Malam sebelum hari nikah tu, cik giRang tolong la makcik-makcik isi telor dalam bunga telor..Seronok sangat buat kije ramai-ramai camtu. Tengah-tengah buat kije tu tetiba blackout. Gelap-gelita. cik giRang ngan kak ngah cik giRang pegi la umah makcik sedara yang satu lagi...tak jauh jugak la dari umah makcik sedara yang ni. Kesian kat anak-anak kakngah yang 3 orang tu..jadi mangsa nyamuk. Masing-masing duk takut gelap. Tapi tak lama jugak la blackout nye.. Bila da ada eletrik balik kitorang pegi balik ke situ and sambung buat kije.
Da dekat pukul 12 malam cik giRang dengar bakal pengantin bising-bising. Rupa-rupanya inai dia tak merah lansung. Tadi menumbuk daun inai dalam gelap. So cik giRang tolong la modify inai tu then pakaikan semula inai kat jari halus cousin cik giRang ni.
Esoknya... Mulanya cik giRang tolong cucuk bunga manggar dgn sorang lagi cousin lain. Pagi tu baru sedar bunga manggar tak cucuk lagi. Masa tu jugak la baru nak cari betik and batang untuk bunga manggar tu. Da setel tu cik giRang and cousin yang ni pegi la ke dapur. Tolong siapkan lauk pengantin. First time kot buat benda camni. Selama ni kalu pegi majlis kawen, juz duduk-duduk je.
Da siap touch-up and make-up lauk pengantin tu, cik giRang and cousin cik giRang tadi pegi la hantar lauk-pauk tu ke meja pengantin. Tetiba je kitorang in-charge untuk siapkan hidangan kat khemah pengantin. Jadik bidan terjun. Kelam-kabut kitorang. Da la dua-duanya tak pernah buat kije-kije camni. Pinggan untuk hidang pengantin takde. Sudu garfu entah ke mana. Da siap-siap tu tetiba pakcik cik giRang singgah kat khemah pengantin. Dia ni pernah buat caterer. Dia tanya la nasik mana. Baru la kitorang sedar nasik takde atas meja tu.
Rombongan pengantin da tiba dari masjid. Waktu tu kitorang kene marah ngan pakcik cik giRang tadi. Mana sudu? Air minum mana?Nasik tambah mana? Macam lipas kudung kitorang mencarik itu ini. Pengantin dan yang berkenaan da duduk da kat khemah pengantin tu untuk jamu selera. Tapi air minum masih lagi takde atas meja tu. Nasib baik la jugak pakcik cik giRang ni pandai melayan orang. Huhu...
So far, majlis berjalan lancar kecuali kat bahagian makanan vvip tu. Dan dari pertemuan tu kitorang update pasal majlis besar sepupu-sepupu yang lain. Setakat ni, bulan januari, mac, jun da dibooked oleh sepupu cik giRang. So dalam bulan yang 3 ni kitorang sedara-mara akan berkumpul lagik. And cik giRang da cop bulan 5 untuk majlis tunang kami nanti. Moga Allah permudahkan.. Ameenn..
Pengajaran yang cik girang dapat dari peristiwa ni...
Pengajaran yang cik girang dapat dari peristiwa ni...
- buat persiapan awal-awal
- asign tugas pada individu tertentu untuk hidangan pengantin, hadirin, interior deco, souvenir dsb
- sepakat antara ahli keluarga dan sedara-maraBila kita buat preparation awal-awal, takde la kelam-kabut.
0 coretan pembaca budiman:
Post a Comment
jejak perayau blog