Kesian tinta sanubariku ini. Lama sangat terbiar tanpa catatan dan coretan baru. Bukannya tak ade kisah yang nak diceriterakan. Banyak je cite nye. Nak review pasal majlis tunang ari tu...nak cite pasal konvo. Namun apakan daya.. huhuhu
Ada tiga penyebab yang membantutkan
Kekangan masa.
Kije...busy... Balik kije, masak dinner atau beli je pastu mamam. Rehat- rehat jap.. mesej-mesej or koling koling si munCet. Then tido. Sepatutnya ini tak menjadi 1 masalah sebab sume orang mempunyai masa 24 jam sehari dan 7 ari semnggu. Tapinya perkara yang tercatat di bawah menyebabkan proses menghapdet blog tidak berlaku.
Internet connection
Kat umah takde internet connection. Kat opis ofkoz la ada
cik Anon: abis tu apsal cik giRang tak hapdet blog? Fesbuk boleh plak bukak...
Mana boleh cik non...datang opis untuk kije. Kalu curik-curik intai facebook and jengok-jengok blog orang tu boleh la lagi. Tapi hapdet blog...waahh...nampak sangat la macam ko takde kije kan. Da la team cik giRang ni memang tengah baayak kije. Ko plak senang-lenang goyang-goyang kaki dengan senang ati je buat menda lain sedangkan ko punye teammates da sampai tahap nak tarik-tarik rambut hentak-hentak kaki atas lantai sebab tension banyak lagi kije yang duk tersengih-sengih melambai-lambai mintak disiapkan.
Kat umah parents di Pekan tu ada je internet. Kat kat umah kakak yang cik giRang sokmo gi kat Kuantan tu pon ada internet jugak. Tapinya sesekali balik kampung, nak la abiskan masa dengan ahli kuarga kan. Tengok tv sama. Makan bersama. Maklum la bukan selalu dapat abiskn masa ngan family.
Baby Sexy's condition
Ini satu lagi yang banyak mematikan niat untuk hapdet blog. No need to say more. Tengok la gambar ni je..
Perasan tak sesuatu yang
Masih tidak perasan lagi cik non? Ok... more picca plzzz...Abaikan kualiti gambar-gambar itu sume. Maklum la..henpon saya ni henpon cap ayam je.
Lappy kak Za, my rumet |
My baby sexy.... kibod tadak !!! |
cik Anon: cik giRang..... apa da jadik ngan Baby Sexy??!!
cik non sayang.. ni kijenya si Allani... asalnya dia nak tengok faveret katun dia ( Timmy Time) kat baby sexy ni. Pastu bila dia da mula bosan, dia main-mainkan tangan dia kat kibod. Pastu camne ntah jari halus dia tersangkut kat huruf 'E'. Dia pon mencungetkan jari dia...tercungkil la huruf 'E' tu. Pastu dia pon suka ati la. Bila dia duduk je depan baby sexy ni, dia cungkil la huruf-huruf yang ada. Ada sesetengah huruf tu da tak boleh pasang semula sebab soket huruf tu da patah. Sudahnya cik giRang cakap kat dia, 'cungkil la peghabih dik. senang nanti masuk kibod baru je kat situ.' Maka dia pon mempeghabihkanla kibod baby sexy. Pastu cik giRang nak ganti kibod baru tapi takde duit...isk isk..( lap ayer mata)
Haaaa...tu la penyebab utama ke-liat-an untuk menghapdet blog. Baby sexy masih boleh digunakan tapi agak seksa sikit la nak menaip. Ni pon da lenguh tangan menaip ni. Dari pagi tadi pukul 9 skang ni da pukul 12.20 cik giRang masih lagi menaip untuk siapkan entry pendek ni.
Penghujung bulan ni, insyaAllah baby sexy akan menjalani pembedahan untuk menerima
Tangan da lenguh sangat... Berhenti di sini dulu. Adios muchachos. See you again on the next entry. Babai~
(^_~)
0 coretan pembaca budiman:
Post a Comment
jejak perayau blog