Tu tak campur dengan part cik giRang lagik.. InsyaAllah, Muncet would be here very soon to discuss bout this matter. Susah jugak kan untuk dua keluarga besar bersatu.. Perancangan kene teliti. Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting.
cik giRang tak tau nak merepek apa lagi da.. Cumanya nak berpesan kepada sume yang telah, akan dan berangan untuk berkawen serta buat diri sendiri terutamanya....
Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua individu dan dua jiwa, tapi penyatuan kepada dua keluarga besar yang insyaAllah jika dilakukan dengan cara yang sempurna dan mendapat restu dari semua, kehidupan suami dan isteri itu akan lebih bahagia dan insyaAllah barakah akan menyertai hari-hari mendatang mereka kelak.
Makanya, bagi mana-mana yang berhajat nak kawen kat sempadan ke.. kawen lari ke..kawen senyap-senyap ke... tolong la fikirkan semasak-masaknya. Anda kawen bukan hanya untuk sehari kan. Kawen dengan cara ni mudah.. kejap je dah jadi suami isteri. Tapi konflik di kemudian hari sanagt la banyak. Apa konfliknya? Toleh kiri kanan... tengok depan belakang... perhatikan pasangan yang kawen dengan cara ni..
Kalu dalam tv kite tengok dorang ni macam best je kan kawen cara ni.. Jumpa sembunyi-sembunyi.. Bila depan orang tak boleh over sangat takut nanti rahsia pecah. But deep inside their heart, they are suffered enough sebab tak boleh jadik normal macam pasangan lain.. Perhubungan yang halal jadik macam perhubungan haram. Maaf kalu ayat ni kasar tapi cuba la korang fikir sendiri eh.. Betul ke tidak apa yang cik giRang cakap.
Perkahwinan tu sanngat la hebat.. kerana menurut hadis riwayat al-Baihaqi, Rasulullah bersabda:
"Apabila seseorang hamba telah bekahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi."
Dan lagi Rasululah bersabda (tolong cek ni riwayat mana eh)
" Dua raka'at yang dilakukan oleh orang yang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh raka'at orang yang hidup membujang".
Perkahwinan itu jugak sangat la indah..kerana ianya membolehkan dua individu memnuhi fitrah sebagai manusia untuk berkasih sayang. Dan setiap perkataan dan perbuatan itu lebih bermakna kerana mereka tahu, sedar dan pasti perhubungan mereka diiktiraf yang Esa. Jadiknya, setiap perlakuan mereka menghindarkan dosa dan melipat-gandakan pahala.
Makanya, perkara yang hebat dan indah ini memerlukan masa untuk berlaku. Like they say, great thing takes time. Bersabar sepanjang menunggu ianya menjadi realiti tu la yang akan menyebabkan kegembiraan itu menjadi infiniti. Dan itu jugak la yang akan membuatkan wajah pengantin bertambah berseri-seri.
Ok.. cukupla cik giRang membebel kali ni. Apa-apa pon, all the best buat semua dan semoga bahagia selalu. Till we meet again.. (^_~)
0 coretan pembaca budiman:
Post a Comment
jejak perayau blog