Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Thursday, December 23, 2010

Kursus 'Keibuan'

Da abis blaja ni..sementara takde kije lagi cik giRang menjalani 'kursus keibuan'.. Hehehe.. cik giRang sebenarnya tak bape reti sangat nak handle budak-budak ni. Tapi since cuti long sem setahun lepas cik giRang mula menjinak-jinakkan diri ngan budak-budak. Sekarang ni cik giRang masih lagi nak enhance skill keibuan.. dengan menolong kak ngah jaga anak-anak dia.

Kak ngah tak duduk sekali ngan hubby dia.. Isteri pelaut la katakan..hehehe.. so last 2 weeks kak ngah dpt peluang naik kapal to be with her beloved hubby. Anak-anak dia 3 orang cik giRang nagn ummi yang jaga. Tapi ummi busy sikit menjahit tempahan baju.. so boleh kata cik giRang je yang handle bebudak ni sepanjang tempoh mama dorang takde.

Alhamdulillah..sumenye baik-baik aja... Nampak gayanya motherhood skills cik giRang da bertambah la kan...hehehe... Mandikan baby (almost 2 years)... pujuk-pujuk budak-budak tu to do sumthing... Seronok sangat main ngan budak-budak ni.. Bak kata mR. munCet, "bila bersama kanak-kanak, hati kita rasa tenang je.. Rasa seronok tengok gelagat dorang".

Satu malam tu, ummi tido awal sebab kurang sihat. Abah pon tido awal since kene serangan jantung dlu. cik giRang rasa penat sanagt ari tu. Tak tau la nape.. Masa tu cik giRang duduk kat ruang tamu luar ngan baby allani (almost 2 years). Tengok 'sesame street karaoke song'. Tetiba dia masuk ruang lepak kat dalam. Ingatkan dia duk tengok katun or main-main ngan kakak-kakak dia. Rupanya dia main sorang-sorang.. Main kiwi kasut pulak tu.. Masuk dalam mulut lagi tu!

Mulanya cik giRang ingatkan dia makan biskut oreo sebab ada hitam-hitam sikit kat mulut dia. Pastu tetiba nampak dia pegang kiwi kasut. Berderau darah cik giRang. Terus berlari amek kiwi kasut tu. Allani pulak terpinga-pinga. Cepat- cepat cik giRang korek-korek mulut dia. Masa tu memang rasa nak nanges sangat. Takut sangat kalu jadi pape.

Pastu bawak gi sinki dapur n gosok gigi dia sebab ada kiwi kasut sikit-sikit tu lekat kat gigi. Biasanya susuah nak gosok gigi budak ni. Asal nak gosok gigi je dia tutup mulut. Tapi malam tu dia ok je.. Mudah je nak gosok gigi dia.

Pastu cik giRang layan dia jap. Kalu dalam dada ni, tak terkata kuatnya debaran. Tak putus-putus doa mintak tkde jadi pape kat Allani. Dah la mama papa dia takde kat sini.huhuhu..

Tak lama pastu cik giRang masukkan dia dalam buai sebab mata dia da layu and da memang waktu untuk dia tido pon.. Allani da lelap da. Tetiba tak semena-mena buai tu jatuhu. cik giRang tak tau cmne buai tu boleh jatuh. Masa letak buat tu kat cangkuk dia tadi, buai tu da kemas. Meraung la budak tu. Ummi cik giRang terus je bangun dari tido. Marah-marah cik giRang sebab cuai. Kata ummi, "ummi anak 8 orang.. tak pernah sekalipon mana-mana anak ummi jatuh dari buai".

Allani da tetido semula tak lama pastu. Malam tu cik giRang tido ngan air mata berlinang. Rasa sedih sangat! Naseb baik la takde perkara buruk lain yang menimpa kat budak-budak tu.

Ari ni, Allani selsema. Baru kejap tadi badan dia n aik panas. Alliya pulak demam and diarhea. Tadi pagi Alliya muntah mencalung. Habis keluar semua isi perut dia. Mujur jugak la kak ngah ada bibik. So bibik la yang setelkan sume tu. hehehe..

Kak ngah takde kat umah. Dia pegi servis keta. Esok nak balik ke umah umi kat Pekan. Tinggal cik giRang, Allisya (7 thn), Alliya and Allani je. Dan jugak bibik. Sabtu ni ada jiran kat umah ummi kawen. Ahad ni pulak pagi-pagi buta kak nagh and 3 anak beliau akan ke Johor. Nak amek hubby dia yang baru turun kapal (baru dapat cuti). Pastu pegi jenjalan Johor la satu family. Sebab tu la kak ngah pegi jugak setelkan keta dia hari ni. Esok tak sempat da. Sian kat dia... sepuluh kali sekejap tipon untuk tanya keadaan anak-anak dia.

Alliya da semakin baik. Allani pulak tengah tido.. Harapnya semakin baik la jugak. Allani agak meragam tadi. Hidung dia lemas agaknya. Sian kat dia. Bayangkan kita yang da besar-besar ni punya la tanggung seksa bila selsema... ni kan pulak budak tak sampai 2 tahun macam dia. 

Harap-harapnya budak-budak ni makin baik la menjelang malam ni. Dan rasa-rasanya skill keibuan cik giRang da bertambah dah ari ni.. heehehe.. sebab berjaya bagi Allani makan ubat sedangkan dia punya la tutup-tutup mulut tak mau makan ubat tu. cik girang pakai shyringe (tau salah eja... tak ingat ejaan benda alah ni ). Sukatan ubat tu, 3... Tapi dua sukatan berjaya diluihkan dan yang berjaya masuk dalam perut dia tu hanya 1 sukatan ubat tu je. Kira berjaya la jugak tu kan..hehehe...

Kepada anda yang perempuan, silalah enhance skill keibuan anda dari sekarang. Kalu da kawen da ada anak pastu baru nak belaja cara handle budak-budak, susah tau. Kene banyak sabar.. Kene pandai amek hati budak tu. Kalu tak dorang taknak kat korang.

till we meet again ye readers.. tapi tak tau la bila sebab abg ngah da nak balik umah. Umah ummi pulak takde tenet. So cik giRang akan offline lagi nanti hingga tak tau bila.. 

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri kawen

Last sunday, cik giRang pegi kenduri kawen cousin cik giRang. Seronok sangat berkumpul ngan sedara-mara ramai-ramai. Budak-budak punya bising la berlari sana-sini bagai nak runtuh rumah tu.

Malam sebelum hari nikah tu, cik giRang tolong la makcik-makcik isi telor dalam bunga telor..Seronok sangat buat kije ramai-ramai camtu. Tengah-tengah buat kije tu tetiba blackout. Gelap-gelita. cik giRang ngan kak ngah cik giRang pegi la umah makcik sedara yang satu lagi...tak jauh jugak la dari umah makcik sedara yang ni. Kesian kat anak-anak kakngah yang 3 orang tu..jadi mangsa nyamuk. Masing-masing duk takut gelap.  Tapi tak lama jugak la blackout nye.. Bila da ada eletrik balik kitorang pegi balik ke situ and sambung buat kije.

Da dekat pukul 12 malam cik giRang dengar bakal pengantin bising-bising. Rupa-rupanya inai dia tak merah lansung. Tadi menumbuk daun inai dalam gelap. So cik giRang tolong la modify inai tu then pakaikan semula inai kat jari halus cousin cik giRang ni.

Esoknya... Mulanya cik giRang tolong cucuk bunga manggar dgn sorang lagi cousin lain. Pagi tu baru sedar bunga manggar tak cucuk lagi. Masa tu jugak la baru nak cari betik and batang untuk bunga manggar tu. Da setel tu cik giRang and cousin yang ni pegi la ke dapur. Tolong siapkan lauk pengantin. First time kot buat benda camni. Selama ni kalu pegi majlis kawen, juz duduk-duduk je.

Da siap touch-up and make-up lauk pengantin tu, cik giRang and cousin cik giRang tadi pegi la hantar lauk-pauk tu ke meja pengantin. Tetiba je kitorang in-charge untuk siapkan hidangan kat khemah pengantin. Jadik bidan terjun. Kelam-kabut kitorang. Da la dua-duanya tak pernah buat kije-kije camni. Pinggan untuk hidang pengantin takde. Sudu garfu entah ke mana. Da siap-siap tu tetiba pakcik cik giRang singgah kat khemah pengantin. Dia ni pernah buat caterer. Dia tanya la nasik mana. Baru la kitorang sedar nasik takde atas meja tu.

Rombongan pengantin da tiba dari masjid. Waktu tu kitorang kene marah ngan pakcik cik giRang tadi. Mana sudu? Air minum mana?Nasik tambah mana? Macam lipas kudung kitorang mencarik itu ini. Pengantin dan yang berkenaan da duduk da kat khemah pengantin tu untuk jamu selera. Tapi air minum masih lagi takde atas meja tu. Nasib baik la jugak pakcik cik giRang ni pandai melayan orang. Huhu...

So far, majlis berjalan lancar kecuali kat bahagian makanan vvip tu. Dan dari pertemuan tu kitorang update pasal majlis besar sepupu-sepupu yang lain. Setakat ni, bulan januari, mac, jun da dibooked oleh sepupu cik giRang. So dalam bulan yang 3 ni kitorang sedara-mara akan berkumpul lagik. And cik giRang da cop bulan 5 untuk majlis tunang kami nanti. Moga Allah permudahkan.. Ameenn..

Pengajaran yang cik girang dapat dari peristiwa ni...
  • buat persiapan awal-awal
  • asign tugas pada individu tertentu untuk hidangan pengantin, hadirin, interior deco, souvenir dsb
  • sepakat antara ahli keluarga dan sedara-maraBila kita buat preparation awal-awal, takde la kelam-kabut.
Mungkin orang yang datang tu tengok majlis berjalan lancar, tapi orang yang membuat kije tu la yang jadik macam lipas kudung tak cukup tak cukup kaki tangan buat kije untuk menjayakan majlis. Papepon, peristiwa ni memberikan peringatan buat cik giRang supaya lebih bersedia.. Bersedia lebih awal supaya majlis nanti berjalan lancar dan insan yang terlibat tak jadik kelam-kabut menyiapkan kije...

Wednesday, December 1, 2010

Bicara kanak-kanak

Apispudin: 7 tahun
Allisya: 7 tahun.
Alliya: 5 tahun
Abang long sebelah umah: 8/9 tahun

Apispudin & Allisya = sepupu
Allisya & Alliya = adik-beradik
Alisya & Abang long sebelah umah = jiran


Situasi 1
Dalam kereta, dalam perjalanan balik ke rumah


Allisya: Apis.. awak ingat tak ikan apa yang awak tangkap masa awak mancing dulu?

Apispudin: Ikan apa? masa bila?

Allisya: Ala..masa banjir dulu... Ada awak tangkap ikan yang boleh terbang tu.. yang mulut dia kat bawah tu..  Ikan apa tu nama dia?

Apispudin: Mana ada ikan boleh terbang..

Allisya: Ada la..ikan tu terbang dalam air. Kepak dia macam ni..(sambil depangkan dua tangan & kibas-kibas lagak burung tengah terbang)

Apispudin: Mana ada ikan boleh terbang la..

Allisya: Pastu awak amek ekor dia buat rotan... Apa nama ikan tu?

Apispudin: Haaa.. (mula mengingat sesuatu) Saya tau.. Ikan paaaariiiii..

Allisya: Ha..ikan tu! Ikan pari..


Situasi 2
Breakfast time


Allisya: Amekkan la cawan lain untuk kakak..

cik giRang: Cawan ada atas meja tu.. share je la...

Allisya: Mana boleh share! Nanti berjangkit nanti.. ( bibir muncung)

cik giRang: Berjangkit apa pulaknya? Mana ada sape-sape yang sakit..

Alliya: Nanti berjangkit air liur.. Abang long sebelah umah cakap..

Allisya: A ah. Nanti berjangkit air liur..pastu berjangkit air minum tu..

cik giRang: ... ( speechless )

p/s: Apispudin, Allisya & Alliya tu anak buah cik giRang. Hehe..comey kan pemikiran kanak-kanak ni  (^_~)