Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Sunday, April 17, 2011

Poligami..menghindar atau menambah dosa?

Salam all.. Kali ni cik giRang nak bercakap tentang satu perkara yang cik giRang masih tiada pengalaman lagi.. yela kan.. Tak kawen lagi mana nak ada pengalaman berpoligami kan..

But then, i love to read real life stories.. Kisah keterlanjuran manusia... Kisah kehanyutan manusia ... Kegembiraan dan kedukaan...Kesakitan..kegirangan...ni kalu munCet baca ni, musti dia tambah 'ke-gigi-jarang-an' kat belakang tu pastu ketawa mengekek-ngekek..

cik giRang berpegang pada pesanan orang melayu dulu-dulu.. " yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Pada cik giRang, pengalaman tu tak semestinya kite kene lalui satu peristiwa tu dulu then baru kite nak cakap kite dah berpengalaman dalam hal tu. Menyerap pesanan nenek moyang kita di atas ke dalam kehidupan seharian, segala benda di sekitar kita ni boleh dijadikan pengalaman hidup.. tak kiralah sama ada kita melalui perkara itu ataupon tidak. Perhatikan sekeliling...omputih kata observe your surroundings.. banyak benda kita yang akan dapat.

Berdasarkan pengalaman pembacaan dan penghayatan cik giRang, cik giRang tampilkan kisah di bawah yang dibina dari pelbagai kisah manusia yang sebenar-benarnya berlaku di zaman moden lagi canggih tak terkata ni..

Seorang lelaki, dua wanita. Suami dan juga isteri-isteri. Isi hati masing...?

Sebelum membincangkan soal isi hati.. kita tinjau dulu soal fitrah 2 manusia berlainan jantina. Lelaki dan wanita.

Setuju atau tidak..dalam perhubungan, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan bersifat ingin memiliki? Baik lelaki mahupon wanita..kedua-duanya begitu. Namun, satu perkara yang berbeza tentang dua manusia ni, monogamous dan polygamous.

I'm talking in term of feeling perspective.

Man can love more than one woman at one time but woman cant..  Even if she is with someone, the one that's in her mind is the guy that she loves.

Women are monogamous..while men are polygamous. Women's thinking perspective are micro and men's are macro. That's why women are always sometimes choosy, cerewet, memilih dan yang seangkatan dengannya. They see something deep into the little tiny things. Lelaki pulak, mereka tidak memikirkan hal yang kecik-mecik kerana bagi mereka benda-benda sebegini remeh. Mereka melihat sesuatu secara global atau keseluruhannya.

Satu bulatan yang diisi dengan warna putih, pink, biru, purple, hijau, merah dan oren. Wanita yang melihat bulatan itu, matanya akan tertancap pada warna kegemarannya biasanya kaler pink dan di hatinya "eh eh.. warna pink kegemaranku ada la" lalu tersenyum. Lelaki yang melihat bulatan itu, sekadar melihat beberapa saat, maybe tak sampai 2 saat pon pastu berpaling. Di hati mereka.. it's just a circle with a bunch of colors..not a big deal..

Eh eh.. da jauh da menyimpang kan.. Sebenarnya nak cakap pasal poligami je..Tu la pompuan.. hehehe..

Tadi cik giRang cakap nak ceritakan kisah kan..hurm.. Tak jadi la..

Ok..poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...menghindar dosa..ye la kan...asyik teringat terbayang terkenang je...dah la duk sepejabat..selalu jumpa..  setan banyak kiri kanan ni suh buat dosa... daripada termakan hasutan setan pastu  terbuat maksiat and dosa baik kawen je kan..."

"...mampu? insyaAllah boleh..orang yang mendirikan masjid ni dimurahkan rezekinya. lagipon masing-masing kerja so takde la berat sangat tanggungan nye kan..."

"...adil? insyaAllah... dah sini sayang sana pon sayang... sini cantik sana comey... yang sini  macam siti nurhaliza yang sana macam aiswarya rai.. insyaAllah takde masalah untuk aku berlaku adil..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...saya pon pompuan..ingin menyayangi dan disayangi.. ingin menyintai dan dicintai.. akak pon pompuan kan..so akak pon paham kan apa yang saya rasa?"

"...saya bukan merampas..sekadar mahu menumpang kasih sayang seorang suami je..."

"...susah nak cari lelaki yang baik dan betul-betul bertanggungjawab...abang suami akak memang terserlah yang dia seorang yang bertanggujawab. memang nampak jelas la dari cara dia menguruskan rumahtangga, isteri dan anak-anak..."

"...saya nak seorang yang boleh bimbing saya..yang boleh pimpin saya.. saya nampak dia berkebolehan untuk itu..dia boleh pimpin akak..anak-anak akak dengan baik..saya pon nak macam tu jugak..."

"...saya ni makin lama umur makin lanjut..saya taknak jadik anak dara tua lanjut usia.. cuba akak letakkan diri akak di tempat saya..akak pon tak nak jadik anak dara tua  lanjut usia kan?..."

"...saya ni ada penyakit kak.. tak lama lagi mati la..bagi la can saya kawen, merasa kehidupan berumahtangga..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...apa salah saya? apa kurang saya?"

"...masih tak cukup lagi ke pengorbanan saya untuk abang?"

"...saya dah lahirkan anak untuk abang...bukan 1..bukan 2..tapi 10 orang anak!!!"

"...saya penat kuar kije untuk bantu abang..balik petang badan penat layan pulak karenah anak-anak abang yang nakal pastu tidokan anak pastu abang pulak nak bermanja-manja.. Sampai hati buat macam ni kat saya???"

Actually..ini adalah sebahagian dari kes-kes yang cik giRang baca. Ada lagi.. banyak lagi luahan rasa terpendam mereka-mereka yang terlibat. cik giRang tampilkan sebahagian aje ni. Tapi ada jugak kes seperti di bawah ni:

Poligami, dari sudut pandangan seorang lelaki a.k.a suami
"...mampu ke aku nak berlaku adil? nanti kang dua-dua sakit serentak, nak pegi tengok yang mana dulu? buat begini kang yang ni kecik ati yang sana masam muka plak..."

"...beratnya tanggungjawab aku skang ni.. dua masjid perlu dijaga. yang sana anak da lima n one the way masuk enam yang ni plak esok lusa je bersalin.makin banyak ati yang perlu dijaga banyak mulut yang perlu disuap..."

Poligami dari sudut wanita yang bakal dikahwini a.k.a bakal isteri a.k.a bakal madu
"...chek tak mau  ganggu gugat ghumahtangga orang. tapi chek tak buleh lupa dia..."

"...kalu akak bagi izin, ambo terimo la untuk jadi bini keduo abe. kalu tok, setakat ni je la hubunge kito. ambo tak nak rosakkan rumahtangga ore..."

"...ya Allah...dia da kawen ke? dia cakap dia bujang lagi.. hidup-hidup aku kene tipu. tak pasal-pasal je jadi bini nombor 2..."

Poligami dari sudut pandangan wanita a.k.a isteri
"...daripada suami aku buat maksiat, baik la aku bagi dia izin nikah lagi..."

"...takpe la..nanti kalu aku sakit pening, ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan anak dan suami aku...."

"...nanti esok kalu tetiba aku meninggal dulu..ada gak orang yang boleh tenangkan suami aku..jaga anak-anak aku..kalu tetiba suami aku meroyan ke sebab terlalu sedih sebab aku da meninggal, ada gak la yang boleh jaga suami aku baik-baik kan..."

"...ala..dia sakit.. bagi la can dia merasa berkasih sayang dengan seorang suami...lagipon tak lama dah hayat dia..."

Itulah sebahagian ragam manusia. So, sepertimana tajuk coretan kali ni, kite sume tahu dan sedar bahawa poligami leads to two different state... menghindar atau menambah dosa. Makanya, dalam keadaan macam manakah yang menyebabkan poligami menjadi penambah dosa? Keadaan di mana keinginan dan nafsu diutamakan.

Keinginan untuk memiliki dan tidak berkongsi... Keinginan untuk menjadi the one and only.

Nafsu amarah kerana merasakan diri diduakan..dikhianati..

Ketidak-puasan hati kerana cemburu yang menguasai diri.. Keinginan menjadi the one and only menyukarkan sang suami untuk memberi layanan yang adil lantas tanpa sedar telah melakukan kzaliman ke atas salah satu pihak isterinya.

etc..etc....

Keadaan yang bagaimanakah yang memungkinkan poligami menjadi penambah pahala?

Apabila redha akan qada' dan qadar menjadi landasan kehidupan. Berlapang dada menerima segala ketentuan Allah walau pahit terpaksa ditelan.

Ubat memang pahit... Tetapi kesembuhan setelah memakan ubat itu yang kita mahukan..

Ujian semamangnya perit.. Tetapi kemanisan iman setelah berjaya mengharungi ujian itulah yang kita inginkan...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad: 31)

Bermadu sememangnya sangat pahit dan perit.. Namun setelah seketika, manisnya iman akan kita capai seandainya kita meletakkan redha ke atas ketentuan Allah sebagai asas dalam kehidupan kita. Sememang tiada siapa yang mahu bermadu. Namun ingat lah, "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah: 216)"

Sememangnya berat untuk dipikul bebanan perasaan.. mengelak dari kekecewaan dan perasaan cemburu yang merajai hati... Ingatlah pesan tuhanmu...

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: 45)

Poligami adalah satu bentuk ujian yang mengajar ketiga-tiga pihak --suami, isteri dan isteri-- akan erti sebuah keikhlasan dan keredhaan yang mutlak. Keikhlasan dan keredhaan yang hanya akan mampu dicapai bilamana diri didekatkan dengan Tuhan yang Esa dan kecintaaan yang utama hanya padaNya. Namun seandainya kecintaan yang utama itu disandarkan pada pasangan, semakin sukarlah untuk memupuk sifat redha dan ikhlas di dalam hati. Kita telah diingatkan bahawa, "kita takkan sesekali diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul.Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)


'Ala kulli hal, cik giRang mohon ampun dan maaf seandainya coretan cik giRang ni menyinggung mana-mana pihak. Segala yang tercatat di sini adalah hasil dari pemerhatian dan juga ilmu yang cetek yang cik giRang miliki. Andai ada salah dan silap, mohon diperbetulkan kerana cik giRang hanya manusia biasa yang masih punya banyak kelemahan. Wallahu'alam bissowab wassalam 'alaikum wa rahmatullah.

 ~ Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar. ~
(At-Taubah: 129)

Wednesday, April 13, 2011

evil mode

Salam all...

Sebelum mencoret kisah, izinkan cik giRang gelak evil puas-puas dulu... hahahaha.. hahahahaha

Ok.. da puas gelak da..

Al-kisah nya begini. Anak buah cik giRang yang sorang ni, cik giRang panggil dia wawa, sangat la susah mendengar cakap. Lagi satu, asal cik giRang duduk je kat pc ni, masa tu la dia sibuk-sibuk datang nak main game. Padahal sebelum tu takde pulak dia nak main game kat pc ni.  cik giRang memang da simpan geram berhari-hari la kat dia ni.

Hari ini..pagi tadi..berlaku perebutan lagi. Biasanya memanglah cik giRang akan mengalah dengan budak kecik ni.

cik giRang sentuh kat laptop kat luar, dia sibuk nak main laptop kat luar tu. Sedari tadi , tak nak pulak dia nak ke laptop tu. Bila kite duduk situ je mula la dia datang nak merebut laptop. Sudahnya sebab bengang sangat nagn budak kecik ni, cik giRang bukak google image then type 'hantu' kat situ. maka tersiar la gambar-gambar manusia yang dah tak sabar nak jadi hantu.

Makanya, budak kecik tu pon tak berani la nak usik laptop tu...hek hek hek... tu la..sape suh kaco ende ibi lagi...

Pastu cik giRang bukak la pc ni. Cek email..bukak facebook. Pastu tengok satu video best yang di share oleh sorang junior through facebook. Video ni agak lawak la bagi cik giRang.

Even lawak, tapinya cik giRang gelak sikit-sikit je. Datang pulak si wawa nak main game. Bengang jap. Asal kite duk sini, masa tu dia datang nak main game. Dari tadi tak nak pulak main game kan. Pastu kat video tu ada pulak kuar part yang sound a bit horror sikit. Terus wawa diam pastu dia menyuruk sebab takut. cik giRang gelak evil da saat tu...

Actually, i'm a bit childish and sangat suka menyakat. Dah tengok si wawa tu macam tu, lagi la galak cik giRang sakat dia. hehehe.. Seronok sungguh menyakat budak-budak ni...hehehe

Video tu sebenarnya agak bagus jugak la. Cantik itu subjektif. Well, tak nka cakap lebih-lebih, cik giRang kongsikan video tu di sini.

Sebelum korang tengok video tu, sila pergi ke sidebar blog ni dan cari sound of music. Pause or stop je lagu tu supaya audionya tidak menggangu korang menghayati video lawak di bawah. :D





Tuesday, April 12, 2011

Bertukar!!! --> part II

Salam all... Kali ni nak citer pasal pembaharuan dalam blog cik giRang ni. Bagi yang pernah berkunjung ke blog cik girang sebelum ni, mesti korang nampak sangat perbezaan dia kan.. dari biru redup ke merah terang camni.. Tak tau la nape tetiba terasa nak letak tema bunga plak.. hilang da niat nak riaskan blog ni ikut musim..


Ok... pembaharuan yang pertama, background image. 
Asalnya cik giRang gugel ready made rose border je.. dapat la gambar ni.




Pastu cik giRang alter sikit.. jadik la macam gambar di bawah ni.
 Pastu bila da apply kat blog, rasa macam sangat serabut la plak.




Makanya cik giRang teruskan mengugel dan jumpa la banyak lagi gambar red rose. 
Bukak photoshop pastu godek-godek sikit, jadik la seperti final yang telah di apply di tinta sanubari ni.



Seterusnya, pembaharuan yang kedua plak, border and background for post and sidebar stuffs. Cik giRang takde la minat sangat kaler pink... biasa-biasa je. My fav color is blue. Merah is munCet's fav color. Warna rose and petals tu merah terang memberi effect garang pada blog ni. So cik giRang gunakan warna pink untuk  memberi effect kelembutan seorang wanita yang boleh mengurangkan kegarangan merah terang tersebut.

cik giRang refer kat page Teknik Buat Blog untuk accomplish this part. Kat page ni ada banyak sangat tutorial yang sangat bagus untuk blogger mentah macam cik giRang ni. 


cik giRang view my blog ni using internet explorer. 
background untuk post and sidebar ni tidak kelihatan. wonder why..hurm...


Berinjak ke pembaharuan yang ketiga, banner. Ni picture banner lama cik giRang. A very simple one sebab gambar background salji yang digunakan da macam... macam-macam ada. So untuk banner ni kasi simple sempoi aje..

old banner

old background
Untuk banner, beberapa percubaan dilakukan untuk mendapatkan banner yang memikat hati sendiri. Ye la kan..orang lain mungkin tak suka kan.. Tak kisah la..asalkan kite tuan punya blog ni suka kan.. hehehe... :D

Untuk banner kali ni, cik giRang nak buat oval shape. Dah selalu sangat tengok rectangular banner kan. So kite lari sikit dari kebiasaan. Seperti biasa, gambar red rose tu dicilok diambil dengan segala hormatnya dari incek gugel.

Percubaan pertama : 


font type : Abbeyline
pandangan mataku : bunga ros lebih menonjol dari blog title and tagline. Reject!



Percubaan kedua :



font type : Dark Horse (blog title), Abbeyline (tagline)
pandangan mataku : bunga ros lebih menonjol dari blog title and tagline. Tulisan untuk blog title kelihatan a bit horror. Dah la warna merah darah kan..Reject!


Percubaan ketiga :




font type : Boister
pandangan mataku : hati kurang berkenan..no reason.. something wrong somewhere... Reject!


Percubaan keempat:



font type : Boister
pandangan mataku : Owh..tersangat la suka yang ini. Tapi bila apply kat blog, my tinta sanubari ni kelihatan sangat garang.. and i dont like that. Gabungan red rose petals kat sisi banner dan red rose dalam banner serta tulisan warna merah darah tu membuatkan cik giRang rasa kurang senang bertandang ke blog sendiri. 

Akhirnya, cik giRang tukar warna font kepada purplelish pink, seperti yang korang boleh tengok on the top of my blog ni. Integration antara pink yang digunakan sebagai background post and sidebar dan jugak merah terang dari background blog, untuk seimbangkan kegarangan dan kelembutan pada catatan dan coretanku ini. :)


Tima kasih Ayie kerana sudi bertandang dan tinggalkan jejak di tinta sanubariku ini. hehehe.. Sangat setuju dengan Ayie. Memang makan masa untuk tukar design blog. Kalu tak kene gayanya, blog akan kelihatan sangat serabut.

Before ubah design, blog cik giRang ni mengambil masa selama 3.06 saat ntuk load sepenuhnya. After bertukar wajah, hanya 1.2 saat saja untuk fully load this blog. cik giRang pakai tools.pingdom.com untuk cek selama mana masa yang diambil untuk load my blog and which part of it yang memberatkan blog. Mana yang paling lama nak load tu la yang paling berat.

Hampir setengah tahun cik giRang tak sentuh photoshop.. Berjaya mengorek kembali ilmu yang da berkarat kat kelapa kepala ni. Misi selepas ni, enhance design skills so that boleh design things-that-need-to-be-design sendiri je.. bak kata orang skang ni, DIY je. tak payah suruh or upah orang, sebab belum tentu lagi orang yang disuruh or diupah tu boleh buat 100% like we want.

Ok..sleep time.. nite-nite all. InsyaAllah andai umur panjang la kan..kite jumpa la lagi bila-bila nanti. Babai wassalamu'alaikum wa rahmatullah  :)

Monday, April 11, 2011

Bertukar !!! --> part I

Salam all...

Akhirnya cik giRang tukar jugak rupa paras tinta sanubari ni. Saaaayyang sangat rupa paras yang lama tu. Sejuk redup je ngan salji berguguran. Tapinya lately rasa macam suram je that's why cik giRang menukar rupa blog ni. :)

It took me two days untuk touch up balik blog ni. Bukak incek gugel untuk cari intersting image. Godek-godek photoshop then walla! siaap daa :D

Cumanya... cik giRang masih belum berpuas hati denga tulisan 'tinta sanubari' pada banner tu. Ada sedikit sense of horror plak pada jenis font tu. Dah la warna merah darah kan... hmmm... Takpe, gugel ada.. nanti kite cari font lain...

Ok... berhenti di sini dulu... babai wassalam'alaikum :)

Saturday, April 9, 2011

Awas..telur ayam palsu!!!

Salam all...


Terkujat tak tengok tajuk tu? Actually citer ni dah lama tapi cik giRang baru je tau siang semalam.. Mulanya ingatkan tukang share tu melawak je.. Tapi komen kat situ macam iye-iye je betol kisah ni, so cik giRang pon google la..


Cerita berkenaan telur ayam buatan manusia... Tak boleh panggil telur ayam sebab telur tu tak dihasilkan oleh organ peranakannya si ayam..


Yang di bawah ini cik giRang copy paste dari Berita Semasa Wadah untuk Rakyat, copy bulat-bulat macam telur ayam je..




4798563899 7dec915294 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Saya sarankan anda ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli produk dan barang China. Sebab terlalu banyak lambakan produk China yang cuba dipalsukan mereka. Bukan tak boleh membeli produk China langsung. Terpulang. Murah memang murah. Pilihan masing-masing. “You get that what you pay”. Sampaikan mereka boleh buat telur palsu
4799196100 b5cdc2127c [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Semua orang tahu, China terkenal dengan produk-produk yang berjaya dipalsukan oleh mereka. Terbaru, telur ayamberjaya dipalsukan mereka. Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China. Harganya pula murah, mestilah ramai yang terpedaya dan terus membelinya. Manakan tidak, sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.
4799196158 1a96a5faff [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Di sana, kalau hendak belajar membuat telur ayam palsu ada caranya. Masuk kursus. Kursus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.
Berbagai macam bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan bahkan tawas, yang biasanya digunakan untuk membuat telur palsu ini. Untuk kuning telur itu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida.  Ini membolehkan ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. Telur palsu ini kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan. Shell tidak dilupakan.
4798564023 afbef11462 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering. Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelembung muncul pada telur putih. Tetapi para ahli memperingatkan akan bahaya makan telur palsu kerana tidak mengandungi sebarang nutrisi. Seorang profesor Universiti China dari Hong Kong memperingatkan pengguna telur ayam palsu boleh mengalami demensia.
4799196264 1b917969d3 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196304 16af80df2a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196328 b430207b40 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4799196364 987e9c495a [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
4798564207 a9cb73a307 [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.

Yang ni plak amek dari Blog Carca Marba... berkenaan perbezaan antara telur original dan telur palsu.

Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara.

Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.


Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.

Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.

Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.


Telur ayam tiruan mempunyai satu selaput aneh yang memisahkan putih & kuning telur.

Makanya sume.. berhati-hati lah kerana telur palsu ni sememangnya boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita. Sekian..

Tuesday, April 5, 2011

tips untuk mendidik anak solat 5 waktu

Salam all..
cik giRang copy paste sebijik-sebijik dari Oh! Islam . Dikatakan artikel ini ditulis oleh Wardina Safiyyah. Khas buat bakal n para ibu. Enjoy reading.

............................................

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…”

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Monday, April 4, 2011

Preparations...

Salam all..

Bila tengok kat Live Traffic Feed tu..cik giRang perasan yang agak ramai jugak la yang bertandang ke blog cik girang ni dari blog Dina Halim. Ni mesti yang baca entry untuk contest tu kan.. and maybe korang yang dah baca entry tu tertanya-tanya bila cik giRang nak melansungkan perkahwinan kan..heheh

Actually..cik giRang segan nak cakap about things yang tak jadik lagi. Persiapan apa pon tak mula lagi. Baru je beli material baju untuk e-day nanti..kaler light purple..

Disebabkan takde mula persiapan apa pon lagi, makanya cik giRang takde banyak benda untuk dikongsi.. Cumanya, masa cuti sekolah lepas, family munCet datang merisik...

Actually, risik-risik ni tak termasuk pon dalam planning asal kitorang. Tapinya ayahnya si munCet nak buat jugak. Nebes sangat rasanya masa family dia datang. Tu baru ibu ayah and dua orang adik dia..belum lagi pakcik makcik dia. Masa tunang nanti ofkos la pakcik makcik dia datang kan..huhuhu.. Takmau la buat mini pelamin.. simple sempoi je. Kalu boleh cik giRang nak nyuruk dalam bilik je taknak kuar-kuar dari bilik waktu e-day nanti..boleh tak?

Sebut pasal persiapan ni..akak cik girang and ummi yang macam lebih excited dari cik girang..hehehe.. Kain untuk baju tunang tu pon akak cik giRang yang carik..cik giRang memang blur-blur ayam lagik... Akak cik giRang yang sorang ni memang superb bab masak-masak and terror jugak la in deco-deco and gubahan.. seronok giller ada kakak yang macam ni.. Tapi dia ni agak teliti and cerewet.. Rasa macam nak suh dia je jadik wedding planner cik giRang nanti..boleh kan? (^_~)

MUA plak.. nak suh akak jugak la yang make-up kan nanti. Dulu dia make-up bestfren dia for her wedding and ramai yang puji-puji and cakap gojes..

Ok..da boleh save budget kat situ.. hehehe...

Alahai..cepat-cepat la dapat kije cik giRang oooiiiii... Senang sikit nak buat persiapan..huhuhu..kije..marilah padaku...huhuhu

p/s: entry ini disiapkan dalam tempoh lebih dari 1 jam... sebabnya baru tulis sebaris, my litle niece tarik suh duk sebelah dia tengok citer katun dia... timmy time..pororo...oso special...da boleh hafal da lagu-lagu tema cite katun tu sume...dibo dibo ding!!!