Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Friday, January 21, 2011

musim kawen..

Camne nak mula eh? Hmm.. tahun ni, ada la few of my cousins kawen.. Ramai ke? Eh jap.. Rasanya dua orang je kot.  Tapi kan, bila hitung-hitung balik, kitorang satu keluarga besar akan berkumpul empat kali tahun ni. Ye la kan.. dua majlis kenduri besar.. Dua lagi majlis bertandang. Campur awal Januari hari tu untuk majlis bertandang cousin yang kawen bulan disember tahun lepas..

Tu tak campur dengan part cik giRang lagik.. InsyaAllah, Muncet would be here very soon to discuss bout this matter. Susah jugak kan untuk dua keluarga besar bersatu.. Perancangan kene teliti.  Kerjasama antara ahli keluarga sangat penting.

cik giRang tak tau nak merepek apa lagi da.. Cumanya nak berpesan kepada sume yang telah, akan dan berangan untuk berkawen serta buat diri sendiri terutamanya....

Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua individu dan dua jiwa, tapi penyatuan kepada dua keluarga besar yang insyaAllah jika dilakukan dengan cara yang sempurna dan mendapat restu dari semua, kehidupan suami dan isteri itu akan lebih bahagia dan insyaAllah barakah akan menyertai hari-hari mendatang mereka kelak.

Makanya, bagi mana-mana yang berhajat nak kawen kat sempadan ke.. kawen lari ke..kawen senyap-senyap ke... tolong la fikirkan semasak-masaknya. Anda kawen bukan hanya untuk sehari kan. Kawen dengan cara ni mudah.. kejap je dah jadi suami isteri. Tapi konflik di kemudian hari sanagt la banyak. Apa konfliknya? Toleh kiri kanan... tengok depan belakang... perhatikan pasangan yang kawen dengan cara ni.. 

Kalu dalam tv kite tengok dorang ni macam best je kan kawen cara ni.. Jumpa sembunyi-sembunyi.. Bila depan orang tak boleh over sangat takut nanti rahsia pecah. But deep inside their heart, they are suffered enough sebab tak boleh jadik normal macam pasangan lain.. Perhubungan yang halal jadik macam perhubungan haram. Maaf kalu ayat ni kasar tapi cuba la korang fikir sendiri eh.. Betul ke tidak apa yang cik giRang cakap.

Perkahwinan tu sanngat la hebat.. kerana menurut hadis riwayat al-Baihaqi, Rasulullah bersabda:

"Apabila seseorang hamba telah bekahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi." 

Dan lagi Rasululah bersabda (tolong cek ni riwayat mana eh)

" Dua raka'at yang dilakukan oleh orang yang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh raka'at orang yang hidup membujang".

Perkahwinan itu jugak sangat la indah..kerana ianya membolehkan dua individu memnuhi fitrah sebagai manusia untuk berkasih sayang. Dan setiap perkataan dan perbuatan itu lebih bermakna kerana mereka tahu, sedar dan pasti perhubungan mereka diiktiraf yang Esa. Jadiknya, setiap perlakuan mereka menghindarkan dosa dan melipat-gandakan pahala.

Makanya, perkara yang hebat dan indah ini memerlukan masa untuk berlaku. Like they say, great thing takes time. Bersabar sepanjang menunggu ianya menjadi realiti tu la yang akan menyebabkan kegembiraan itu menjadi infiniti. Dan itu jugak la yang akan membuatkan wajah pengantin bertambah berseri-seri.

Ok.. cukupla cik giRang membebel kali ni. Apa-apa pon, all the best buat semua dan semoga bahagia selalu. Till we meet again.. (^_~)

Tuesday, January 18, 2011

errr..menang...???!

Salam buat semua....

cik giRang da lama x bukak blog. Dua hari lepas cik giRang bukak la blog yang da mula nak bersawang ni. Memang da habit cik giRang, bila bukak blog, cik giRang akan jenguk ke chat box kat tepi tu dlu. Pastu kat Feedgedit utk tgk viewer datang dari mana. Dalam dua minggu ni tak ada orang tinggal jejak kat chat box tu.. cik giRang pon takde idea nak muatkan apa lagi dalam blog ni tambah plak ngan my almost-2-years-old niece yang tak bagi peluang untuk cik giRang duduk lama-lama kat pc ni, makanya cik giRang pon mula la malas nak update tinta-sanubari ni.

Tapi kan, dua hari lepas, masa tengok chat box, cik giRang blur sangat bila baca tinggalan jejak mereka..

alynn: tahniah yee..menang..
shida anwar: tahniah menang
Dya: Salam, tahniah...rase terharu bc entry....teringat mase becinta....n follow u too

yang terlintas di fikiran cik giRang waktu tu.." menang ape plak ni??"

Lepas lebih kurang 3-5 saat blur tu, tetiba cik giRang teringat satu-satunya online contest yang cik giRang pernah masuk.. which is Dina Halim Bridal Boutique Online Contest Dari mata Jatuh ke Hati edisi ke-2

Maka sepantas kilat umpama lipas ilang kaki (lipas kudng la), jari-jemari ni bukak new tab and bukak blog kak Dina. Da ada pengumuman pemenang contest tu. Dalam kepala ni rasa kosong je... baca entry pengumuman tu. Diam.. banyaknye bintang...scroll down lagi.. tup tup tengok nama duk kat pemenang no 1...

Terdiam..tergamam...terkaku..
Bertambah blur....

Aku salah baca tak?

Naik ke atas lagi dan baca sekali lagi.... Diam.. alahai bintang banyaknye...scroll down lagi.. tengok nama memang duk kat pemenang no 1...

Betul la apa yang aku baca... Tetiba badan rasa ringan... Rasa macam nak melompat-lompat! Tapi masih lagi terduduk di kerusi. Dalam hati.. "Muncet.. kite menang!!!"

Terus bangun.. aiseh..kedit takde... amek tipon umah kak ngah & tipon Mr. Muncet... Dengar suara si Muncet..
Muncet: Assalamu'alaikum...

giRang: wa'alaikumussalam..wak... busy ke?

Muncet: busy sikit. Nape?

giRang: kite menang!
Muncet diam jap.
Muncet: ....nombor bape?

giRang: pertama
Muncet terdiam lagi. Tergamam kot. Tapi lepas tu kitorang tak dapat bercakap lagi da sebab adiknya si Muncet datang kacau daun. Membising-bising sehingga perbualan terpaksa ditamatkan.

Kacau daun je budak kecik tu.. Tak sempat kitorang nak bertukar-tukar rasa excited.

Malam tu kitorang sambung borak..Tapi tak lama sebab Muncet kene tido awal. Dia bangun pukul 5.30 pagi setiap hari untuk pegi kije dan sampai umah semula hampir pukul 8.30 malam setiap hari. Buat overtime...nak carik duit lebih katanya. Sian si Muncet... cik giRang tak bagi dia buat OT tapi dia nak jugak buat...hmmm..

Ok lah.. Itu kisah masa dapat tau jadik pemenang. Cukup sampai situ.

Berikutnya, kita balik semula ke sekitar 6 bulan lepas. cik giRang tengah release tension dengan cara merewang-rewang di alam maya.. Pastu ternampak la first online contest by Dina Halim Bridal Boutique, "Mengapa Si Dia Pilihan Hati Saya?" Contest best ni.. Hadiah pon best.. Tapi da tamat tempoh... Da umum pemenang da pon. Makanya cik giRang pon layan la entry-entry contestants contest edisi pertama tu. Sume cite best-best. Tetiba pastu teringat kat Mr. Muncet...Nape dia yang jadi pilihan hatiku?

Dengan sepenuh perasaan cik giRang buat satu artikel yang menepati tajuk contest edisi pertama. cik giRang emailkan artikel tu hanya pada seorang. Tau-tau la sape kan..hehe.. Pastu cik giRang contact la si dia dan ceritakan pasal contest tu... dan bagitau dia cik giRang ada email sumthing kat dia. Dia yang waktu tu tengah busy sebab join IMGLAD programme cakap, bila ada kelapangan untuk online nanti dia cek email. cik giRang pon cakap ok tapi nya dalam hati ni berharap sangat dia bukak email dan baca artikel tu cepat-cepat.

Dalam dua atau tiga hari lepas tu Mr. Muncet mesej cakap tima kasih. Dia cakap dia terharu sangat baca apa yang cik giRang tulis tu. Pastu kitorang pon secara tetiba bertukar menjadi burung yang berada di taman yang sangat indah dipenuhi rama-rama yang cantik rupanya. cik giRang pon korek la cite dari Mr. Muncet.... nape cik giRang yang jadik pilihan dia? Dia jawab, " saya tak tau la kenapa.. yang saya tau, masa first time saya tengok awak dulu, saya rasa macam terkena renjatan elektrik... dan saya tau awak lah orangnya".

Ok..cukup sampai di situ... seterusnya....

Masa kak Dina wat announcement pasal contest edisi kedua ni, cik giRang bagitau la Mr. Muncet yang cik giRang nak masuk. Tapi cik giRang kene buat cite dari side dia, sebab dia yang terjatuh masa first time tengok cik giRang kan. Makanya cik giRang buat la artikel yang baru... dan cik giRang combinekan dengan artikel yang cik giRang buat sebelum ni. Pastu cik giRang emailkan pada Mr. Muncet yang waktu tu sangat la busy tapi diluangkan jugak sedikit masa untuk cik giRang.

Reaksi yang cik giRang dapat agak mengecewakan. Dia cakap tak puitis.. cite yang cik giRang buat dulu lagi best. cik giRang modify balik.. beberapa kali jugak tapi masih macam tu jugak jawapan dari Mr. Muncet. Pastu dia cakap, " takpe, awak publish je. Tak payah la paksa diri awak. Cite tu da best da". Masa tu tetiba je rasa nak nanges..sedih sangat! cik giRang mahukan reaksi yang sama yang cik giRang terima masa dia baca cite yang pertama tu.

Hilang sudah minat nak masuk contest Dina Halim Bridal Boutique. Yang ada di fikiran cik giRang waktu tu adalah nak olah kisah kami sampai Mr. Muncet meleleh air mata dan air idung bila baca kisah kitorang tu. cik giRang amek masa sikit..imbau balik kenangan kitorang..perbualan kitorang.. awal-awal perhubungan kitorang dulu. Pastu cik giRang mintak tolong adik cik giRang, seorang kaki novel untuk evaluate sepuitis mana cite cik giRang tu. Punya la banyak kali cik giRang modify dan suruh dia baca..sampai dia dah naik bosan da. Sampai la tahap dia mengangguk sambil senyum lebar dan tunjuk ibu jari, baru la cik girang puas hati.

Hasilnya, inilah kisah kami... sepertimana yang anda baca. Pastu cik giRang terus publish je. And bagitau si Muncet cite da siap. cik giRang publish terus je sebab malas da nak denagr komen dia yang lansung tak supportive. (padahal  dia punya la bagi sokongan padu..tapi sebab sakit ati ngan reaksi dia yang sebelum ni kan..hehehe)

Esoknya dapat mesej dr Mr. Muncet berkenaan cite kitorang tu. Dia cakap, owh~.. sangat indah..Ada part yang buat dia sangat tersentuh.. Paling best, dia bagi mesej, "Purrff...ffect!"

Tak puas ati lagi tu, cik giRang terus kol dia. Dan dengar suara dia macam tak bape nak keluar. Dia cakap dia suka sangat cara cik giRang olah kisah kitorang. Waktu tu cik giRang rasa tersangat la puas. Tak kisah la tak menang contest ni.. asalkan Mr. Muncet betul-betul suka dan tersentuh dengan kisah cinta kitorang sendiri. (^_^)

The rest, is history.. Maaf ye lambat bagi reaksi. Dah dua hari berlalu.. cik giRang tak tau nak cakap apa berkenaan hal ini... Baru hari ni ada idea nak tulis apa..

cik giRang dan Mr. Muncet nak ucapkan seinfiniti terima kasih buat Kak Dina dan suami beliau yang anjurkan contest ni dan jugak buat juri yang memilih kami sebagai pemenang. Moga Allah melimpah-ruakan lagi rezeki kalian. Dan jugak buat semua pembaca, terima kasih kerana singgah di sini dan baca coretan cik girang yang panjang.

Mohon doa kalian semoga dipermudahkan urusan kami dan diberkati perhubungan kami ini.. Tima kasih banyak-banyak. (^_^)