Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Sunday, October 31, 2010

Attention gurlz..

Looking for a future husband? Well, i found this at http://www.mylot.com/w/discussions/515360.aspx .
A very interesting fiction that somehow might be true. Hohohoh.. Luv this!!! (^_~)



Why you should marry an Engineer? Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.


Advantage 1: Secure lifestyle


An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.

Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

And the medical school graduate is still living in a hospital.



Advantage 2: Unmatchable industriousness


An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.

Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending.

The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.

And you know what, it's really so easy to make engineers believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.


Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.


Let me first tell you what is wrong with the rest of the others.

The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that.

Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. Plus they are cooler than the others.






:: A lil note for my deary mR. munCet ::


Happy becoming a great engineer ! May Allah bless us both. (^_~)

Saturday, October 30, 2010

Malu !!!


cik giRang baru balik exam...
ada lagi 2 paper je lagi..
insyaAllah lepas habis 2 paper ni..
selesai la sudah pengajian cik giRang selama 4 thn di taman ilmu dan budi ni..
huhuhu..x sabar nak abis !!


1 peristiwa yang berlaku dalam exam hall tadi..
cik giRang carik la seat cik girang kan..
no 120
cik giRang masuk dr tepi hall...
pastu gi depan skali kat meja exam invigilator utk letak bagpack yang ada laptop ni..
cik giRang nmpak kat number kat row depan tu da no 121..
intai meja kat row sebelah lagi no 001..
so it means that seat cik girang ada kat belakang skali...


cik giRang pon berjalan la ke belakang..
pastu nampak la plak cik kawan cik giRang yang sorang ni..
meja depan dia kosong..
cik giRang pon duduk la situ n borak-borak jap ngan dia..
exam tak start lagi waktu tu..


pastu isi la required info kat depan answer booklet...
masa tu cik giRang terfikir..
"rasanya meja depan sana tadi no 121, seat aku no 120...nape ada orang lagi kat belakang aku eh?"
pelik sungguh rasa hati..
tapinya cik giRang duduk jugak kat situ..


tak lama pastu ternampak la sorang bro ni duk pusing-pusing carik seat dia..
tetiba cik giRang terasa nak tengok no kat meja yang cik giRang duduk tu..
no 118 ?!!
haaahhh..da salah meja...
naseb baik la selang 2 meja je..
sepantas lipas kudung cik giRang terus lari ke belakang
amek answer booklet yang kosong tu letak kat meja 018 tu..
malu..malu....
harapnya takde la orang yang perasan..


bro tu pon macam blur-blur ayam je tengok cik giRang...
exam invigilator yang kat belakang tu (he is a bro) pon terkebil-kebil....
malu...malu...

AKU MALU !!!


sumenye berlaku kerana cik giRang terlalu cuak
plus agak lapar sebab tak sempat breakfast pagi tadi...
maka hasilnya cik giRang jadi blur-blur ayam


kepada pembaca yang nak exam tu..
cek betul-betul tarikh exam...
venue exam...
timing exam..
dan jugak seat no...
jangan sampai salah dan silap ye...
dan jangan lupa alas perut sebelum pegi exam..


ok la pembaca sume...
cik giRang ngantuk pulak..
i wanna have my nap jap


till we meet again..
(^_~)

Thursday, October 28, 2010

Peti Sejuk Ajaib !!!


Bayangkan di tengah malam sewaktu korang stay up buat kije or layan muvi or jenjalan di blog orang...
Tetiba korang terasa nak minum air yang sejuk...
Maka korang pon berjalan meraba-raba pintu peti sejuk..
Eh eh.. yang korang duk raba tu bukan pintu fridge...
Tu pintu kabinet besi yg ada kat bilik asrama or mahallah or dorm korang


Korang pon tengok kiri kanan carik peti sejuk...
Eh eh...korang mana ada peti sejuk...
Pengurusan asrama or mahallah or dorm tak izinkan korang bawak peti sejuk !!!


Makanya apa yang korang nak buat???
Ala... pakwe/makwe korang kan ada..
Mintak la dorang tolong belikan..
Apa? Dorang buzy?
Esok nak antar esaimen or ada pezentasyen or nak exam?

Ok..pegi aja ke kiosk or kedai...
Tapi kedai da tutup !
Takpe... 7e kan ada...


Tapi takde kenderaan..
Apa susah...pinjam moto or keta kawan...
Hoh..kawan tak kasi? Dia nak guna?
Ala susah-susah sewa keta je...


Ada masalah lagi?
Apa plak masalah kali ni?
Hah? Pak guard tak kasi keluar !

Nak buat macam mana???
Tekak nak air sejuk !!!


Haaaa...
cik giRang nak berkongsi sesuatu ngan korang...
Method terilhamkam oleh cik giRang setahun setengah yang lepas..


Nak minum air sejuk di tengah malam?
Mudah saja...
Menggunakan kuasa alam...
cik giRang namakan ia
"PETI SEJUK AJAIB"
ehehehehe


Amek air minuman korang tu dan letakkan di luar tingkap bilik korang..
Ataupon di luar pintu dan bilik korang...
Letakkan selepas hari sudah gelap a.k.a selepas korang da siap semayang maghrib..
Pastu biarkan sampai tengah malam waktu korang nak minum tu...
Haa pastu amek la air tu dan minum..


InsyaAllah..air tu da jadik sejuk...
cik giRang selalu apply method ni...
In fact, skang ni ada sebotol air di luar tingkap yang sedang disejukkan..
ohohoh...jap gi nak minum...


So far da try minuman tin, botol plastik dan minuman kotak...
Yang paling berkesan ialah minuman tin..
Di ikuti minuman dalam botol plastik..
Minuman kotak kurang berkesan...


Tapinya kan...kalu nak apply method ni..
Korang kene pantau suhu malam di tempat korang tu...
Kalu kat tempat cik giRang ni malamnya sejuk..
Suhu malam 27 to 29 degree...


Botol plastic tu plak kan..
Kalu terlalu tebal pon tak menjadi jugak..
So kalu korang buat tak menjadi..
Jangan salahkan cik giRang pulak ye..


Tapi kan korang..
kalu korang buat cara yang sama di waktu tengahari buta...
Air minuman korang akan jadik panas..
Cuba la kalu x percaya...


Ok sume...
cik giRang nak pegi mam eskrim dlu...
Till we meet again..
Selamat mencuba... 
(^_~)

Saturday, October 23, 2010

Tak nak jadi CIKGU !!!

Baru je selesai mengisi borang KPLI untuk pengambilan Januari. Tarikh tutup permohonan hari esok. Hanya ada dua pilihan je tadi. Sama ada amek pendidikan praskolah atau pendidikan Islam j-Qaf. Tapi kelulusan cik giRang x melayakkan cik giRang amek pendidikan Islam j-Qaf tu. So cik giRang pilih la pendidikan prasekolah.


Sejujurnya cik giRang sememangnya berminat mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Tapi entah mengapa, cik giRang tak terasa pon nak jadi cikgu.Dan cik giRang tak nak jadi cikgu.


Abis tu kenapa isi borang KPLI? Kerana sejujurnya cik giRang berpendapat, dalam banyak-banyak jenis pekerjaan, profesyen inilah yang paling sesuai bagi seorang wanita. Kerana seorang wanita itu telah dikurniakan dengan kelembutan dan sifat pengasih dan penyayang sejak azali lagi. Macam mana ganaz sekalipon seorang wanita itu, dia masih mempunyai kelembutan seorang ibu. Cumanya mungkin kelembutan itu belum terserlah kerana terkurung dalam keegoan dari dikatakan lembik atau mungkin melindungi diri dari manusia yang ingin mengambil kesempatan.


Dan lagi, ummi cik giRang berkenan sangat kalu cik giRang jadik cikgu. Katanya ni la kerja yang paling sesuai untuk orang pompuan ni. Cuti pon banyak. Tak payah nak susah isi borang mintak cuti dari company.


Berbalik pada tajuk entry. Kenapa cik giRang tak nak jadi cikgu? Nak tahu? Teruskan pembacaan anda.

  • Masa
Cikgu sekarang ni terlalu la sibuk. Mengalahkan orang yang kije office! Sampai keluarga pon terabai. Orang yang kije office, balik umah je malam tu da boleh rehat santai-santai da. Tapi cikgu? Abis skolah pukul 2. Pastu sambung kelas tambahan. Pastu malam sampai umah plak nak tanda buku anak-anak murid. Pastu prepare bahan untuk mengajar esoknya. Anak nak bermanja dengan mak pon susah. Suami dari jauh terkebil-kebil je tengok isteri. Menunggu menanti bila la nak siap menanda buku latihan.

  • Stress
Percaya atau tidak, sekarang ni ramai sangat cikgu bertemu psikatrik. Kenapa? Banyak tekanan yang diterima. Antaranya:
  1. Tekanan dari anak murid. Ajar dah banyak kali, tapi masih x faham-faham. Pulak tu kurang hormat pada cikgu. Kalu kita berlembut, dia pijak kepala. Tapi kalu kita berkeras nanti di adu pada ibu bapa. Sudahnya mak ayah datang sekolah jumpa cikgu besar and tuding jari kat kita. Dikatanya kita yang tak pandai mengajar.
  2. Tekanan dari ibu bapa. Bila kita berkeras ngan anak-anak dorang, dorang marah. Tuduh kita itu ini. Tapi bila anak kurang adab kita dipersalahkan. Di cakap kita makan gaji buta. Pegi sekolah buat niaga tupperware dan segala. Ibu bapa mengharap anak-anak belajar ilmu agama, adab dan sahsiah diri di sekolah tapi tidak membenarkan cara yang berkesan digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak. Dah mana la cikgu-cikgu tak tension melayan karenah anak murid yang semakin kurang ajar?
Tekanan dari anak murid dan ibu bapa ni akhirnya terbawak-bawak ke rumah. Sampai umah nak menguruskan rumah tangga pulak. Kepenatan mengajar di siang hari tambah pulak nak menguruskan family pon boleh menambah tekanan yang ada. Siang busy malam busy. Hujung minggu pulak ada hari sukan dan kelas ganti. Suami pon tido pelok bantal gigit jari. Sudahnya suami cari lain. Lagi tension tertekan la cikgu tadi.


Mungkin ramai yang x percaya ngan apa yang cik giRang khabarkan ni. Tapi inilah yang berlaku sebenarnya. Ramai cikgu cikgi bergantung pada ubat penenang dalam menjalankan tugas harian mereka sebagai guru. Dari mana cik giRang dapat info ni? Adalah sumber terdekat dan boleh dipercayai. Tak boleh didedahkan identitinya di sini. huhu....


Tugas sebagai cikgu sememangnya tugas yang mulia. Kemuncak kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru adalah apabila kita berjaya mendidik seseorang itu menjadi manusia. Namun keadaan persekitaran masa kini ditambah dengan faktor manusia skeliling menyebabkan semakin sukar untuk melahirkan sebenar-benar manusia yang memahami hakikat kehidupan bertuhan.


Satu lagi sebab mengapa cik giRang TAK MAHU menjadikan guru sebagai profesyen adalah.. kerana cik giRang ni kurang sikit sifat sabar. Bukan takde lansung sifat sabar tu.. ada... tapi tak cukup untuk menyandang tanggungjawab sebagai guru yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ntah macam mana la nak mengajar anak-anak murid nanti.


Nak tahu profesyen apa yang cik giRang mahu sebenarnya? cik giRang mahu menjadi domestic engineer. Ya... Domestic engineer a.k.a suri rumah sepenuh masa. cik giRang berpendapat inilah sebaik-baik tugas bagi seorang wanita. Apa bidang tugas domestic engineer ni?


Menjadi executive manager buat sang suami 
(ofkos la suami sebagai mr. president!)

Menjadi the first teacher ever buat anak-anak.
Cikgu yang mengajar isi pengetahuan dunia dan ustazah yang mendidik arah tuju kita di akhirat sana.

Menjadi interior designer buat syurga yang didiami.
Exterior designer untuk ruangan anak-anak bermain dengan riang ria.


Menjadi hakim yang mengadili perbalahan anak-anak.
Menjadi lawyer kepada suami supaya kekurangannya  masih terpelihara dari pandangan mata anak-anak.

Menjadi doktor yang memberi perawatan dikata nikmat sihat ditarik seketika.
Menjadi jururawat bersengkang mata menjaga suami dan anak di kala mereka sakit.

Menjadi singer yang mendodoikan anak-anak dan suami di malam hari.
Menjadi the best actress buat anak-anak memahami erti kehidupan.

Menjadi kaunselor dikala suami dan anak-anak berdepan dengan masalah.
Menjadi dahan bergantung tatkala keluarga ditimpa musibah


Sebaik-baik tempat bagi seorang wanita adalah di rumah. Wanita adalah pemangkin suatu ummah. Baik wanita dalam suatu kelompok masyarakat itu, maka insyaAllah baiklah juga seisi komuniti trsebut. Begitulah juga yang berlaku sebaliknya.


Tapinya... cik giRang masih tetap juga kene kije.. Kalu tak mana plak nak bayar utang 28k tu..huhuhu.. Tu tak masuk lagi 'kos pengurusan'... Bape la kene bayar agaknya ye...huhuhu...


Owh.. Perut cik giRang berbunyik la pula..Nantila sambung lagi cerita. cik giRang mahu mamam dulu untuk mematikan rentak irama yang berlagu di perut ku.


Till we meet again ye para pembaca..  
(^_~)

Tuesday, October 19, 2010

Hari Ini & Semalam...


Kisah Semalam...

cik giRang ada 3 kije yg kene siapkan by tomorrow.
  1. my part on report for FYP -- need to be submitted to my groupmate b4 night
  2. esaimen IRSM yg da tertunggak -- need to be submitted b4 5pm
  3. final report EOP -- need to be submitted latest by 9am tomorrow.



    alkisah 1 -- my part on report FYP

    we are 5 in a group
    but our group consist of 3 project
    so basically we have 3 sub group in the big group

    what happen is that, we have made some adjustment to our FYP
    so works being divided
    everybody do their work and it's done
    (not done done, still need checking and compilation but done for that day)


    alkisah 2 -- esaimen IRSM yg tertunggak

    ni akibat tangguh-tangguh kije
    tapi bukan sengaja nak tangguh..
    kije terlalu banyak sampaikan esaimen ni terlepas pandang
    plus ari tu demam seminggu x bangun

    sudahnya menggunakan budi bicara
    cik ciRang mohon pd lecturer untuk hantar esaimen ni esok
    disebabkan my pendrive being infected by virus and there's some data needed for the esaimen can no longer be accessed

    sir ckp, "da lewat sangat ni, takpela..awak hantar je esok..
    tapi saya tak tau la berapa markah saya boleh bagi"
    adeh..takpe la sir..asalkan ada markah..huhuhu


    alkisah 3 -- final report EOP

    ni la punca banyak kije yang tertangguh
    there are 4 people in my group
    only 2 doing the job from beginning
    the other 1 give more effort towards the end
    (maknanya da nak ujung2 ni br dia buat kije)
    cik giRang ketua group
    tapi dia yg banyak bagi arahan
    sume cik giRang cakap dia bangkang
    sudahnya "lantak ekau la"
    cakap pandai habuk pon tadak!
    another  one is sleeping partner..buat kije teramatla sikit...
    dan part dia ni la mmg banyak amat kene edit!

    hari ni presentation kul 12pm
    report tak siap lagi..
    present kelam-kabut jadiknya
    orang ni ckp lain, yang ini plak cakap lain..
    so as the leader cik giRang terpaksa la syncronized segala tersalah cakap budak-budak ni
    takkan nak biar nampak salah kot kan depan satu kelas kan..huhu
    pastu budak-budak kelas tanya..
    mana yang boleh jawab cik giRang jawab la
    korang tanya pasal costing and budget cik giRang surrender
    sebab tu bukan bidang cik giRang

    after presentation sir cakap submit report latest 9am tomorrow
    yang lain sume lepas tangan sedangkan report tak siap lagi
    nak tak nak as leader cik giRang la yg kene sudahkan
    dah la part masing-masing tak kene lansung ngan tajuk..huhuhu
    susahnya bekerja ngan foreign student..huhuhu


    MALAM ITU

    alkisah 1 -- my part on report FYP

    first cik giRang siapkan kije yang pertama
    pastu email part cik giRang tu kat groupmate yang incharge untuk compilation
    setel 1 kije..


    alkisah 2 -- final report EOP

    pastu cik giRang siapkan final report EOP
    memandangkan duenya pagi esok
    repair budjeting yg dorang buat ntah apa-apa tu..

    tolong la economic student!!!
    korang yang blaja accounting bagai kan?!
    i ni budak IT tau..
    mana la reti sangat pasal budget and costing ni
    inccured cost la apa la
    tapi sebab tugas tu perlu dihantar
    & benda-bnda tu jugak la yang required by sir
    maka terpaksala cik giRang belaja dalam 1 malam
    just to finish up the report

    Kisah hari ini

    kul 8 pagi  baru siap edit sume..
    nak print lagi
    tak tido lansung semata-mata nak siapkan report ni...
    my sleeping partner tu agaknya tengah sedap-sedap berdngkur tak?
    huh..sudahnya report tu dihantar at 10 am.


    alkisah 2 -- esaimen IRSM yg tertunggak

    sir cakap hantar hari ni tapi tak cakap due time
    so cik giRang assume due is is before office hour end
    after selesai alkisah di atas cik giRang pon mula la kije yang ini
    masalahnya kepala otak ni dah tepu sangat
    sebab study bab accounting in one nite
    plus tak tido malam
    and tak makan..

    kul 11.30am ada class, so cik giRang stop dlu
    after class tu sambung balik
    mata da sangat mengantuk
    duduk kat cafe yang sangat bising tu untuk buat kije
    letak kepala kat birai laptop kejap

    ntah bila masa cik giRang terlelap
    dengan keadaan cafe yang bising tu boleh pulak lena kan.
    dah tersedar tu cik giRang terus buat kije..
    nasib baik la takde barang yang hilang..
    purse and 2 telefon comey tu letak macam tu je atas meja
    alhamdulillah Allah jaga barang-barang cik giRang tu
    right at 5pm cik giRang hantar..huhu..




    itu la kisahnya...
    a very hectic week
    next agenda is report project DS and kuiz DS khamis ni
    pastu draft report FYP jumaat ni
    pastu final exam ahad ni
    ( FINAL  EXAM ?!!!  TAK  STUDY  PAPE  LAGI  NIH  WEH !!! )
    pastu final report project IRSM next monday


    adeh..x sabar nak abis kan sem ni...
    insyaAllah this will be my final semester..
    doakan la cik giRang ye pembaca sume...


    ok sekarang ni cik giRang nak gi mamam
    sangat lapar!
    semalam sepanjang hari makan nasik 10 suap je dan megi setengah bungkus je
    makan sikit tu bukannya sebab tak lapar...
    tersangat la lapar!!!
    tapi cik giRang tak boleh nak makan selagi kije tak selesai
    mati selera sebab kije banyak sangat

    till we meet again...
    (^_^)

    p/s:
    • jangan tangguh-tangguh kije.. macam mana banyak sekalipon kije tu, jangan ada yang sampai tertunggak
    • hidup umpama roda..sekejap di atas sekejap di bawah. hari ini kita sakiti orang, makanya sediakanla hati kita untuk disakiti orang lain. peringatan untuk diri sendiri dan pembaca semua..

      Sunday, October 17, 2010

      Sayang... Kerana apa?


      ok...cik giRang da berbaik semula ngan mR. munCet one pack...
      semuanya hanya salah faham ..
      dan dalam hal ni, cik giRang yang bersalah...
      huhuhu
      sori mR. munCet kerana berbuat begitu..


      rite now, cik giRang ada sumthing untuk dikongsi bersama pembaca semua...


       di suatu malam tatkala melepak di atas tilam...
      tenet tinot...
      handphone berbunyik...ada mesej...


      maka mesej tersebut cik giRang balas dgn girangnya kerana
      ianya mesej dr si jantung hati...
      maka proses tenet tinot pon berulang la beberapa kali..
      berikut adalah mesej-mesej yang ingin di kongsi bersama...





      mR. munCet one pack:
      awak..kenapa awak sayang saya?

      cik giRang:
      ??? hmm..sebab hati awak...

      mR. munCet one pack:
      sebab hati saya? (x puas hati)

      cik giRang:
      ehmm (angguk pala walau pon mr muncet x nampak)..hati awk baik..penyabar..

      mR. munCet one pack:
      tapi saya sayang awk sebab keseluruhan diri awk...

      cik giRang:
      ... (terdiam...pelik...apa maksud dia ni???)

      mR. munCet one pack:
      kalau kita sayang seseorang sebab hati dia baik, esok bila dia jadi jahat, kite terus benci kat dia. tapi kalu kite sayang sebab diri dia, esok kalu dia jahat kite akan usaha ubah dia jadi baik...

      cik giRang:
      ...(speechless...x tau nk jawab apa)




      that's mR. munCet one pack yang ku kenal... 
      begitu luhur hatinya... 
      tapi entry ni bukan untuk bercerita tentang mR. munCet one pack... 
      entry ini adalah untuk mengupas ayatnya yang telah membuatkan cik giRang hilang kata...



      kalau kita sayang seseorang sebab HATI DIA BAIK, 
      esok bila DIA JADI JAHAT, kite terus BENCI KAT DIA. 

      tapi kalu kite sayang dia sebab DIRI DIA KESELURUHANNYA, 
      esok kalu DIA JADI JAHAT, kite akan USAHA UBAH DIA JADI BAIK



      mR. munCet one pack telah memberikan tamparan hbat kepada akal fikiran cik giRang....
      sememangnya cik giRang x pernah terfikir pon sepertimana yang dia fikirkan...
      setelah terdiam terkelu lidah sebegitu,cik giRang bersetuju dgn pendapat mR. munCet one pack...


      sikap manusia ni sentiasa berubah-ubah...kerana apa?
      kerana seketul daging bernama hati di dalam tubuh setiap insan...
      semakin gelap dan itam hati tu,
      semakin sukarla ia kepada kebaikan dan
      semakin cenderung la ia kepada keburukan..
      x percaya?
      silalah lakukan eksperimen sendiri...


      sikap manusia sentiasa berubah-ubah...kerana apa?
      kerana kita manusia...tidak sempurna...
      iman kita tidak statik sepertimana malaikat...
      kita manusia....tidak sempurna..iman kita turun dan naik...
      bergantung kepada amalan kita....


      jangan kita letakkan ciri-ciri atau kriteria idaman teradap bakal pasangan..
      kerana belom tentu lagi jodoh dan pasangan kita tu memenuhi
      ciri-ciri idaman yang kita tetapkan


      mungkin dia kurang dalam banyak segi...
      namun dia tetap ada kelebihan yang tersndiri...
      terimalah dirinya seadanya...


      jangan di ubah melainkan ke arah kebaikan cuma..
      dan akukanlah ia dgn cara yang sangat berhikmah..
      dan ubah la juga diri kita supaya bersama seiring ke arah kebaikan..
      bersama berdoa memohon limpah rahmat dan redha Tuhan..




      cik giRang:
      kalu macam tu saya nak sayang awak sebab keseluruhan diri awak jugak la...

      mR. munCet one pack:
      jangan lupa doa mintak kat Tuhan kebaikan...janngan lupa usaha untuk ubah diri kite ke arah kebaikan...




      p/s:
      pesanan dari mR. munCet one pack -- selagi kite masih idup, kite tetap masih berpeluang menjadi insan yang lebih baik kan...=>
      cik giRang jawab...hmmm...betul tu...memang betul....makanya jom sume kite jadi insan yang lebih baik

      Friday, October 15, 2010

      Tak tahan lagi

      Sakit... Dada rasa sakit sangat akibat memendam rasa. Sampai tak upaya nak bernafas. Semput. Oksigen ku sedut dgn mulut.


      Ini bukan kali pertama. Ntah kali yang ke berapa.. Masih bgitu jugak lagik. Aduh.. Di saat kije ngah menambun ni... Nape la mcm ni.... Sakitnya rasa ati... Pedihnya pendam rasa..


      Buat hamba Allah itu.. Terima kasih kerana terus-terusan menyakitiku. Tak perlu lagi bersusah-payah mencari dan memberi sejuta alasan. Lelaki memang smuanya begitu.


      Tak usah lagi bersusah-payah menghubungiku memujuk aku. Setiap  kali maaf diberi, itu juga yang brlaku..Itu juga yang terjadi berulang kali. Ntah apa rupa hatiku skang ni... Da lumat da agaknya...


      Seperti yg ku katakan tadi, tak perlu dikau bersusah payah menyusun ayat untuk menghubungiku memujuk hatiku. Nombor mu kini mndiami 'reject list' dan 'screen no' dlm kdua telefon comelku ini. Pergila menghabiskan masa bersama mereka. Apa-apa ajalah asalkan dikau bahagia.


      p/s: kpd yg tidak berkenaan... maaf kerana tidak berupaya untuk menjadi girang seperti slalu.

      Wednesday, October 13, 2010

      autumn in my blog...



      i haven't think of any theme for my blog actually...
      at first  i looked at the template to improve my blog...
      i searched for template that i think it's pretty on my sight...



      then i discovered the background..
      the autumn leaves picture..
      the pic is sumhow nice to see and i think it's cheerful
      so i picked it as my background...



      months later, while i was surfing the net,
      i found a cute sin chan widget on sumone's blog..
      so i followed the link 
      and i browsed the site



      i clicked on the islamic tab
      then i discovered the cute girl (on the left of my blog tu)
      secara x sengaja la plak kan,
      widget ni ada daun autumn berguguran...
      owh..sangat kena la ngan background pic blog cik giRang ni..
      so i grabed the code, made some adjustment and updated my blog..



      site ni nmpk sangat menarik...
      banyak sangat widget yang menarik untuk diletakkan kat dalam blog
      so cik giRang pon jalan-jalan la lagi...
      click kat tab "blog's mood" plak...
      browsed through pastu ternampak plak yg daun autumn berguguran tu...
      sangat cantik dan sangat sesuai diletakkan kat blog
      again, i grabed the code, made some adjustment and updated my blog



      tambah entry...pastu merapu-rapu ckit kat blog nih..
      hmmm.. pastu tetiba teringat
      rasanya dulu ada la 1 cite korea ni yg pasal autumn sumthing...
      cik giRang pon bukak la gugel untuk carik
      pastu taip la autumn kat search box tu..
      pastu kuar la drop down selection and nmpak la "autumn in my heart"
      hohoho...
      tu la citer nye..



      x penah tgk pon citer ni..
      tapi dengar-dengar orang cakap citer ni best
      dan rupanya ini adalah citer yg mr. muncet suka sgt tgk!
      so cik giRang carik la soundtrack dia
      soundtrack dia pon best...
      yang sedang dimainkan ni yang paling cik giRang suka...
      tajuk dia "reason"
      makanya cik giRang pon masukkan la kat blog ni...



      maka begitula proses yang menyebabkan wujudnye
      "autumn in my blog"


      ohohoho...
      sungguh cik giRang x pernah terfikir nk buat ape-ape theme..
      tau-tau je da jadik cmni...
      secara x sengaja la plak kan skang ni
      at most of 4 seasons countries in the world right now
      is on fall or autumn season..huhuhu 



      apa-apa pon cik giRang suka dan cik giRang berpuas ati ngan final result blog cik giRang ni..
      harap pembaca-pembace juga suka..
      dan lepas ni utk setiap perubahan musim cik giRang akan tukar theme
      bergantung pada curent season..hehe..suka suka!



      (^_~)

      Monday, October 11, 2010

      sakit itu nikmat?

      batuk + selsema + demam + pusing mata + sakit pala


      tu la yang cik giRang hadapi saat ni
      duk atas tilam je..
      terbaring je...tapi ni tgh duduk..


      pala masih lagi goyang-goyang ni..
      tapi duduk-duduk saja x buat ape sangat la bosan kan
      kije banyak tapi x mo wat kije waktu dalam keadaan macam ni


      bersandar jap..hah...sejuk la plak rasanya...
      kipas tu bukak 1 je tu..


      sakit membuatkan kita rasa lemah je 1 badan kan..
      ramai orang merungut-rungut bila dapat sakit...
      rugi...sangat la rugi manusia itu...


      tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
      kita berpeluang untuk menghapuskan 
      sebahagian daripada dosa-dosa kita yang da munggunung tinggi tu?


      tidakkah kita tau bahawa dengan sakit yang kita hadapi..
      kita berpeluang untuk menambah
      sebanyak mungkin pahala
      dengan hanya redha dan bersabar dengan sedikit ujian dariNya?


       ni tak...baru sakit sikit da bising-bising...
      tu pon duk melepek je atas tilam katil tanpa berbuat apa-apa...


      Rasulullah s.a.w dulu dilontar batu hingga berdarah-darah...
      masih lagi tersenyum dan terus menjalankan kegiatan dakwah...
      malunya kita menjadi umat Baginda Rasulullah s.a.w
      sakit sikit je tapi rungutan sangat la banyak..
      sakit sikit je tapi rehat sangat la panjang..


      agak-agak korang la kan...
      bagaimana perasaan Baginda Rasulullah s.a.w bila tgk keadaan kita umat dia hari ni?


      cik giRang ingin berkongsi sesuatu dengan semua..
      sedikit petikan dari buku karangan Imam al-Ghazali bertajuk
      Penenang Jiwa, Pengubatan dan Rawatan
      tajuk asal buku ni ialah
      Mukashafah al-Qulub
      diterjemahkan oleh Muhammad Qadirun Nur
      dari Bab 3: Sabar dan Sakit mukasurat 11 & 12




      Junaid al-Baghdadi ra telah berkata,
      "Bala merupakan pelita orang arif,
      menyedarkan orang murtad,
      memperbaiki orang mukmin,
      dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
      Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"



      Rasulullah s.a.w juga bersabda,
      "Barangsiapa sakit semalam, 
      dia sabar dan rela kepada Allah, 
      maka bersih dari dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.
      Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh"



      Telah berkata Adl Dlahak ra,
      "Barangsiapa tidak di uji antara tiap-tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah,
      maka tidak ada kebaikan baginya disisi Allah"



      Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata
      "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dngan suatu bencana,
      Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk,
      "Hapuskan catatan daripadanya."
      dan berkata kepada pencatat amal baik,
      "Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik daripada yang dia perbuat".



      Tersebut pula dalam sebuah hadith. Daripada nabi s.a.w, Baginda bersabda,
      " Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, 
      seraya berkata,
      "Lihatla kalian apa kata hambaKu."
      Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah,
      Dia lebih tahu, lalu berkata,
      "Aku berjanji untuk hambaKu.
      Jika Aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga.
      Dan jika Aku menyembuhkannya, 
      Ku ganti dia daging yang lebih baik daripadanya serta darah yang lebih baik daripada darahnya.
      Dan Aku hapuskan pula keburukannya." "





      banyak kelebihan orang yang sakit ni
      cik giRang teringat 1 kisah
      x pasti berlaku pada sahabat atau tabi' atau tabi' tabi'in atau yang slepasnya


      kisahnya, hamba Allah yang sorang ni menangis 
      kerana TIDAK MENDAPAT SAKIT ATAU MUSIBAH
      sedangkan rakannya yang lain nya ditimpa sakit dan jugak musibah.
      sedih sungguh hatinya.
      bila ditanya oleh seorang sahabat, mengapa dia menangis
      jawabnya (kalu x silap cik giRang la kan)
      "aku takut aku diabaikan Allah...sahabat yang lain semuanya ditimpa kedukaan dan kesakitan tapi tidak aku"
      ** tolong cek balik kisah ni...cik giRang ingat-ingat lupa..kalu salah tolong betulkan ye **


      tu la umat terdahulu...
      jauh sungguh bezanya ngan kita umat terkemudian ni..
      dorang punya la takut di lupaka dan di abaikan oleh Allah
      tapi kite selamber badak sumbu je
      abaikan Allah.. lupa perintahNya... ingkari laranganNya

      ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
      ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
      ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM
      AL-LAZI LA ILAHA ILLA HU WAL-HAYYULQOYYUM
      WA ATUBU ILAIH
      ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM


      rasanya setakat ni je lah dulu coretan cik giRang..
      till we meet again
      wassalam


      p/s: 
      sangat tertarik ngn kata-kata Junaid al-Baghdadi ra kat atas. Sama-sama la kita beringat dan beramal. (^_^)

      "Bala merupakan pelita orang arif,
      menyedarkan orang murtad,
      memperbaiki orang mukmin,
      dan menghancurkan orang yang lengah (lupa).
      Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar"


      Sunday, October 10, 2010

      pakai baju vS x pakai baju???

      assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua...

      tgk tajuk entry...apsal pakai baju vS x pakai baju??? aiseh...owner blog ni x nk pakai baju ke? da ilang akal ke?

      woopps...nanti!!!bukan itu maksud cik giRang!!!ofkos la cik giRang TAK MAU buat kije giller cmtu...uik?! ari kat luar nak ujan la..hoho...jap angkat baju kat ampai..

      kenapa pakai baju vS x pakai baju??? cuba tgk kiri kanan depan belakang kite..kite di sekelilingi oleh banyak manusia. hatta atas bawah pon ada manusia jugak(duk bangunan bertingkat apartment yang lif dia salu rosak kan? duk asrama bertingkat-tingkat pon boleh jugak..ada org kat atas bawah)... cuba tgk pakaian dorg...cantik-cantik...kan? lawa-lawa...kan? jarang-jarang...kan? terbelah sana sini...kan? nampak uruf uu dan uruf v...kan? ape uruf uu n uruf v tu? cuba tgk kiri kanan lg...nmpak x pmpuan pakai baju ketat seluar ketat? ada nmpak x figura yang menyerupai uruf uu dan uruf v di situ? kalu x nampak, korang ni memang lambat pick-up dan jap gi pak belalang akan muncul sebelah korang dan cakap yang korang ni da x lama da kat dunia ni....

      pak belalaaaangg..nujum terjun kebetulan mengena...heh..heh..heh! baik ko jaga-jaga...
      -- refer lagu pak belalang nyanyian kumpulan kristal --

      owh...korang x rase sedih ke tgk dorg...baju x cukup kain benang...agak-gak kan..kalu korang approach dorang dan hadiahkan kain semeter dgn benang sebuku, apa reaksi dorang eh?

      PANG!!! melekat 5 jari kat pipi..kalu jari ok lagi..tapi kalu yang meelkat kat pipi korang tu kasut? ahahaha...kesian kat korang yang kesiankan dorang sebab pakai baju x cukup kain benang...kesian kat korang yang kesiankan dorang yang pakai baju tp macam x pakai baju..

      pakai baju tapi macam x pakai baju? ha..tu la tajuk entry kite kan...pakai baju vS x pakai baju???



      macam mana nak pakai baju dan memang nampak macam kite pakai baju?hohoho..Islam kan da bagi caranya....berminat untuk tau? sila teruskan pembacaan anda...


      SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARAK
      1.  Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
        • Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. 
        • Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram). Allah berfirman yang bermaksud:
        “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
        Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
        • Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
      2. Pakaian yang longgar.
        • Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. 
        • Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. 
        • Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak. 
        • Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).” 
        • Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
      3. Pakaian yang tidak jarang.
        • Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. 
        • Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.” 
        • Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
      4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
      5. Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah: 
        • pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain 
        • pakaian yang menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya. 
        Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”
      6. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
        • Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. 
        • Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: 
                  “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” 
        • Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
      7. Tidak bertabarruj.
        • Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. 
        • Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. 
        • Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. 
        • Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33) 
        • Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. 
        • Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
      source: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/06/menutup-aurat-bukan-sekadar-pakai.html

      cik giRang x tuka ape-ape dr source ni..juz edit ckit sbb teks asal terlalu banyak tulisan...nanti korang sume malas dan x lalu plak nak baca...

      da baca da syarat-syaratnya? bukannya susah sangat kan...setakat pakai baju yang longgar such as baju kurung or t-shirt muslimah tu..pastu pakai tudung yang tutup dada...pastu pkai stokin kaki n tangan...da siap da...pastu boleh la nak merewang ke mana-mana pon...

      niatkan berpakaian tu utk mengikut dan mentaati perintah agama...buakan untuk menarik perhatian orang lain..untuk apa kite meraih pujian orang sedangkan Allah murka pada kite kerana mengingkari suruhanNya?

      Allah yang menciptakan manusia..Dia lebih mengenal manusia tu cmne..atas sebab itula ada perkara yg di larang untuk kita lakukan...kenapa?sudah tentula kerana Allah sayangkan kite..Dia x nak kite menjahanamkan diri kite dgn melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..

      p/s:
      • kite mungkin x baik ari semalam..tapi x bermakna kite x boleh usaha untuk jadikan diri kita baik pada ari ni dan esok dan esoknya dan esoknya lagi dan seterusnya kan..
      • sentiasa perbaiki diri untuk jadik hamba Allah yang terbaik...pesanan untuk diri sendiri dan kepada sume jugak



        Saturday, October 9, 2010

        al-Quran sebagai hantaran???

        copied & pasted from AiNie EnNie (facebook)
        edited by making it in conversation form (original article is a cerpen)

        pesanan: Kepade mreke2 yg nk memberi hantaran dan menerime hantaran...fikir-fikirkan la


        Situasi: Di sebuah kedai
        Watak: Pasangan yg bakal berkahwin (Jamilah & Nabil), Pakcik berbaju putih




        Jamilah:
        Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan.
        Sesuai untuk kita buat hantaran

        Nabil:
        Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?


        Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


        Jamilah:
        Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab (mengeluh)

        Nabil:
        Ala, awak bukan reti pun bahasa arab.


        Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


        Pakcik berbaju putih:
        Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.

        Nabil:
        Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.
        (sambil tersengih. Jamilah ikut senyum kambing tidak jauh dari situ.)














        Pakcik berbaju putih:
        Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila? (sambil tersenyum)

        Nabil:
        Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik. (teragak-agak)

        Pakcik berbaju putih:
        Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik.


        Jamilah:
        Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la.

        Pakcik berbaju putih:
        Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi.

        Jamilah:
        Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi.


        Jamilah tersenyum sambil mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan yang bersaiz kecil.


        Pakcik berbaju putih:
        Jangan lupa baca ya.


        Pakcik berbaju putih berlalu meninggalkan pasangan tersebut.


        Jamilah:
        Sibuk je la pakcik tu

        Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.




        Situasi: majlis pernikahan Jamilah & Nabil
        Watak: Jamilah, Nabil, Pak Imam, hadirin


        Pak Imam:
        Assalamualaikum semua.

        Nabil terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

        Pak Imam:
        Inikah pengantin hari ini?

        Nabil:
        Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..

        Pak Imam:
        Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
        Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.

        Hadirin mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

        Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. Nabil cuba mengagahkan diri.

        Nabil:
        Ss.. su.. surah apa ustaz?

        Pak Imam:
        Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.


        Ustaz Saad tersenyum menampakkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. "Surah Ar Ra'd...Apa benda nih " detik hati Nabil. Jamilah melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang bakal berlaku.


        Nabil:
        Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!


        Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


        Pak Imam:
        Baru ustaz tahu ada kalimah ALMARI di dalam ALQuran.
        Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
        A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim..
        ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..


        Terdengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


        Pak Imam:
        Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim. Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.


        Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad. Tazkirah pendek Ustaz Sa'ad dikagumi orang terutama yang biasa mengikuti ceramahnya. Nabil dan Jamilah hanya menunduk malu.





        Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

        Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.





        Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

        Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

        Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

        Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

        Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

        When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

        Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

        Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

        Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


        Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

        Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

        Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

        'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'
        'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


        akibat stress


        last week was the most hectic week that i had ..during this semester la....what happened was that, i became stress...sangat sangat sangat!!! tido x cukup...makan pon x bape..i cant eat whenever i have many things to do unless i've finished up every work.






        due to that matter, badan jadi lesu...pipi makin cengkung...kerap rasa sakit dada & pedih ulu hati..pedih ullu hati tu tau la sebab ape...x jaga makan...tp sakit dada tu???area jantung plak tu! dr memendam rasa risau x berksudahan makanya cik giRang pon mengorak langkah ke klinik..



        doc tanya la macam-macam... cik giRang pon jawab la macam-macam jugak..
        hehe..sudahya doc buat ksimpulan, disebabkan terlalu stress, perut cik giRang menghasilkan banyak asid..doc ckp, bila tubuh kite terlebih asid, badan jadi lesu..rasa lenguh-lenguh kat sana sini...pedih ulu hati...sakit dada...

        makanya doc pesan, heavy meal (lunch n dinner) jangan skip..light meal (roti or biskut) kerap sikit utk elakkan perut kosong..breakfast jangan tinggal..huhu..baik la puan doc....

        bila ingat-ingat balik pesan doc, rasa nye macam kene makan setiap masa plak...da macam orang mngandung la plak kan..huhu..kalu groupmate yg sorg ni mmg la ngandung..kije dia memang la makan sokmo...tapi cik giRang ni?makan je..badannye cinonet jugak..huhuhu..malu pulak rasanya...

        talking bout stress, ada la jumpe 1 word ni kat tenet...sangat best kata-katanya...lebih kurang mcm ni bunyiknya..

        life is too blessed to be filled with streess



        p/s:
        ingt pesan doc kat atas tu..makan selalu...hehehe...tapi kalu rasa lemak da terlebih-lbih tu pgi la exercise eh..