Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Monday, June 3, 2013

Setelah sekian lama

Masya Allah! Dah 7 bulan bersamaan dengan 30 minggu dan juga bersamaan dengan 211 hari blog ni terbiar!


Bukan taknak update. Terlalu banyak sangat yang nak dirakamkan ke dalam tinta sanubari ni. Buat rujukan diri sendiri di masa akan datang. Maklum lah kan, memori ni satu benda yang sangat-sangat bernilai. Andai ianya hilang dimamah usia, setidak-tidaknya coretan di dalam tinta sanubari ni mampu menyuburkan lagi ingatan pahit manis suka duka tersebut.


Soooo many things had happened these few months. A few false alarms on pregnancy... but alhamdulillah, ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku dan cik giRang yakin dan pasti akan tiba saat dan ketika diri ini akan bergelar ibu. 


Satu keyakinan yang jitu sepertimana yang pernah cik giRang rasai suatu ketika dulu tatkala hati ini diremuk-redam oleh sejenis kaum adam... yakin bahawa akan tiba saat dan ketika diri ini akan dihargai, akan bergelar suri hati kepada seorang lelaki bergelar suami, akan tiba saat dan ketika diri ini dikurniakan seorang lelaki yang hebat personaliti dan pekertinya sebagai seorang pemimpin sejati, yang akan memberi ingatan tatkala tawaku berlebihan dan menghiburkan tatkala diri ini dirundung duka berlelehan air mata.
Allahamdulillah wa alhamdulillah yang tidak terhingga kerana ianya menjadi kenyataan!


Sabar.. it's the key to the happiness that I'm having then, now and everlasting till jannah.. insyaAllah.


Another few days before anniversary.. our very first wedding anniversary. Macam tak percaya je da hampir setahun kawen, bergelar isteri dan menguruskan rumah tangga yang tak berapa nak terurus lagi nih..kekekek...


Adaptation phase dah hampir berlalu. cik giRang dan mR. munCet masing-masing da boleh adapt dengan rutin harian yang nyata berubah-ubah dan tak sama dengan pasangan lain. Ye la kan, lain pasangan lain cerita yang mereka lakarkan. Begitu jugalah kitorang nih. 


Morning from Monday to Thursday, pukul 6.45 am dah wajib keluar dari rumah sebab mR. munCet kene punch card before or by 7am. Sharp! Balik dari sekolah, cik giRang tumpang rakan sekerja. Paling cepat boleh sampai rumah, pukul 4.30pm. Paling lewat pukul 6.30 petang. Masing-masing punya workload yang berbeza. Dengan meeting panitia, unit dan sebagainya. Lepas tu terus ke dapur menyediakan hidangan buat mR. munCet yang berada di kilang, yang sedang menggosok-gosok dan menenangkan perutnya yang tengah lapar tu. Terkadang kalau ada banyak hal yang perlu disetelkan, cik giRang balik dengan mR. munCet je, pukul 7.30pm lah sampai ke rumah. Dinner bergantung kepada skala kepenatan dan kerajinan. Terlebih rajin, kite masak. Terlebih penat or malas, kite makan luar je. Hehehe.


Well, that's a life. We have to go through it no matter how hard and bitter it is, as the sweetness will be gain... later. Bi iznillah.


Sebelum menoktahkan coretan, nak share picture hadiah yang diterima bersempena Hari Guru or kalau kat sekolah cik giRang, kitorang panggil Hari Murabbi yang baru berlalu beberapa minggu yang lalu.

Hari Murabbi, suatu lakaran perit jerih yang telah berlalu. Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar walaupun berhadapan beberapa kesulitan dan pertukaran perancangan di saat-saat akhir.

Sehebat mana manusia merancang, perancangan Allah itu tetap lebih sempurna.

tanda ingatan dan kasih sayang dari anak-anak kecil yang mendambakan ilmu dariku


Please pray for us, so that we would have everlasting love and happiness till jannah. Ameenn ya Rabbal 'Alamin.