Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Wednesday, June 15, 2011

Sepasang warga emas..

Salam'alaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Banyak sangat benda yang berlaku. Meh sini cik girang nak citer pasal wedding cousin cik giRang.

cousin cik giRang ni laki. majlis pihak perempuan berlansung di Kuala Nerang Kedah and majlis di pihak lelaki berlansung di Mengkarak..err..tak pon Durian Tawar.. boleh plak terlupa cousin umah makcik ni kat mana..isshhh


Ok..first..majlis pihak perempuan. Perjalanan memang sangat lama sampaikan da penat tido dan sakit pinggang sebab duduk lama sangat. Kitorang duduk kat homestay. 4 buah kereta datang on friday and a bus yang bergerak pada hari jumaat malam tu. So people on bus sampai awal pagi sabtu tu la.

Homestay tu ada 2 bathroom je. Pagi sabtu tu plak 40 orang yang naik bas tu sampai and of course la dorang nak mandi kan before pergi berarak ke umah pengantin pompuan tu. So masing-masing pon que la depan pintu bilik air. Mana yang malas nak duk tercongok depan bilik air tu pegi lepak-lepak kat luar dulu.

Nak dijadikan cite..pagi tu sejuk. cik giRang ni, kalu bangun pagi dah terasa sejuk camtu, memang bercinta la nak pegi mandi. Duduk berbungkus dalam selimut.. kononnya nak kasik badan panas dulu. Tapi bila dah rasa suam-suam tu tak pegi mandi plak. Then anak buah cik giRang, si Allani tu mengaruk plak. Dah dibuat angin nak kat sorang tu je..and sorang tu je yang dia nak pagi tu adalah cik giRang.

Tak lama pastu angin si Allani beralih plak kat adik cik giRang.. so kesempatan tu la yang cik giRang amek utk siapkan diri. Malangnya que terlalu panjang. Dan pagi tu cik giRang telah memotong que sorang makcik ni sebab dia duk asyik bersembang. maaf ye makcik.

Kite patah balik ke beberapa puluh minit sebelum tu. Ada la sorang pakcik ni. Sejak turun bas lagi dia dah menapak ke bilik air tapi bilik air sentiasa ada orang. Sepuluh kali sekejap dia menjenguk bilik air tu. Dengar la dia bebel-bebel ape ntah.

Beberapa puluh minit selepas tu.. kakak cik giRang ni sakit perut.. sakit sesangat yang memang memerlukan toilet la. Akak cik giRang mintak tolong cik giRang que untuk dia. Punya la lama menunggu orang dalam bilik air tu keluar. ** bilik air combine sekali ngan toilet** sampai da pucat lesi da muka akak cik giRang ni.

Pintu bilik air terbukak. cik giRang pon panggil la akak cik giRang tadi. Sekali keluar, 2 orang daa.. Patut la lama sangat. Sepasang warga emas. Pakcik yang bebel tadi rupanya... dan jugak isteri dia. cik giRang ngan akak cik giRang berpandangan sekejap. Pakcik tu muka selamber buat dunno je and makcik tu plak tersenyum-senyum aje. Agaknye makcik tu segan ngan kitorang kot..

Tetiba rasa x rajin plak nak cite pasal wedding cousin cik giRang ni.. Apepon, wedding dorang ringkas je. Tak berlebih-lebihan la macam sesetengah orang buat. Nanti-nanti la cik giRang sambung lagi tentang kisah menarik yang berlaku sepanjang wedding 2 orang cousin cik girang yang berlansung hujung bulan 5 dan awal bulan 6 aritu.

Tata titi tutu.. salam ceria selalu. wassalam'alaikum wa rahatullah.. (^_~)