Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Sunday, November 4, 2012

Candle light dinner at home.

Peringatan: Entry ini panjang. Sila tarik nafas dalam-dalam dulu. Sekian, terima kasih.


Last Friday ada jamuan kelas. Setiap murid dijamu dengan KFC (cikgu malas nak masak). Disebabkan cikgu mendahulukan duit  untuk membayar KFC tersebut, makanya ada baki enam ketul ayam tu cikgula yang dapat. hehehe.. Seorang murid seketul ayam sahaja. Tu pon ada yang tak habis.


Akhir waktu sekolah, sebelum balik cik giRang bahagikan baki ayam tu dengan patner cik giRang, Kak Mas. Pastu cik giRang beli sebungkus ciken chop dari Kak Mas. Senang hati balik umah nanti tak payah masak dah kan..hehehe...


Bila dah solat dan selesai segala urusan di sekolah, cik giRang menaiki cik putih yang dipandu oleh si munCet. Kitorang terus pergi ke pusat servis sebab dah sampai masa untuk cik putih diservis. Kitorang duduk di ruangan menunggu bersama ponjotan makanan tadi. Tak lama lepas duduk kat situ, ada la sorang chinese boy ni datang duk sebelah cik giRang. At that time, munCet berada kat kereta memerhati macammana service man tu layan bini number 2 dia tuh.


Budak cina tadi, debab dan gebu yang amat. Geram cik giRang tengok. Dia ambek satu majalah pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. Pastu dia ambek  lagi satu majalah pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. Lepas tu dia ambek satu majalah lain pastu dia selak-selak. Pastu dia pandang cik giRang then dia letak balik majalah tu. cik giRang da rasa pelik. Kenapa pulak dengan budak ni? Pastu budak tu pergi kat ayah dia. Masa tu jugak munCet balik.


cik giRang pon cite la kat munCet pasal budak tu tadi. munCet buat wild guess, entah-entah budak tu bau KFC, sebab tu la dia datang, agaknya la kan. cik giRang cakap tak mungkin kot, sebab takde bau KFC pon. munCet pon cakap takde bau KFC.


Tak lama pastu si debab gebu datang lagi. cik giRang bagi la puding mangga baki jamuan tadi. Dia ambek, cakap thank you pastu terus pergi kat parents dia. Pastu dengar la cong ceng cong ceng in mandarin yang cik giRang memang tak paham. The only words yang cik giRang paham are 'thank you'. Pastu dengar si debab gebu cakap thank you banyak-banyak kali. Bila cik giRang pandang dia, dia cakap thank you lagi. After cik giRang cakap 'you are welcome', baru la dia senyap.


Si debab gebu makan puding mangga tu sekelip mata je. Tak lama pastu dengar lagi cong ceng cong ceng in mandarin yang cik giRang memang tak paham. Tapi dengar sesuatu yang berbunyi seperti KFC dari mulut si debab gebu.


Aaaa-sudaaaahh, memang dia datang belakang tu sebab bau KFC. Pastu dia duduk sebelah cik giRang lagi. cik giRang ignore je sebab tengah buzy snap picture resipi dari tak-ingat-majalah-apa keluaran tahun 2000. Pastu tengah selak-selak lagi tak-ingat-majalah-apa untuk tengok resipi lain, tetiba si debab gebu ambek handphone dari tangan cik giRang dan main. Sentap! Tapi diam je sebab anak orang kan. Parents dia duduk kat depan sana dan memang tak nampak apa yang berlaku. cik giRang perhati je si debab gebu tu.  Geli hati pulak sebab dia macam tak pernah tengok function camera kat handphone. Sempat pulak tu dia snap dua tiga gambar.


Tak lama pastu, parentsnye si debab gebu dah nak berangkat. Debab gebu dengan muka comelnya pon babai-babai cik giRang. Dan tak lama pastu jugak, cik putih siap diservis.


Sampai umah, cik giRang ajak si munCet untuk candle light dinner. cik giRang setup meja, munCet blur-blur ayam, tengah wonder things that I'm going to do.


Dekat umah ada dua panel, satu untuk pisahkan ruangan makan dengan ruangan memasak, satu lagi diletakkan depan pintu supaya bila buka pintu, orang luar tak nampak apa yg berlaku dalam umah. Tak perlu la cik giRang pakai tudung dalam umah kan. Dan bebas untuk berkuak lentang bergolek bagai dalam umah sendiri. Pintu perlu dibuka supaya angin boleh berlegar. Kalau tak nanti rasa terkempap dan rimas sangat.


cik giRang gunakan dua-dua panel tu untuk kepung ruangan makan supaya gelap. Then nyalakan lilin dalam pasu bunga kaca jernih then kitorag pon ber'candle-light-dinner'lah di umah aja. Kebetulan, di luar hujan dan suasana agak mendung. Makanya cahaya dari ruangan makan tu hanya bersumber dari seketul lilin tu.



Best tak candle light dinner?








Best! Tapikan yang, abang
tak nampak la ayam ni.
Gelap!








Laa..da namanya 
candle-light dinner, 
memang la cahayanya kurang!

The next day, munCet kerja. So cik giRang gorengkan nasik je untuk dia bawak bekal. Tengahari tu entah kenape rasa super malas nak masak. Pergi ke dapur cek barang-barang. Ahah! Dapat idea untuk masak something yang sangat simple dan mudah. Punya la malas kan...hehehe...


Prego Cheese & Herbs dicampurkan dengan Prego Carbonara Mushroom serta air rebusan kulit udang. Setelah didih, tambah udang tanpa kulit. Then bila nak makan, siram atas chifferi rigati yang siap dicelur. Hiaskan dengan daun ketumbar bagi nampak cantik, menggiurkan dan meleleh-air-liur-kan... (^_^)



munCet balik, makan dengan penuh berselera. Suka ati tengok munCet ngap ngap macam tu. (^_^)



Please pray for us, so that we would have everlasting love and happiness till jannah. Ameenn ya Rabbal 'Alamin.