Makanye di sini ingin sekali cik giRang catatkan sejarah yang telah berlalu.. berkenaan peristiwa-peristiwa
....
Makhluk halus tu habuk la. Apppaaadaa korang pikir yang bukan-bukan...
Wedding preps
Hujung tahun lepas, right after dapat gaji, cik giRang terus book OV, Wira Visual yang pada waktu tu tengah buat promo ujung tahun. Alhamdulillah sempat dengan promo tu. I really love their artwork sebab video yang disajikan really blend to the audio yang menjadi halwa telinga.
Di penghujung sale tu jugak la cik giRang grab few barang hantaran. Kasut, wrislet, sepasang baju untuk lelaki, dan jugak toiletteries. Untuk barang hantaran ni, sesetengah barang hantaran untuk perempuan tu, cik giRang beli sendiri dan selebihnya dibeli oleh si munCet. Macam tu jugak lah hantaran untuk si munCet, sesetengah barang dibeli oleh dirinya sendiri dan sesetangah barang lagi dibeli oleh cik giRang.
Kenapa macam tu? Kerana kami ni LDR.. Long Distance Relationship. Jumpe pon 2/3 bulan sekali. Al-maklumlah duduk jauh-jauh kan.
Arakian apabila dibawa kesemua barangan tersebut pulang ke rumah, dua daripada barangan tersebut telah dibuang dari senarai hantaran.Barangan tersebut adalah wristlet dan kasut. Alasannya, macam tak match untuk letak dalam satu dulang.
Disebabkan kasut yang dibeli tu tak jadik untuk dijadikkan hantaran, makanya cik giRang akan jadikan ia sebagai kasut nikah. And the wristlet, tak payah tunggu lepas kawen, sekarang jugak cik giRang pakai... hahaha..
teaser: kasut nikah |
Birthday
Birthday cik giRang ngan munCet selang dua minggu je. Present untuk munCet, lapik leher yang dalam kereta tu. Sian dia kije 12 hours per day. At least bila ada bantal tu, selesa sikit bila dia tengah drive. cik giRang beli masa sale ujung tahun lepas, buy 1 free 1. so dapat la munCet dua pasang pelapik leher. Sepasang tu bentuk tulang and ada singa. Sepasang lagi bulat, kepala singa siap ada rambut singa lagi tu. cik giRang pos je hadiah tu. Suka ati munCet dapat adiah dalam kotak besar.. hehehe
munCet pulak kasi cik giRang sehelai blouse. Kaler itam-itam kelabu. Cantik sungguh cik giRang bila pakai baju yang munCet bagi tu. hehhee... *perasan mode* . Pastu dapat extra hadiah, sehelai jubah kaler yang sama and shawl kaler putih. Blouse tu cik giRang da pakai. Memang cantik *perasan lagik*. Looking foward to wear the jubah. Tapi kene jahit sikit bagi dia pendek dulu then baru bleh pakai.
cik giRang stay back kat opis on my birthday. Tengah banyak kije waktu tu. Dalam pukul 8.30 malam cik giRang keluar dari opis. Pastu terus je masuk mid valley. Beli hadiah untuk diri sendiri. Pertama, sumthing yang sangat personal which is rahsia dan yang keduanye perfume and lip butter dari The Body Shop. Abis shopping, humming lagu birthday untuk diri sendiri, pastu kol si munCet and nyanyi lagu besday untuk diri sendiri jugak. si munCet pon ikot sama nyanyi. Baik dia.. layan je tunang dia ni. Even bila waktu tunang dia ni tengah biul pon, dia layankan jugak..
Anniversary
Ulang tahun per'kapel'an kami yang ke-4 jatuh pada 11 Febuari lalu. Makanye berminggu-minggu sebelum tu kitorg da decide untuk jumpa pada tarikh ni. Tapi hari rabu tu boleh plak dapat berita, ari sabtu kene kerja. Hari sabtu.. hari ulangtahun yang ke-4 yang cik giRang da reserve ngan munCet. Da macam cacing kepanasan da duduk kat opis tu. End of the day, setelah berkawtim mawtim ngan bos, dapat jugak kelepasan dari bekerja di hari Sabtu tu.. wuuuhuuuuyyy.. \(^_^)/
Nervous... tersangat la nervous. dah lama tak jumpa la katakan. At the same time, rasa excited sangat!
Hari ulangtahung yang ke4 ni, kitorang pegi butik untuk fitting baju untuk majlis nanti. Then pegi port biasa kitorang dating, KFC bucket besar kat Wangsa Maju tu. Menu biasa kitorang, dinner plate ayam spicy bahagian thigh dengan cheesy wedges dan air milo dikongsi bersama. Pastu masuk Wah Chan untuk cari rantai untuk upacara batalkan air semayang nanti... Berbunga-bunga rasa hati... dah la bersua muka setelah sekian lama, genap 4 tahun bercinta bersama-sama pulak untuk persiapan hari bahagia.
Aduhai bahagianye hati waktu tu~ *senyum lebar-lebar melepasi paras telinga*
^____________________________________^
setelah hampir 3 bulan tidak bersua muka.. akhirnya... |
Itulah kami..hehehe.. Ni ari esoknye sebelum munCet berangkat pulang. Kitorang makan kat pizza hut sebelah kfc tu. Sila abaikan gigiku yang jarang itu. si munCet malu nak senyum tunjuk gigi sebab giginya berlapis.
cik giRang:
Ummi, 3 bulan tak jumpe Lan, benda pertama yang dia boleh perasan, ni..ni gigi ni.. dia kata makin jarang!
Ummi:
...
Adik:
Laaa.. Dia mintak la ngan Lan satu. Gigi Lan kan terlebih. Ambek la isi kat tempat yang jarang tu.
Dush!!! Tergelak besar ummi cik giRang waktu tu. cik giRang tau adik cik giRang sebenarnye jeles. cik giRang and munCet kan pasangan secocok. Saling melengkapi satu sama lain. Budak tu jeles sebenarnye tu.. lalalaaaa~
Ok da abis da cerita. Sekian sahaja buat masa ini. Pantun empat kerat untuk kalian...
Perut berbunyi mintak di isi,
Saya ingin mengundur diri,
Terima kasih kerana kemari,
Lain kali datang la lagi.
0 coretan pembaca budiman:
Post a Comment
jejak perayau blog