Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Showing posts with label advise. Show all posts
Showing posts with label advise. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Kisah Jumaat

Assalam'alaikum...


Dah lama sangat x update blog ni. Nothing much to say. Dua tiga menjak ni xde mood sangta nak update blog. Ari ni ada sesuatu yang agak mengecewakan berlaku. Tapi x mboh cite la. Lenkali la cite ...kot..tengok la kalu rajin nak kongsi benda tu.


Tadi siang g East Coast Mall (ECM), kak ngah nak beli kasut untuk anak-anak dia. Pastu pegi la makan kat pizza hut. waktu tu dah dekat ngan waktu zohor da. Then si allani mengaruk plak tetiba nak berdukung. So cik giRang dukung la dia..bawak gi jenjalan area luar pizza hut tu. Geramnya la tengok pemandanga kat situ. Ramai benor orang laki yang x pegi semayang jumaat. allani da diam and ordered meal da sampai so cik giRang bawak la allani masuk pizza hut tu balik. Tak jauh dari meja cik giRang tu ada la dua kaum adam ni duk bersembang tergelak-gelak bagai sedangkan pada waktu yang sama, beribu-ribu kaum adam yang lain tengah dengar khutbah jumaat kat masjid.


Ok..bersangka baik..dorang tu sedang bermusafir. Tapi kot ye pon musafir, boleh la plak tergelak-gelak sakan sambil makan ka pizza hut kan? Lagi elok la kalu pegi semayang jumaat kan..


Cukup la sampai situ. Susah nak cari orang yang ambek berat soal agama sekarang ni. Ni cik giRang nak kongsi satu benda menarik yang cik giRang dapat dari  syahirul.com


Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali "0".


Wanita solehah tu boleh jugak tukarkan kepada lelaki soleh. Formula yang digarap dari hadis "Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung"


Sampai sini dulu coretan cik giRang. Nanti kemudian la mencorat-coret kat sini lagi. Till we meet again readers. Bye wassalam.

Sunday, April 17, 2011

Poligami..menghindar atau menambah dosa?

Salam all.. Kali ni cik giRang nak bercakap tentang satu perkara yang cik giRang masih tiada pengalaman lagi.. yela kan.. Tak kawen lagi mana nak ada pengalaman berpoligami kan..

But then, i love to read real life stories.. Kisah keterlanjuran manusia... Kisah kehanyutan manusia ... Kegembiraan dan kedukaan...Kesakitan..kegirangan...ni kalu munCet baca ni, musti dia tambah 'ke-gigi-jarang-an' kat belakang tu pastu ketawa mengekek-ngekek..

cik giRang berpegang pada pesanan orang melayu dulu-dulu.. " yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Pada cik giRang, pengalaman tu tak semestinya kite kene lalui satu peristiwa tu dulu then baru kite nak cakap kite dah berpengalaman dalam hal tu. Menyerap pesanan nenek moyang kita di atas ke dalam kehidupan seharian, segala benda di sekitar kita ni boleh dijadikan pengalaman hidup.. tak kiralah sama ada kita melalui perkara itu ataupon tidak. Perhatikan sekeliling...omputih kata observe your surroundings.. banyak benda kita yang akan dapat.

Berdasarkan pengalaman pembacaan dan penghayatan cik giRang, cik giRang tampilkan kisah di bawah yang dibina dari pelbagai kisah manusia yang sebenar-benarnya berlaku di zaman moden lagi canggih tak terkata ni..

Seorang lelaki, dua wanita. Suami dan juga isteri-isteri. Isi hati masing...?

Sebelum membincangkan soal isi hati.. kita tinjau dulu soal fitrah 2 manusia berlainan jantina. Lelaki dan wanita.

Setuju atau tidak..dalam perhubungan, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan bersifat ingin memiliki? Baik lelaki mahupon wanita..kedua-duanya begitu. Namun, satu perkara yang berbeza tentang dua manusia ni, monogamous dan polygamous.

I'm talking in term of feeling perspective.

Man can love more than one woman at one time but woman cant..  Even if she is with someone, the one that's in her mind is the guy that she loves.

Women are monogamous..while men are polygamous. Women's thinking perspective are micro and men's are macro. That's why women are always sometimes choosy, cerewet, memilih dan yang seangkatan dengannya. They see something deep into the little tiny things. Lelaki pulak, mereka tidak memikirkan hal yang kecik-mecik kerana bagi mereka benda-benda sebegini remeh. Mereka melihat sesuatu secara global atau keseluruhannya.

Satu bulatan yang diisi dengan warna putih, pink, biru, purple, hijau, merah dan oren. Wanita yang melihat bulatan itu, matanya akan tertancap pada warna kegemarannya biasanya kaler pink dan di hatinya "eh eh.. warna pink kegemaranku ada la" lalu tersenyum. Lelaki yang melihat bulatan itu, sekadar melihat beberapa saat, maybe tak sampai 2 saat pon pastu berpaling. Di hati mereka.. it's just a circle with a bunch of colors..not a big deal..

Eh eh.. da jauh da menyimpang kan.. Sebenarnya nak cakap pasal poligami je..Tu la pompuan.. hehehe..

Tadi cik giRang cakap nak ceritakan kisah kan..hurm.. Tak jadi la..

Ok..poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...menghindar dosa..ye la kan...asyik teringat terbayang terkenang je...dah la duk sepejabat..selalu jumpa..  setan banyak kiri kanan ni suh buat dosa... daripada termakan hasutan setan pastu  terbuat maksiat and dosa baik kawen je kan..."

"...mampu? insyaAllah boleh..orang yang mendirikan masjid ni dimurahkan rezekinya. lagipon masing-masing kerja so takde la berat sangat tanggungan nye kan..."

"...adil? insyaAllah... dah sini sayang sana pon sayang... sini cantik sana comey... yang sini  macam siti nurhaliza yang sana macam aiswarya rai.. insyaAllah takde masalah untuk aku berlaku adil..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...saya pon pompuan..ingin menyayangi dan disayangi.. ingin menyintai dan dicintai.. akak pon pompuan kan..so akak pon paham kan apa yang saya rasa?"

"...saya bukan merampas..sekadar mahu menumpang kasih sayang seorang suami je..."

"...susah nak cari lelaki yang baik dan betul-betul bertanggungjawab...abang suami akak memang terserlah yang dia seorang yang bertanggujawab. memang nampak jelas la dari cara dia menguruskan rumahtangga, isteri dan anak-anak..."

"...saya nak seorang yang boleh bimbing saya..yang boleh pimpin saya.. saya nampak dia berkebolehan untuk itu..dia boleh pimpin akak..anak-anak akak dengan baik..saya pon nak macam tu jugak..."

"...saya ni makin lama umur makin lanjut..saya taknak jadik anak dara tua lanjut usia.. cuba akak letakkan diri akak di tempat saya..akak pon tak nak jadik anak dara tua  lanjut usia kan?..."

"...saya ni ada penyakit kak.. tak lama lagi mati la..bagi la can saya kawen, merasa kehidupan berumahtangga..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...apa salah saya? apa kurang saya?"

"...masih tak cukup lagi ke pengorbanan saya untuk abang?"

"...saya dah lahirkan anak untuk abang...bukan 1..bukan 2..tapi 10 orang anak!!!"

"...saya penat kuar kije untuk bantu abang..balik petang badan penat layan pulak karenah anak-anak abang yang nakal pastu tidokan anak pastu abang pulak nak bermanja-manja.. Sampai hati buat macam ni kat saya???"

Actually..ini adalah sebahagian dari kes-kes yang cik giRang baca. Ada lagi.. banyak lagi luahan rasa terpendam mereka-mereka yang terlibat. cik giRang tampilkan sebahagian aje ni. Tapi ada jugak kes seperti di bawah ni:

Poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...mampu ke aku nak berlaku adil? nanti kang dua-dua sakit serentak, nak pegi tengok yang mana dulu? buat begini kang yang ni kecik ati yang sana masam muka plak..."

"...beratnya tanggungjawab aku skang ni.. dua masjid perlu dijaga. yang sana anak da lima n one the way masuk enam yang ni plak esok lusa je bersalin.makin banyak ati yang perlu dijaga banyak mulut yang perlu disuap..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...chek tak mau  ganggu gugat ghumahtangga orang. tapi chek tak buleh lupa dia..."

"...kalu akak bagi izin, ambo terimo la untuk jadi bini keduo abe. kalu tok, setakat ni je la hubunge kito. ambo tak nak rosakkan rumahtangga ore..."

"...ya Allah...dia da kawen ke? dia cakap dia bujang lagi.. hidup-hidup aku kene tipu. tak pasal-pasal je jadi bini nombor 2..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...daripada suami aku buat maksiat, baik la aku bagi dia izin nikah lagi..."

"...takpe la..nanti kalu aku sakit pening, ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan anak dan suami aku...."

"...nanti esok kalu tetiba aku meninggal dulu..ada gak orang yang boleh tenangkan suami aku..jaga anak-anak aku..kalu tetiba suami aku meroyan ke sebab terlalu sedih sebab aku da meninggal, ada gak la yang boleh jaga suami aku baik-baik kan..."

"...ala..dia sakit.. bagi la can dia merasa berkasih sayang dengan seorang suami...lagipon tak lama dah hayat dia..."

Itulah sebahagian ragam manusia. So, sepertimana tajuk coretan kali ni, kite sume tahu dan sedar bahawa poligami leads to two different state... menghindar atau menambah dosa. Makanya, dalam keadaan macam manakah yang menyebabkan poligami menjadi penambah dosa? Keadaan di mana keinginan dan nafsu diutamakan.

Keinginan untuk memiliki dan tidak berkongsi... Keinginan untuk menjadi the one and only.

Nafsu amarah kerana merasakan diri diduakan..dikhianati..

Ketidak-puasan hati kerana cemburu yang menguasai diri.. Keinginan menjadi the one and only menyukarkan sang suami untuk memberi layanan yang adil lantas tanpa sedar telah melakukan kzaliman ke atas salah satu pihak isterinya.

etc..etc....

Keadaan yang bagaimanakah yang memungkinkan poligami menjadi penambah pahala?

Apabila redha akan qada' dan qadar menjadi landasan kehidupan. Berlapang dada menerima segala ketentuan Allah walau pahit terpaksa ditelan.

Ubat memang pahit... Tetapi kesembuhan setelah memakan ubat itu yang kita mahukan..

Ujian semamangnya perit.. Tetapi kemanisan iman setelah berjaya mengharungi ujian itulah yang kita inginkan...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad: 31)

Bermadu sememangnya sangat pahit dan perit.. Namun setelah seketika, manisnya iman akan kita capai seandainya kita meletakkan redha ke atas ketentuan Allah sebagai asas dalam kehidupan kita. Sememang tiada siapa yang mahu bermadu. Namun ingat lah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)"

Sememangnya berat untuk dipikul bebanan perasaan.. mengelak dari kekecewaan dan perasaan cemburu yang merajai hati... Ingatlah pesan tuhanmu...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: 45)

Poligami adalah satu bentuk ujian yang mengajar ketiga-tiga pihak --suami, isteri dan isteri-- akan erti sebuah keikhlasan dan keredhaan yang mutlak. Keikhlasan dan keredhaan yang hanya akan mampu dicapai bilamana diri didekatkan dengan Tuhan yang Esa dan kecintaaan yang utama hanya padaNya. Namun seandainya kecintaan yang utama itu disandarkan pada pasangan, semakin sukarlah untuk memupuk sifat redha dan ikhlas di dalam hati. Kita telah diingatkan bahawa, "kita takkan sesekali diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)


'Ala kulli hal, cik giRang mohon ampun dan maaf seandainya coretan cik giRang ni menyinggung mana-mana pihak. Segala yang tercatat di sini adalah hasil dari pemerhatian dan juga ilmu yang cetek yang cik giRang miliki. Andai ada salah dan silap, mohon diperbetulkan kerana cik giRang hanya manusia biasa yang masih punya banyak kelemahan. Wallahu'alam bissowab wassalam 'alaikum wa rahmatullah.

 ~ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. ~
(At-Taubah: 129)

Tuesday, April 5, 2011

tips untuk mendidik anak solat 5 waktu

Salam all..
cik giRang copy paste sebijik-sebijik dari Oh! Islam . Dikatakan artikel ini ditulis oleh Wardina Safiyyah. Khas buat bakal n para ibu. Enjoy reading.

............................................

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…”

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Wednesday, March 30, 2011

ciri-ciri suami yang boleh membahagiakan isteri

Salam all.. kali ni cik giRang nak kongsi sikit karekter or ciri-ciri lelaki yang insyaAllah boleh bahagiakan seorang wanita bergelar isteri. So lelaki-lelaki di luar sana.. sila la upgrade diri anda , install apa yang akan disebutkan nanti ke dalam diri anda supaya anda lebih berharga di mata perempuan-perempuan di luar sana.

Yang di bawah ni cik giRang ambil dari blog Bro. Khairi, seorang jurutera dan jugak novelis. Untuk baca pesanan beliau mengenai cara memilih bakal suami ni, click sini. Kat bawah ni cik giRang ambek yang penting-penting je untuk bacaan korang sume.
  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him. 
  3.  Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion)
  4.  Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb. 
  5.  The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6.  Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik. 
  7.  Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time. 
  8.  Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I  terkejut b. That's bullshit. Itu satu statement tak boleh pakai dan merepek. 
  9.  Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya. 
  10.  Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia. 
  11.  Solat hajat, minta petunjuk selalu.
Seterusnya yang di bawah ni, cik giRang jumpa kat facebook. Ada sorang junior yang baik hati share. Di ambil dari community group Pesanan Buat Diriku , memang banyak la pesanan yang berguna kat sini. Tajuk entry tu, Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar suami …



1.Kuat agamanya.Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.

2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur.Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia.Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.



3.Menghormati ibu bapaku.Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil.Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun.Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas.Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.

4.Tegas mempertahankan maruah.Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam.

5. Amanah dan tidak boros.Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja.Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku.Sebab aku adalah pencemburu berat.



7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan.Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.

8.Bertanggungjawab.Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya.Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya.Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa

9.Mempunyai wajah yang tenang.Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.



10.Jujur & berterus terang.Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku.Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan criteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…



p/s: munCet has 99.9% of the things listed here..weehheeeee!! lulus..lulus.. (^_^)

Monday, October 11, 2010

sakit itu nikmat?

batuk + selsema + demam + pusing mata + sakit pala


tu la yang cik giRang hadapi saat ni
duk atas tilam je..
terbaring je...tapi ni tgh duduk..


pala masih lagi goyang-goyang ni..
tapi duduk-duduk saja x buat ape sangat la bosan kan
kije banyak tapi x mo wat kije waktu dalam keadaan macam ni


bersandar jap..hah...sejuk la plak rasanya...
kipas tu bukak 1 je tu..


sakit membuatkan kita rasa lemah je 1 badan kan..
ramai orang merungut-rungut bila dapat sakit...
rugi...sangat la rugi manusia itu...


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menghapuskan 
sebahagian daripada dosa-dosa kita yang da munggunung tinggi tu?


tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
kita berpeluang untuk menambah
sebanyak mungkin pahala
dengan hanya redha dan bersabar dengan sedikit ujian dariNya?


 ni tak...baru sakit sikit da bising-bising...
tu pon duk melepek je atas tilam katil tanpa berbuat apa-apa...


Rasulullah s.a.w dulu dilontar batu hingga berdarah-darah...
masih lagi tersenyum dan terus menjalankan kegiatan dakwah...
malunya kita menjadi umat Baginda Rasulullah s.a.w
sakit sikit je tapi rungutan sangat la banyak..
sakit sikit je tapi rehat sangat la panjang..


agak-agak korang la kan...
bagaimana perasaan Baginda Rasulullah s.a.w bila tgk keadaan kita umat dia hari ni?


cik giRang ingin berkongsi sesuatu dengan semua..
sedikit petikan dari buku karangan Imam al-Ghazali bertajuk
Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan
tajuk asal buku ni ialah
Mukashafah al-Qulub
diterjemahkan oleh Muhammad Qadirun Nur
dari Bab 3: Sabar dan Sakit mukasurat 11 & 12




Junaid al-Baghdadi ra telah berkata,
"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"



Rasulullah s.a.w juga bersabda,
"Barangsiapa sakit semalam, 
dia sabar dan rela kepada Allah, 
maka bersih dari dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.
Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh"



Telah berkata Adl Dlahak ra,
"Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah,
maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah"



Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata
"Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dngan suatu bencana,
Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk,
"Hapuskan catatan daripadanya."
dan berkata kepada pencatat amal baik,
"Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik daripada yang dia perbuat".



Tersebut pula dalam sebuah hadith. Daripada nabi s.a.w, Baginda bersabda,
" Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, 
seraya berkata,
"Lihatla kalian apa kata hambaKu."
Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah,
Dia lebih tahu, lalu berkata,
"Aku berjanji untuk hambaKu.
Jika Aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga.
Dan jika Aku menyembuhkannya, 
Ku ganti dia daging yang lebih baik daripadanya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.
Dan Aku hapuskan pula keburukannya." "





banyak kelebihan orang yang sakit ni
cik giRang teringat 1 kisah
x pasti berlaku pada sahabat atau tabi' atau tabi' tabi'in atau yang slepasnya


kisahnya, hamba Allah yang sorang ni menangis 
kerana TIDAK MENDAPAT SAKIT ATAU MUSIBAH
sedangkan rakannya yang lain nya ditimpa sakit dan jugak musibah.
sedih sungguh hatinya.
bila ditanya oleh seorang sahabat, mengapa dia menangis
jawabnya (kalu x silap cik giRang la kan)
"aku takut aku diabaikan Allah...sahabat yang lain semuanya ditimpa kedukaan dan kesakitan tapi tidak aku"
** tolong cek balik kisah ni...cik giRang ingat-ingat lupa..kalu salah tolong betulkan ye **


tu la umat terdahulu...
jauh sungguh bezanya ngan kita umat terkemudian ni..
dorang punya la takut di lupaka dan di abaikan oleh Allah
tapi kite selamber badak sumbu je
abaikan Allah.. lupa perintahNya... ingkari laranganNya

ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
AL-LAZI LA ILAHA ILLA HU WAL-HAYYULQOYYUM
WA ATUBU ILAIH
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM


rasanya setakat ni je lah dulu coretan cik giRang..
till we meet again
wassalam


p/s: 
sangat tertarik ngn kata-kata Junaid al-Baghdadi ra kat atas. Sama-sama la kita beringat dan beramal. (^_^)

"Bala merupakan pelita orang arif,
menyedarkan orang murtad,
memperbaiki orang mukmin,
dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"


Sunday, October 10, 2010

pakai baju vS x pakai baju???

assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua...

tgk tajuk entry...apsal pakai baju vS x pakai baju??? aiseh...owner blog ni x nk pakai baju ke? da ilang akal ke?

woopps...nanti!!!bukan itu maksud cik giRang!!!ofkos la cik giRang TAK MAU buat kije giller cmtu...uik?! ari kat luar nak ujan la..hoho...jap angkat baju kat ampai..

kenapa pakai baju vS x pakai baju??? cuba tgk kiri kanan depan belakang kite..kite di sekelilingi oleh banyak manusia. hatta atas bawah pon ada manusia jugak(duk bangunan bertingkat apartment yang lif dia salu rosak kan? duk asrama bertingkat-tingkat pon boleh jugak..ada org kat atas bawah)... cuba tgk pakaian dorg...cantik-cantik...kan? lawa-lawa...kan? jarang-jarang...kan? terbelah sana sini...kan? nampak uruf uu dan uruf v...kan? ape uruf uu n uruf v tu? cuba tgk kiri kanan lg...nmpak x pmpuan pakai baju ketat seluar ketat? ada nmpak x figura yang menyerupai uruf uu dan uruf v di situ? kalu x nampak, korang ni memang lambat pick-up dan jap gi pak belalang akan muncul sebelah korang dan cakap yang korang ni da x lama da kat dunia ni....

pak belalaaaangg..nujum terjun kebetulan mengena...heh..heh..heh! baik ko jaga-jaga...
-- refer lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal --

owh...korang x rase sedih ke tgk dorg...baju x cukup kain benang...agak-gak kan..kalu korang approach dorang dan hadiahkan kain semeter dgn benang sebuku, apa reaksi dorang eh?

PANG!!! melekat 5 jari kat pipi..kalu jari ok lagi..tapi kalu yang meelkat kat pipi korang tu kasut? ahahaha...kesian kat korang yang kesiankan dorang sebab pakai baju x cukup kain benang...kesian kat korang yang kesiankan dorang yang pakai baju tp macam x pakai baju..

pakai baju tapi macam x pakai baju? ha..tu la tajuk entry kite kan...pakai baju vS x pakai baju???



macam mana nak pakai baju dan memang nampak macam kite pakai baju?hohoho..Islam kan da bagi caranya....berminat untuk tau? sila teruskan pembacaan anda...


SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARAK
  1.  Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
    • Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. 
    • Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram). Allah berfirman yang bermaksud:
    “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
    Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
    • Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
  2. Pakaian yang longgar.
    • Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. 
    • Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. 
    • Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak. 
    • Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).” 
    • Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
  3. Pakaian yang tidak jarang.
    • Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. 
    • Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.” 
    • Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
  4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
  5. Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah: 
    • pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain 
    • pakaian yang menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya. 
    Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
    • Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. 
    • Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: 
              “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” 
    • Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
  7. Tidak bertabarruj.
    • Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. 
    • Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. 
    • Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. 
    • Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33) 
    • Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. 
    • Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
source: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/06/menutup-aurat-bukan-sekadar-pakai.html

cik giRang x tuka ape-ape dr source ni..juz edit ckit sbb teks asal terlalu banyak tulisan...nanti korang sume malas dan x lalu plak nak baca...

da baca da syarat-syaratnya? bukannya susah sangat kan...setakat pakai baju yang longgar such as baju kurung or t-shirt muslimah tu..pastu pakai tudung yang tutup dada...pastu pkai stokin kaki n tangan...da siap da...pastu boleh la nak merewang ke mana-mana pon...

niatkan berpakaian tu utk mengikut dan mentaati perintah agama...buakan untuk menarik perhatian orang lain..untuk apa kite meraih pujian orang sedangkan Allah murka pada kite kerana mengingkari suruhanNya?

Allah yang menciptakan manusia..Dia lebih mengenal manusia tu cmne..atas sebab itula ada perkara yg di larang untuk kita lakukan...kenapa?sudah tentula kerana Allah sayangkan kite..Dia x nak kite menjahanamkan diri kite dgn melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..

p/s:
  • kite mungkin x baik ari semalam..tapi x bermakna kite x boleh usaha untuk jadikan diri kita baik pada ari ni dan esok dan esoknya dan esoknya lagi dan seterusnya kan..
  • sentiasa perbaiki diri untuk jadik hamba Allah yang terbaik...pesanan untuk diri sendiri dan kepada sume jugak



    Saturday, October 9, 2010

    al-Quran sebagai hantaran???

    copied & pasted from AiNie EnNie (facebook)
    edited by making it in conversation form (original article is a cerpen)

    pesanan: Kepade mreke2 yg nk memberi hantaran dan menerime hantaran...fikir-fikirkan la


    Situasi: Di sebuah kedai
    Watak: Pasangan yg bakal berkahwin (Jamilah & Nabil), Pakcik berbaju putih




    Jamilah:
    Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan.
    Sesuai untuk kita buat hantaran

    Nabil:
    Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?


    Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


    Jamilah:
    Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab (mengeluh)

    Nabil:
    Ala, awak bukan reti pun bahasa arab.


    Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


    Pakcik berbaju putih:
    Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.

    Nabil:
    Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.
    (sambil tersengih. Jamilah ikut senyum kambing tidak jauh dari situ.)














    Pakcik berbaju putih:
    Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila? (sambil tersenyum)

    Nabil:
    Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik. (teragak-agak)

    Pakcik berbaju putih:
    Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.


    Jamilah:
    Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la.

    Pakcik berbaju putih:
    Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi.

    Jamilah:
    Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi.


    Jamilah tersenyum sambil mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan yang bersaiz kecil.


    Pakcik berbaju putih:
    Jangan lupa baca ya.


    Pakcik berbaju putih berlalu meninggalkan pasangan tersebut.


    Jamilah:
    Sibuk je la pakcik tu

    Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.




    Situasi: majlis pernikahan Jamilah & Nabil
    Watak: Jamilah, Nabil, Pak Imam, hadirin


    Pak Imam:
    Assalamualaikum semua.

    Nabil terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

    Pak Imam:
    Inikah pengantin hari ini?

    Nabil:
    Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..

    Pak Imam:
    Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
    Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.

    Hadirin mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

    Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. Nabil cuba mengagahkan diri.

    Nabil:
    Ss.. su.. surah apa ustaz?

    Pak Imam:
    Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.


    Ustaz Saad tersenyum menampakkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. "Surah Ar Ra'd...Apa benda nih " detik hati Nabil. Jamilah melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang bakal berlaku.


    Nabil:
    Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!


    Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


    Pak Imam:
    Baru ustaz tahu ada kalimah ALMARI di dalam ALQuran.
    Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
    A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim..
    ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..


    Terdengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


    Pak Imam:
    Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim. Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.


    Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad. Tazkirah pendek Ustaz Sa'ad dikagumi orang terutama yang biasa mengikuti ceramahnya. Nabil dan Jamilah hanya menunduk malu.





    Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

    Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

    Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

    Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

    Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

    When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

    Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


    Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

    Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

    'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'
    'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'