Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Saturday, November 19, 2011

... C . I . N . T .A ...



Salam'alaik duhai incek dan cik non sekalian...


cik giRang terjumpa satu quote yang sangat best dan cik giRang nak share ngan incek dan cik non sume..


♥ Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu ♥
♥ Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan ♥ 
♥Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa ♥

♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥


Love quote ni menyebabkan cik giRang teringatkan satu peristiwa tatkala si teruna dan dara berbalas-balas pantun mesej di talipon...




cik giRang:
Betul ke awak cintakan saya? Kenapa awak cintakan saya?

mr munCet:
Ya.. Kerana apa? Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...

cik giRang: 
Maksud awak?

mr munCet:
Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana... =>
Awak renung baik-baik ayat tu, pastu awak bagitau saya apa yang awak faham =>


cik giRang membaca berulang kali...Tidak dikeranakan dengan sesuatu kerana...??? Puzzled...

cik giRang:
Tak paham... apa maksud awak?


Talipon berdering. Panggilan dari si munCet. Tekan button accept.

mr. munCet:
Assalamu'alaikum...

cik giRang:
Wa 'alaikumussalam. Wak...apa maksud ayat awak tadi tu?

mr. munCet:
Saya cintakan awak kerana saya cintakan awak. Saya tak perlukan sebab untuk menyintai awak.

cik giRang:
....

mr munCet:
Kalau saya cintakan awak sebab awak cantik, nanti esok bila saya jumpa orang yang lagi cantik, perasaan saya pada awak akan hilang. Kalau saya cintakan awak sebab awak baik, nanti esok kalau kalau saya jumpa orang yang lagi baik dari awak, atau awak berubah jadi jahat, perasaan saya pada awak akan hilang.

cik giRang:
*digesting the words*
Owh...

mr munCet:
Awak masih nak saya sayangkan awak atas sesuatu sebab?

cik giRang:
Tak nak...

mr munCet:
Saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?

cik giRang:
Nak tanya apa? Tanyalah...

mr munCet:
Kenapa awak sayang saya?

cik giRang:
.....
Tak tau....

mr munCet:
Tak tau?

cik giRang:
Tak tau... tapi awak selalu ingatkan saya..jaga solat.. jangan lewatkan solat...tutup aurat elok-elok..stokin...stongan...

mr munCet:
Saya buat camtu sebab saya sayang awak. Kalau kite sayangkan seseorang, tak kan kite nak biar orang tu dapat susah kan. Saya tak nak awak dapat susah.. kat dunia ni dan kat akhirat nanti...




My deary munCet... an infinite thanks to you for always taking care of me and always remind me on the afterlife world... May Allah showers His blessings unto us. May this relationship always brings us another step closer to our Lord.. Ameenn.


♥♥ Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya ♥♥




Thursday, November 17, 2011

Scrapaperclip Giveaway

This is a very short and quick entry. Memandangkan cik giRang hanya ada masa yang kurang dari 30 minit intuk menyiapkan entry ini dengan keadaan baby sexy yang sebegini rupa...


cik non cik non sume mesti nak tau kan kenapa cik giRang ni rushing sangat? Haaa... apa kata kite layan gambar-gambar ni dulu.









Apa macam? Manyak caantik loorrr... And suprisingly, all those beauties are made of scraped papers!!!!

Anda kini sedang membaca entry khas untuk  Scrapaperclip Giveaway yang tarikh tamatnya adalah hari ini dan waktu tamatnya adalah sebentar saja lagi.

Wuhuhuhuhuuu..masa dah makin suntuk... cik giRang stop di sini dlu ye sebab nanti kalu lambat penyertaan tidak sah pulak.. Btw, thanks to cik Kina yang mempromosikan contest ini. Opps..sori.. Puan Kina...hehehe..Dia da tukar status bulan lepas... (^^_ )

Babai cik non cik non sekalian... cik giRang nak sambung mamam bubur. Haaa ada 5 minit je lagi utk post entry nih!!!!




contest brought to you by

Sunday, November 13, 2011

My Baby Sexy...

Salam ceria salam sejahtera salam bahagia buat semua. Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Kesian tinta sanubariku ini. Lama sangat terbiar tanpa catatan dan coretan baru. Bukannya tak ade kisah yang nak diceriterakan. Banyak je cite nye. Nak review pasal majlis tunang ari tu...nak cite pasal konvo. Namun apakan daya.. huhuhu

Ada tiga penyebab yang membantutkan selera niat untuk menghapdet blog ni.


Kekangan masa.

Kije...busy... Balik kije, masak dinner atau beli je pastu mamam. Rehat- rehat jap.. mesej-mesej or koling koling si munCet. Then tido. Sepatutnya ini tak menjadi 1 masalah sebab sume orang mempunyai masa 24 jam sehari dan 7 ari semnggu. Tapinya perkara yang tercatat di bawah menyebabkan proses menghapdet blog tidak berlaku.


Internet connection

Kat umah takde internet connection. Kat opis ofkoz la ada sumbangan sambungan internet. Wireless lg tu.

cik Anon: abis tu apsal cik giRang tak hapdet blog? Fesbuk boleh plak bukak...

Mana boleh cik non...datang opis untuk kije. Kalu curik-curik intai facebook and jengok-jengok blog orang tu boleh la lagi. Tapi hapdet blog...waahh...nampak sangat la macam ko takde kije kan. Da la team cik giRang ni memang tengah baayak kije. Ko plak senang-lenang goyang-goyang kaki dengan senang ati je buat menda lain sedangkan ko punye teammates da sampai tahap nak tarik-tarik rambut hentak-hentak kaki atas lantai sebab tension banyak lagi kije yang duk tersengih-sengih melambai-lambai mintak disiapkan. Huh panjangnya...putus nafas sekejap.

Kat umah parents di Pekan tu ada je internet. Kat kat umah kakak yang cik giRang sokmo gi kat Kuantan tu pon ada internet jugak. Tapinya sesekali balik kampung, nak la abiskan masa dengan ahli kuarga kan. Tengok tv sama. Makan bersama. Maklum la bukan selalu dapat abiskn masa ngan family.


Baby Sexy's condition

Ini satu lagi yang banyak mematikan niat untuk hapdet blog. No need to say more. Tengok la gambar ni je..


Perasan tak sesuatu yang paranormal abnormal di situ? Tak perasan eh... Takpe tengok gambar di bawah plak.


Masih tidak perasan lagi cik non? Ok... more picca plzzz...Abaikan kualiti gambar-gambar itu sume. Maklum la..henpon saya ni henpon cap ayam je.

Lappy kak Za, my rumet

My baby sexy.... kibod tadak !!!

cik Anon: cik giRang..... apa da jadik ngan Baby Sexy??!!

cik non sayang.. ni kijenya si Allani... asalnya dia nak tengok faveret katun dia ( Timmy Time) kat baby sexy ni. Pastu bila dia da mula bosan, dia main-mainkan tangan dia kat kibod. Pastu camne ntah jari halus dia tersangkut kat huruf  'E'. Dia pon mencungetkan jari dia...tercungkil la huruf  'E' tu. Pastu dia pon suka ati la. Bila dia duduk je depan baby sexy ni, dia cungkil la huruf-huruf yang ada. Ada sesetengah huruf tu da tak boleh pasang semula sebab soket huruf tu da patah. Sudahnya cik giRang cakap kat dia, 'cungkil la peghabih dik. senang nanti masuk kibod baru je kat situ.' Maka dia pon mempeghabihkanla kibod baby sexy. Pastu cik giRang nak ganti kibod baru tapi takde duit...isk isk..( lap ayer mata)



Haaaa...tu la penyebab utama ke-liat-an untuk menghapdet blog. Baby sexy masih boleh digunakan tapi agak seksa sikit la nak menaip. Ni pon da lenguh tangan menaip ni. Dari pagi tadi pukul 9 skang ni da pukul 12.20 cik giRang masih lagi menaip untuk siapkan entry pendek ni.


Penghujung bulan ni, insyaAllah baby sexy akan menjalani pembedahan untuk menerima organ kibod baru. Doakan keselamatannya  eh. Plus, cik giRang da langgan P1 Wimax. cik giRang amek pakej One Plan. Dapat modem dan broadbandnya sekali. Broadbandnya dalam perjalanan menemui si munCet di Johor. Amek pakej  89, bulan-bulan bayar RM89. cik giRang bayar separuh dan munCet bayar lagi separuh. Dan malam-malam x payah lagi mesej-mesej koling-koling si munCet. YM aje sudah. Sambil tu boleh la hapdet blog.. hii hiii hii hii hii hee huu hiii *gelak senang hati*

Tangan da lenguh sangat... Berhenti di sini dulu. Adios muchachos. See you again on the next entry. Babai~
(^_~)