cousin yang ni pegi la ke dapur. Tolong siapkan lauk pengantin. First time kot buat benda camni. Selama ni kalu pegi majlis kawen, juz duduk-duduk je.

Da siap touch-up and make-up lauk pengantin tu, cik giRang and cousin cik giRang tadi pegi la hantar lauk-pauk tu ke meja pengantin. Tetiba je kitorang in-charge untuk siapkan hidangan kat khemah pengantin. Jadik bidan terjun. Kelam-kabut kitorang. Da la dua-duanya tak pernah buat kije-kije camni. Pinggan untuk hidang pengantin takde. Sudu garfu entah ke mana. Da siap-siap tu tetiba pakcik cik giRang singgah kat khemah pengantin. Dia ni pernah buat caterer. Dia tanya la nasik mana. Baru la kitorang sedar nasik takde atas meja tu.

Rombongan pengantin da tiba dari masjid. Waktu tu kitorang kene marah ngan pakcik cik giRang tadi. Mana sudu? Air minum mana?Nasik tambah mana? Macam lipas kudung kitorang mencarik itu ini. Pengantin dan yang berkenaan da duduk da kat khemah pengantin tu untuk jamu selera. Tapi air minum masih lagi takde atas meja tu. Nasib baik la jugak pakcik cik giRang ni pandai melayan orang. Huhu...

So far, majlis berjalan lancar kecuali kat bahagian makanan vvip tu. Dan dari pertemuan tu kitorang update pasal majlis besar sepupu-sepupu yang lain. Setakat ni, bulan januari, mac, jun da dibooked oleh sepupu cik giRang. So dalam bulan yang 3 ni kitorang sedara-mara akan berkumpul lagik. And cik giRang da cop bulan 5 untuk majlis tunang kami nanti. Moga Allah permudahkan.. Ameenn..

Pengajaran yang cik girang dapat dari peristiwa ni...
  • buat persiapan awal-awal
  • asign tugas pada individu tertentu untuk hidangan pengantin, hadirin, interior deco, souvenir dsb
  • sepakat antara ahli keluarga dan sedara-maraBila kita buat preparation awal-awal, takde la kelam-kabut.
Mungkin orang yang datang tu tengok majlis berjalan lancar, tapi orang yang membuat kije tu la yang jadik macam lipas kudung tak cukup tak cukup kaki tangan buat kije untuk menjayakan majlis. Papepon, peristiwa ni memberikan peringatan buat cik giRang supaya lebih bersedia.. Bersedia lebih awal supaya majlis nanti berjalan lancar dan insan yang terlibat tak jadik kelam-kabut menyiapkan kije...