Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Monday, October 29, 2012

Kari sotong rated... 9.3 over 10!

Waaaaaahh! Kembang sungguh ati ni. Pandai mR. munCet ambek ati bini dia ni eh. Juz now kan cik giRang bising-bising tak puas ati dengan bosnye si munCet. Tadi munCet balik, dia makan punya la ngap ngap ngap macam apa je.

Paling best, masakan cik giRang kali ni dirated sebanyak 9.3 per 10! Hohoho.. ni highest mark setakat ni. Biasanya cik giRang dapat 8, 8.5 la yang paling tinggi. Markah ari ni memecah rekod. Hohoho..senang ati... (^_______^)

Mulanya ingatkan munCe saja bagi markah lebih untuk pujuk bini dia ni. Tapi bila tengok balik cara dia makan, memang sunggug-sungguh punya makan. Tindak balasnya itu menunjukkan bahawa I deserved the marks given for today's meal... hoyyyeeehhhh!!! \(^____^)/

Antara aktiviti suami isteri yang kitorang buat ialah, cik giRang masak and munCet makan dan bagi markah. Ala-ala masterchef gitu. Hehehe... Setakat ni markah paling rendah ialah 7.5. Asalnya markah yang dia bagi tu 7 je, tapi bila cik giRang membulatkan mata sambil "HAAAA!" dengan sangat terkejut sekali, dia tambah setengah markah... hahaha...

Kalau nak tengok gambar masakan ari ni, sila refer entry sebelum ini disini.

munCet da kuar da ni. Dia pergi halaqah. Kesian dia, keluar umah sebelum pukul 7 pagi, balik tadi dah pukul 7.45pm. Ni da keluar semula pulak. Biasanya halaqah dia abis dekat pukul 12am. Balik lewat malam pulak. Hurm... Kesiannya my beloved wedded munCet.

Actually boleh je kalaunya si munCet nak skip halaqah ni, bukannya wajib pon. Tapi dia tak nak buat camtu. Katanya, nanti kalau da buat sekali, akan datang akan buat lagi berkali-kali pulak. Betul jugak tu. Benda negatif, kalau sekali kita buat, akan datang macam susah sikit nak elak dari buat benda tu. Lagipon bila join halaqah ni, kite boleh tarbiyah diri kite. At least rakan-rakan sehalaqah akan berkongsi banyak perkara bermanfaat yang boleh kite guna pakai untuk memperbaiki diri kite. (^_^)

Ok.. Tak mau gebang panjang-panjang. cik giRang nak senyum sengih sensorang menikmati kegembiraan hari ini. Hopefully bila munCet balik nanti, cik giRang tak tido lagi. Boleh la cik giRang menyuruk balik panel tu dan sergah dia bila dia masuk umah. Macam biasa-biasa yang cik giRang buat bila dia balik. Hehehe...


Please pray for us, so that we would have everlasting love and happiness till jannah. Ameenn ya Rabbal 'Alamin.

surat untuk bos incek munCet

Dear mr. Boss,

This is ur worker’s wife speaking writing. Why didn't my husband coming home for lunch today? I've cooked special meal for him. It's KARI SOTONG + SAYUR CAMPOR. I masak dengan tersangat bersemangat sebab I tau husband I suka kari. Kelam-kabut I tau sebab I takut our meal x siap sebelum mr. husband balik.  I siap blender limau sankis lagi tau supaya tekak husband I yang kering setelah penat bekerja tu basah kembali. Tak baik betul la U ni tahan husband I kat kilang tu. 

Semalam husband I rehat setengah jam je sebab U bagi kerja bertimbun-timbun kat dia. Terkejar-kejar dia balik umah sebab nak makan tengahari. Tu pon I tapaukan untuk U makanan tengahari jugak. Siap kasi air kotak soya sekali ngan sebijik buah epal lagi. I tau U lapar tak sempat keluar makan tengahari sebab tu I bungkuskan makanan tu untuk U. I kesiankan U tapi U pi tahan plak husband I ari ni... I tarik balik rasa kesian kat U tu.

            Hari ni I sangat sure husband I tak makan tengahari sebab nak siapkan kerja. Ni bukan kali pertama tau dia tak makan tengahari sebab kerja U tu. Husband I tersangat la komited ngan keja dia sampai mengigau-ngigau di tengah malam. Naseb baik dia ngigau sebut pasal nesta, transfer data. Siap dia mintak pc ngan I tau. Kalau dia sebut nama pompuan, dengan U sekali I kerjakan! Tido berdengkur hampir setiap hari sebab penat sangat. Sampai hati U treat ur very committed worker camni. 

            I marah sangat kat U. Dah la husband I cuti ari Jumaat ngan Sabtu je. Dua hari je cuti, sedangkan I dapat cuti lima hari. Apa ni bos?! I nak balik beraya kat kampung. Last time I balik, masa raya aidilfitri aritu, which was two months ago. Dah dua bulan I tak jumpa ummi abah I tau. I tak nak tau la bape lama U tak jumpa parents U. Sape suh U tak amek cuti.

            I tau la U tengah kekurangan orang skang ni. Cepat-cepatla pi carik orang. Kan senang, takde la U pon terbeban sangat dengan kerja yang berlambak-lambak tu. Kalau ada sesape yang tak puas ati ngan candidate pilihan U, U suh je orang yang tak puas ati tu buat kerja. Apa susah…

            mr. Boss, I hope U baca surat ringkas I ni sebelum husband I dapat tau pasal surat ni. Once bila dia tau pasal surat ni, confirm dia suh I delete. Pastu I kene marah. Sume U punya pasal la. Kalau husband I marah I, I marah U balik. Padan muka U.

            Last but not least, I tepekkan gambar kari sotong ngan sayur campor ngan jus oren home made ni. Biar air liur U meleleh-leleh macam baby yang tak dapat apa yang dia ngidamkan waktu berada dalam perut mak dia. Tengok puas-puas ye mr. Boss.

makanan sedap bos takleh makan.. :p


Yang benar,

Sunday, October 21, 2012

Comeback

Wow.. I haven't update this blog for such a looooong time...7 months had passed since I last updated this blog.. Kalau dinding umah, mau dah bersawang hebat da nih.. So many things had happened for the pass seven months. Pindah ke tempat baru, kerja baru, bertukar status, umah baru, kereta baru.. Where should I start first? Hurm... Okey, let's start with the first one..  


New Place.. New Job


Before this cik giRang ada mention yang cik giRang kerja di KL as an analyst. Eventhough hanya kerja kontrak untuk 6 bulan, banyak sangat kenangan terindah yang cik giRang dapat kat sana. My colleagues there are very friendly and funky. Hehe.. Rindu plak kat dorang sume. Sayangnya da lost contact dengan dorang.huhu... Abis kontrak on early March, then balik kampung lepak-lepak. Mulanya cadang nak carik kerja lepas majlis, tapinya rezeki kerja tu dah sampai dulu. Alhamdulillah for the unexpected working called.

Kerja baru, as an English teacher at an Islamic private school here in Skudai. Cakap English pon masih lagi berterabur kan, nak mengajar budak pulak.. huhu. It doesn't matter as life is a process of learning, from the very first moment till our very last breath. And it'll become more meaningful to share all the knowledge we have with others. Walaupon gajinya kecil, hanya separuh dari gaji yang diterima waktu kerja di KL, but I'm very happy with this job. I love doing it, teaching and interacting with kids. They are very wonderful. Their life is full with colours. And the best part, they spread the colours into my life as well. (^_______^)  



New Status: Single to Married


Zaman anak dara telahpon berlalu. Kini da jadik isteri orang. For the first two months of marriage life, whenever i looked at my husband, I'll wonder, is it true that I'm married now? Hahaha.. funny isn't it? Kehidupan lepas kawen masih belum begitu tersusun dengan baik. Masih lagi dalam adaptation stage. munCet kerja from Sunday to Tuesday, 7am to 7pm. Sampai umah da pukul 7.15pm. On Wednesday and Thursday, dia OT pulak. He send me to the school then terus pergi kerja. Biasanya balik pon pukul 7pm jugak, jarang balik awal. Machine problem all the time.. kalau machine tak buat hal, baru la dia balik awal sikit.

As for me, macam biasa la cikgu masuk kelas pukul 8am, tapi kene punch card before 7.40 am. Ada la beberapa kali lewat, heehe, sebab kerja KL dulu masuknya pukul 9am. Setiap hari Isnin dan Selasa, pergi kerja tumpang Kak Liza. Balik kerja, kalu tak tumpang Kak Liza, cik giRang tumpang Kak Ayu. Balik umah pukul 4lebih in the afternoon, lepak-lepak kejap then pergi masak untuk diner. munCet balik kitorang terus makan je. Lately, da mula jarang masak sebab too busy with KSSR. Yang tu, nanti la kemudian cik giRang cerita.

Umah baru, hehe... umah sewa je pon. Kereta baru, actually tu keretanya si munCet. Sebelum ni dia pakai saga. Saga tu pon ibu punya. Ibu turunkan kat munCet masa tahun akhir belajar dulu. Skang ni adik munCet da abis belaja, so kereta tu akan diturunkan kepada adiknya si munCet pulak. Makanya munCet pon carikla kereta baru. Yela kan..da kerja..da kawen.. kehidupan da mula stabil. Boleh la nak tangkap kereta baru. Paling best, dia daftarkan cik giRang as second driver! Weeehihuuuuuu!!!

Pasal wedding cik giRang tak citer lagi kan. Wait till the next entry la eh. So many things in the pass seven months to be shared here. Last but not least, cik giRang tepek 2 gambar wedding di sini. Enjoy looking at them! (^__~)