Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Tuesday, November 30, 2010

Istimewa buat wanita...Menarik!!!

Perempuan mana boleh jadi pemimpin.. Lemah dalam buat keputusan... Emosional... Bias.. Tak adil..

Ramai yang berpendapat camtu. Well...betul ke cakap-cakap tu sume?

Kalu nak tau kedudukan sebenar wanita dalam pentadbiran, datang la ke forum ini.

Women in Leadership from An Islamic Perspective.

Forum ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara. Below is the details of the program:
Tarikh : 2 Disember 2010 (Khamis)

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Tempat : Auditorium Blok C, Universiti Malaya Kampus Kota, Kuala Lumpur

Ahli panel:
  1. Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
    • Deputy Dean of International Islamic of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM 
  2. Yang Berusaha Profesor Madya. Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
    • Pensyarah di Universiti Sains Malaysia dan bekas Mufti Perlis. 
  3. Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Raihanah Abdullah.
    • Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh ditujukan kepada Encik Azmil Abrar di talian 03-2614 3013/ 012 – 611 1490 atau Cik Puteri Nurul Nawwar Najmi di talian 03-2614 3017/ 019 – 268 0782.

Oppss.. Lupa pulak nak kasi tau.. Forum ni dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui dua agensi di bawahnya iaitu NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dan Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA).

So, jemputlah hadir beramai-ramai ye. Sama-samalah kita menambah ilmu dan mengangkat martabat kaum wanita. Datang jangan tak datang! (^_^)

Sunday, November 21, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'




Pembuka kata pemula bicara


Buat julung-julung kalinya cik giRang masuk contest dan mendedahkan gambar dan nama sebenar di sini. Harap pembaca sudi membaca coretan yang agak panjang ni. cik giRang cuba sebaik mungkin untuk berkongsi keindahan yang dialami sepanjang tempoh dua tahun lebih perhubungan cik giRang dan mR. munCet terjalin. 

Maaf andai bait madahnya berbunga-bunga. Pabila cinta bersemi dihati, jiwa kan dihiasi taman indah diserikan burung-burung yang berkicau riang dan rama-rama yang cantik rupanya. Bunganya kan sentiasa menguntum mekar dan tak mungkin layu dengan izin Yang Esa. Kerana cinta itu sememangnya indah. Walau badai taufan melanda, kasih yang bersemi akan tetap dipertahankan, akan tetap dibajai supaya mekarnya mewangi hingga ke akhir nanti.


Gambar in black and white


2  AZ
“ ... saat terpandang wajahmu , bergetar seluruh kalbuku ,
dalam sedetik waktu , kau mencuri sekeping hatiku ...”

Gambar ni di snap oleh kak Fiha pada majlis penghargaan untuk committee 'Sambutan Perayaan Seni Silat Cekak Malaysia ke 42 & 43' pada 2008. Ni kali pertama ambil gambar berdua. Waktu tu cik giRang nak pinjam hard disk mR. munCet. Tengah malu-malu segan-segan bercakap tu kak Fiha panggil and snap picture ni.


Esei


Ceritera cinta dua insan. Mereka dekat namun masih terlalu jauh di antara satu sama lain. Mungkin pernah berselisih bahu di jalanan yang sama, namun masih lagi tidak menyedari kewujudan diri masing-masing.

Azlan.. Seorang yang agak ‘nerd ’. Rambut belah tengah cermin mata berbingkai tebal. Telah lama menyendiri dan masih belum bersedia mencari pengganti. Baginya, wanita yang selepas ini nanti akan menjadi yang terakhir di hati, menjadi suri yang menyinari kehidupannya dan juga ibu buat zuriatnya di kemudian hari. 

Azmiza.. bertudung labuh, jalan menunduk dan bermata kuyu. Sedang kecewa dan patah hati.. membawa diri setelah mengetahui insan yang disayangi menduakan dirinya. Ada yang mendekati memberikan janji, namun ditambahkan lagi kunci mangga serta dirantai kemas seluruh pelusuk hati. Tak mahu lagi dibuka melainkan hanya untuk lelaki yang bergelar suami. 

Segalanya telah tersurat di Luh Mahfuz. Mereka sangatlah dekat namun masih terlalu jauh.Sepanjang dua tahun tempoh pengajian di pusat matrikulasi yang tidaklah sebesar mana, tidak pernah sekalipun mereka berjumpa. Di kampus utama, kulliyyah mereka hanya bersebelahan, namun masih  tidak pernah bersua muka. Namun, satu hakikat yang tidak mereka sedari, takdir sentiasa mendekatkan mereka. 

Ketika berada di pusat matrikulasi, si gadis menjadi ‘assisstant head committee’ untuk biro kebajikan bagi program “Go Martial Art ”. Tanpa disangka, si jejaka juga terlibat sebagai peserta mewakili persembahan dari Persatuan Aikido. Mereka di atas padang yang sama, namun langsung tidak menyedari kehadiran masing-masing. Masakan tidak, di saat si gadis berlari-lari mencari ‘Dettol ’ yang diminta oleh seorang ahli persatuan taekwando yang tercedera tangannya, si jejaka sedang melakukan persembahan di atas padang. Setelah puas menjejak barang yang di cari dari satu kedai ke satu kedai yang lain, si gadis kembali ke situ. Di saat itu, si jejaka telah pun selesai melakukan persembahan dan hilang tenggelam di dalam lautan manusia yang membanjiri padang tersebut. 

Ketika berada di semester pertama tahun pertama pengajian mereka di kampus utama, mereka berada di dewan yang sama tatkala menguruskan pinjaman PTPTN. Mungkin duduk berdekatan, mungkin juga berjauhan. Ketika di tahun pertama semester kedua pengajian, si jejaka menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Dia kemudiannya menyertai Kelab Pemikir Muda. Enam bulan belalu. Terlalu banyak kelab dan persatuan yang ada di kampus tersebut, namun hati si gadis terdetik untuk menyertai kelab dan persatuan yang sama dengan si jejaka.  Namun, mereka masih lagi tidak bersua muka dan tidak mengetahui kewujudan masing-masing. 

Sehinggalah ke saat itu, tatkala si jejaka terpandang si gadis muncul di depan mata.

Kelab Pemikir Muda membuka ‘booth’ untuk mempromosikan program yang bakal diadakan. Semua yang menjadi ‘committee’ diwajibkan menjaga ‘booth’. Si jejaka ditugaskan di bahagian ‘preparation and technical ’. Si gadis yang baru sahaja menjadi ahli kelab tersebut ditugaskan di bahagian ‘special task’. 

Sepertimana ketetapan Yang Maha Esa, di saat itu ketika si gadis sedang melangkah menaiki tangga untuk ke ‘booth’ itu, si jejaka sedang memandang ke arah tangga yang sama sambil melayan kebosanan menjadi penunggu setia di booth’ tersebut. Pada saat matanya tertancap di wajah si gadis, dia terpana. Terdiam, tergamam, terkaku seketika. Terasa seperti dipanah petir. Ibarat bumi tidak lagi berputar. Masa seolah-olah terhenti. Kelibat manusia yang berjalan di sekeliling hilang lenyap. Tiada lagi suara hingar-bingar dari manusia yang lalu-lalang di situ. Sunyi sepi. Yang terlihat di matanya hanyalah gadis itu. Yang wujud di dunia pada saat itu hanya dia dan gadis itu. Hanya mereka berdua. Degup jantung dua kali ganda derasnya. Si gadis  masih tetap melangkah. Perlahan... dengan menundukkan pandangan matanya. 

Gadis itu di situ, tidak jauh darinya.  Dicuri pandang si gadis. Mengapa sebegini rasa di jiwa? Sungguh hebat ianya bergelora, ibarat lautan dilanda taufan. Gelora di jiwa perlu diselidik puncanya. Dicapai salah satu buku yang tersusun kemas di atas meja lalu dikuatkan hati untuk menyapa gadis itu. Digagahkan kaki mengatur langkah menuju ke arahnya. 

Suaranya seperti tersekat di kerongkong tatkala menyapa gadis itu.. Diajukan pertanyaan sama ada buku ditangannya itu adalah milik si gadis atau tidak. Dilihat mata gadis itu terarah ke buku tersebut. Seketika kemudian si gadis mengangguk. Terkelu seketika lidahnya. Buku berwarna kuning itu dicapai secara samberono saja. Sungguh tidak disangka gadis itu pemilik buku kecil tersebut. Hajat asalnya hanyalah untuk mencari ruang berbicara dengan si gadis. Lantas diutarakan rasa hati untuk meminjam buku tersebut. Terlihat olehnya anggukkan si gadis beserta segaris senyuman di bibir mungilnya. Si gadis lantas berpaling dan berlalu, menghilang disebalik lautan manusia yang berpusu-pusu mengejar waktu.
______________________________________________

Azlan berjalan perlahan. Tak nampak.. rabun.. cermin matanya patah dalam kelas latihan silat semalam. Terserlah senyuman manis di bibirnya. Kaki melangkah menuju ke ‘booth’. Terlihat olehnya dua susuk tubuh di situ. Terkejip-kejip matanya memandang. Semakin dihampiri, semakin dia menyedari. Gadis itu.. Ya...gadis itu. Gadis yang dilihat 3 hari yang lalu. Debaran di dada kian menggila. Ucapan salam diberi. Masih menguntum senyuman, menahan amukan perasaan yang menyesakkan dada. 

Azmiza sedang berbual dengan kak Dayah, senior yang agak rapat dengan dirinya ketika jejaka itu menghampiri. Kak Dayah memperkenalkan jejaka itu. Sekilas dia melirikkan pandangan. Dihadiahkan senyuman dan kembali menunduk menggunting ‘handbill ’ untuk diedarkan kepada pelajar yang lalu lalang di situ. Telinganya disapa suara mereka namun butir bicara mereka tidak diendahkan.

Azlan mengambil peluang untuk menegur gadis itu. Gadis yang telah membuatkan dirinya umpama terawang-awang di angkasaraya. Perlahan dia menyapa, “ boleh saya tolong? ”. 

Azmiza mengangkat muka. “ Nak tolong ke? Tolong gunting ‘handbill ’ ni boleh tak? ”. Diunjukkan gunting dan kertas kepada jejaka itu. Dia mengangguk. Mencapai gunting dan kertas ‘handbill ’ lantas dibawa dekat ke matanya. 

Azmiza pelik. Kenapa sampai begitu sekali? Dia tak nampak ke? Terdengar sapaan kak Dayah, “ hati-hati Lan. Jangan sampai tergunting jari ”. Berkerut keningnya mendengar pesanan itu. Dialihkan pandangan ke arah seniornya itu.

“ Lan ni rabun. Cermin mata dia patah. Bukannya dia nampak sangat tu ”, jelas kak Dayah. Azmiza mengangguk. Dilihatnya jejaka itu. Bersungguh-sungguh dia menggunting kertas tadi. Terbit rasa bersalah di hatinya.

Terdengar gemersik suara gadis itu. “ Awak, awak lipat ‘phamplet ’ ni la. Nanti luka pulak tangan awak ”. Dilihatnya gadis itu. Azlan sekadar tersenyum dan mengangguk. Sedikit terharu kerana gadis itu mengerti keadaannya.

Hanya setakat itu. Tiada lagi butir bicara. Masing-masing menyepi. Sudah beberapa hari berlalu. Si jejaka cuba memikirkan cara untuk mendekati si gadis yang telah mengganggu lenanya di malam hari. Dirisik soal si gadis daripada senior yang rapat dengannya. Dari situ dia mengetahui bahawa si gadis tidak berhubung dengan lelaki melainkan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan soal pelajaran dan tugasan kelab atau persatuan. Buntu. Dia juga bukanlah jenis yang berhubungan dengan perempuan tanpa sebarang urusan kerja. Bagaimana mungkin dia menghulurkan salam perkenalan? Sedangkan tatkala melintas gadis itu didepan mata, hati jadi tidak keruan jiwa bertambah gundah-gulana.

______________________________________________

Azmiza menggumam dalam hati. Kene buat ‘backdrop’ pulak. Kalau ada power point 2007 best jugak nak buat ‘backdrop’.  Banyak ‘features’. Dilihatnya jejaka itu. Budak ‘nerd ’ cermin mata patah tempoh hari. Junior aku kot. Muka macam budak-budak je. Dia ni selalu bagi orang pinjam laptopdia tu. ‘Laptop’ dia ada ‘Microsoft Office 2007’ tak eh? Agak-agaknya kalau aku nak pinjam la kan, dia kasi tak? Tanya je la dulu. Lagipon ‘junior’, muda dari aku. Buli aje budak tu. He he he..

Perlahan dia berjalan mendekati jejaka itu.

Azmiza:    Awak, ‘laptop’ awak ada ‘Microsoft Office 2007’ tak? Kalau saya nak pinjam ‘laptop’ awak boleh tak? Nak buat ‘backdrop’ untuk program ni. ‘Power Point 2007’ banyak ‘features’.

Azlan:       …(tergamam seketika) Er.. Boleh. Awak.. hmm..  nak guna bila?

Azmiza:     Hari ni la. Kan programnya esok. Kalau saya bawa balik boleh tak? Esok saya pulangkan.

Azlan:       …(mengangguk dan tunduk membetulkan cermin mata) Hmm.. boleh.

Azmiza:     Nombor telefon awak? Apa-apa hal nanti senang nak contact.

Azlan:        019-7977XXX

Azmiza:     Saya ‘misscall’. Kalau awak tiba-tiba ada hal nak guna ‘laptop’ ni, bagitau la eh. 
Esoknya..

Huh! Da lambat! Terkocoh-kocoh si gadis berjalan sambil memangku ‘laptop’ milik si jejaka dengan hanya sebelah tangan. Tangan kanannya berlari-lari atas papan kekunci dan sekali-sekala memegang sisi ‘laptop’ untuk menstabilkannya. ‘Final touch-up’ sebelum ‘backdrop’ ditayangkan sepanjang program nanti. Setibanya di tempat program dijalankan, si gadis terus menuju ke dewan. Duduk di ruang hadapan sekali memangku tugasnya sebagai pembantu penceramah. Menekan butang ‘enter’ setiap kali diminta. 

Program telah berakhir. Terlihat di pandangannya kelibat si jejaka. Tuan punya ‘laptop’, budak ‘nerd ’ itu. Perlahan dia mengatur langkah mendekati jejaka itu.

Azmiza:    Awak...err..mintak maaf ye..

Azlan:       Kenapa? Eh..mana ‘laptop’ saya?Awk ada bawa kan?
 
Timbul idea nakal untuk mengenakan si jejaka. Dia mula memainkan peranan.

Azmiza:    Err.. ‘laptop’ awak...er.. Tadi saya pegang ‘laptop’ awak macam ni (sambil menggayakan caranya memangku ‘laptop’ si jejaka tadi). Pastu kan.... (lama dia mendiamkan diri sambil menggigit jari. Membuat muka bersalah.)

Azlan:     Kenapa awak? ‘Laptop’ saya jatuh ke?

Si gadis berjeda seketika. Hatinya girang tidak terkata. Dalam hati dia menyanyi..”ikan da makan umpan. He he he..”.

Azmiza:    Mintak maaf awak...mintak maaf sangat-sangat.

Bersungguh-sungguh si gadis meminta maaf. Kemudian dia berlalu. Tak tahan melihat wajah cuak si jejaka. Terasa sakit perutnya menahan tawa. Si jejaka memanggil sambil mendekatinya. Lantas dia berpaling sambil tersenyum nakal. Alahai...kesian plak tengok wajah jejaka itu.

Azlan:       Awak, jatuh teruk ke? Mana ‘laptop’ saya wak?

Azmiza:    Tak  la.. tak jatuh pon. Ada kat dalam dewan tu.

Azlan:       ... (terdiam) Awak tipu saya?

Azmiza:    Tak la..saya datang minta maaf je sebab tak kasi awak terus ‘laptop’ tu. Dorang suruh guna ‘laptop’ awak je untuk program tadi. Senang sikit sebab ‘backdrop’ pon da memang ada dalam ‘laptop’ awak. ‘Sorry’ tak bagitau awal-awal. Awak sendiri yang beranggapan ‘laptop’ awak tu jatuh. Saya takde pon cakap macam tu.

Si gadis berlalu pergi. Kasihan pulak tengok jejaka itu terpinga-pinga. Sedikit sesal kerana mengenakannya begitu. Entah mengapa jejaka itu menjadi mangsanya. Kebiasaannya, dia tidak menegur yang berlawanan jantina. Sengaja menjauhkan diri, mengelak dari didekati. Menutup segala peluang yang memungkinkan hatinya terluka lagi. Sememangnya semenjak memendam luka ditinggalkan dahulu, dirinya menjadi seorang yang nakal. Hampir semua orang disakatnya, tetapi itulah pertama kali yang berlawanan jantina yang menjadi mangsa. Hakikatnya, hanya Allah yang mengetahui keadaan sebenar hatinya. Remuk redam. Menangisi perpisahan lalu. Gurauannya bersama yang lain sekadar untuk mengurangkan pedih di hati. Siang hari dia tertawa riang gembira namun di malam hari berderaian air matanya menangisi parah di jiwa.

Si jejaka terdiam. Dia kenakan aku ke? Tergamam dirinya. Semalam tatkala dihampiri gadis itu, terasa seperti hendak luruh jantungnya. Tidak dinafikan, hatinya sememangnya gembira. Tidak terluah dengan kata-kata. Umpama bulan jatuh ke riba. Umpama mengantuk disorongkan bantal. Kesempatan untuk berhubung dengan gadis itu sememangnya dicari dan dinanti-nanti. Pucuk dicita ulam mendatang. Tidak perlu dia bersusah-payah kerana gadis itu sendiri yang mendekatkan dirinya. Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadhrat Yang Esa.

Semenjak itu, mereka terus berhubung. Semakin rapat. Semakin erat. Si jejaka sering menjadi mangsa sakatan si gadis. Seringkali juga dia mengenakan kembali gadis itu.

Setelah hampir tiga bulan bersahabat barulah si gadis mengetahui usia sebenar jejaka itu. Mereka sebaya. Si jejaka hanya 13 hari lebih tua darinya. Rasa malunya tidak terkata. Tidak pernah dia begitu terbuka berbual dan bergurau senda dengan lelaki yang seusia dan lebih tua darinya.

Si gadis merasa sungguh selesa apabila bersama si jejaka. Dia senantiasa berada di sisinya. Dicurahkan rasa hati kepada jejaka itu. Segala kekecewaan lalu dikhabarkan kepadanya. Tangisnya digantikan dengan tawa. Pilunya ditukar dengan bahagia. Luka dihatinya terubat dengan kata-kata nasihat dan perilaku yang sangat berhikmah dan berhemah dalam menegur segala kealpaan dan kesilapan dirinya. Perlahan-lahan dukanya menghilang.

November 2007, si jejaka meluahkan rasa hati. Si gadis terkejut. Luka lama masih belum sembuh, peritnya masih lagi terasa. Bagaimana mungkin dia menerima lelaki itu? Bimbang mengguris hati si jejaka, dengan berhati-hati dia menyusun kata menolak keinginan jejaka itu. Cukuplah kekecewaan lalu. Dia hanya ingin serahkan hatinya buat lelaki terakhir yang berada di hatinya nanti, hanya buat seorang insan yang bergelar suami. Si jejaka hampa. Dia diam menyepi, menghilangkan diri.

Walang sungguh hati si gadis. Tidak terniat lansung untuk mengguris hati jejaka itu. Sungguh! Malah dia telah berjanji dengan dirinya untuk tidak mengecewakan hati sesiapa sebegitu kerana dia sendiri telah merasa sakitnya dikecewakan. Sakit..pedih..perit.. perkataan itu masih belum cukup untuk menjelaskan rasanya yang sebenar. Jejaka itu menyepi mendiamkan diri. Lansung tiada khabar berita. Hidupnya mula terasa sunyi. Dia mula dipamit rindu. Terlalu ingin mengenakan jejaka itu seperti selalu. Ingin dikenakan jejaka itu seperti dulu.

Saat itu dia tersedar, dia telah terjatuh lagi. Fikirnya selama ini, hatinya kemas tertutup rapi sehinggakan tidak mungkin ada mana-mana lelaki yang mampu menyelinap masuk ke ruang hatinya lagi. Ternyata dia silap. Tidak disangka hatinya telah dicuri jejaka itu. Entah bila masanya dia pun tidak tahu. Dia terlalu ingin menegurnya. Terlalu ingin mendengar khabar berita darinya. Namun dia malu untuk memulakan bicara.

Hampir dua minggu kemudian, si jejaka kembali menghubungi si gadis. Tali persahabatan dihulur kembali, dengan harapan si gadis masih sudi berhubungan dengannya. Tak mengapa cintanya ditolak, asalkan persahabatan masih tetap terjalin dan itu sangat sudah memadai baginya. Si gadis tersenyum. Mana mungkin dia menghindar. Semenjak jejaka itu menyepi, hidupnya ibarat kucing kehilangan anak, resah gelisah setiap masa. Makan tak lalu tidur tak lena. Tidak disangka sekali ini hatinya terpanah oleh keikhlasan jejaka itu hinggakan tanpa sedar membuahkan rasa cinta di jiwa.

Baginya, si jejaka merupakan anugerah yang amat istimewa. Jejaka itulah satu-satunya insan yang berjaya menerobos masuk dan mencuri hatinya tatkala dia sangat berjaga-jaga mengawalnya. Hati yang remuk redam penuh luka dan calar-balar diubati dengan sabar, prihatin dan penuh kasih sayang. Jejaka itu umpama pelangi indah kurniaan Allah yang menceriakan hidupnya setelah dilanda gelap mendung hujan berpanjangan. Dialah mentari yang menyinari hati, menghidupkan jiwa dan menyuburkan kehidupan dengan nasihat serta teguran yang disampaikan dengan cara yang sangat berhikmah. Jejaka itu berpanjangan membawanya ke arah kebaikan. Memimpin hatinya untuk lebih dekat dengan Tuhan. 

 Dua bulan kemudian, si jejaka kembali meluahkan rasa. Sengaja si gadis memohon sedikit masa untuk memikirkannya. Dia ingin melihat sejauh mana jejaka itu sanggup bersabar menanti dirinya.

Tanggal 11 Februari 2008, si gadis memberikan jawapan. Sudah pasti dia menerima jejaka itu, kerana dia tahu jejaka itu telah lama bertahta di hatinya.  Si jejaka gembira bukan kepalang. Inilah insan yang diinginkannya sebagai suri permata hati. Dia tahu itu, dia menyedari hakikat itu sejak pertama kali melihat si gadis. Dialah insan yang akan mewarnai hari yang mendatang. Bakal ibu buat zuriatnya nanti. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Yang Esa kerana menemukan kebahagian buat dirinya.


Sudah berapa lama hubungan percintaan kami berjalan?


11 Februari 2008, hari pertama kami memulakan perjalanan hidup kami sebagai pasangan kekasih. Di saat entry ini dipublish, usia perhubungan kami sudah melangkau 2 tahun 9 bulan. Jangka masa terkini yang lebih tepat boleh dirujuk di side bar blog.

Jauh di sudut hati, cik giRang menyimpan impian untuk memateri ikatan kami pada 11 Febuari 2011.

Pertamanya, pada tarikh tu nanti, genap 3 tahun kasih kami bertaut.
Di hari pertama tahun ketiga perhubungan kami terjalin, kami membuka lembaran baru kehidupan kami sebagai sepasang suami isteri. Indahnya!

Keduanya, kerana tarikhnya yang sangat cantik --11.02.2011--
Angka tahun 2011 bila ditimbal balik menjadi angka tarikh 11.02. Sangat mudah untuk diingati.

Dan yang ketiganya, tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat. 
cik giRang terbaca surat khabar Kosmo pada 25 September lepas, ada satu ulasan berkaitan dengan tarikh kahwin mengikut perspektif agama oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut. Menurut beliau, walaupun Islam tidak melarang umatnya menetapkan tarikh perkahwinan, waktu yang terbaik ialah pada petang Jumaat selepas Asar.

Makanya, ulang tahun kami yang ke-3 nanti yang jatuh pada hari Jumaat, 11.02.2011 merupakan detik yang sangat sesuai untuk mematerikan  lafaz sakinah yang bakal membawa kami ke perhubungan yang lebih diberkati dan diredhai Allah. Tarikh yang sangat cantik untuk memulakan hari bahagia kami berdua.

Namun ianya agak mustahil kerana masa yang ada agak suntuk untuk membuat persiapan sementelah masalah kewangan yang dihadapi kerana cik giRang baru sahaja tamat belajar dan mR. munCet masih belum memperolehi pekerjaan tetap. Dan agak mustahil juga untuk keluarga kami bersetuju dengan tarikh tersebut memandangkan keadaan ekonomi kami yang masih goyah begini. Oh... tabahlah hati bersabarlah diri. *sigh*


Gambar pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran saya


Pelamin Chic Garden ( Pelamin 1 Panel + 2 )

cik giRang suka pelamin ni sebab pelamin ni simple but very nice. Gabungan geometry shape yang sangat menarik. Gubahan bunga yang berbentuk sphere, balang silinder, silang pangkah pada 2 panel di tepi pelamin tu dan pelamin tu sendiri yang berbentuk square. Konsep garden ni nampak segar. Tapi cik giRang lagi suka kalau kerusi tu berwarna putih dan ada shape triangle ( kerusi tu tinggi di bahagian tengah) dan tabir pelamin tu warna apple green jugak (sama mcm balang bunga tu) di gabungkan dengan hijau pucuk pisang dan pada tiang panel pelamin tu ada silang pangkah ( macam 2 panel kat tepi pelamin tu ). Suka..suka..sangat suka! Akan cik giRang bincangkan bersama ummi abah dan mR. munCet. (^_~)

Penutup bicara


Contest ni telah membawa kami kembali ke saat bermulanya perhubungan kami. Satu perkara yang sangat tidak di sangka-sangka, kami sebenarnya sangatlah dekat selama ini, namun masih terlalu jauh di antara satu sama lain. Sehinggalah ke saat itu. Kalau tak kerana contest ni, belum tentu lagi kami akan mengenang kisah ini. Sejujurnya, segala yang dicatatkan di sini hampir luput di ingatan kami. Hampir hilang ditelan waktu. Satu yang pasti, contest ini telah mengembalikan kami kepada kenangan indah itu.

Sekali lagi, seinfiniti ucapan terima kasih buat kak Dina Halim (http://dinahalim.blogspot.com/) dan suami beliau (http://sebumbungfotografik.blogspot.com/) kerana telah menganjurkan contest ni. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk kami mengurangkan bebanan kos perbelanjaan perkahwinan yang bakal menjelang nanti. Sesungguhnya, begitu besar maknanya contest seperti ini buat kami.

Terima kasih jua buat pembaca yang sudi bertandang dan menyelami kisah ini. Maaf dipinta seandainya kalian merasa penat membaca coretan kisah kami. Well, great thing takes time... isn't it? Begitulah perhubungan kami. Mohon doa kalian, semoga dipermudahkan urusan kami dan semoga perhubungan ini diredhai dan diberkati Ilahi.

Dan akhirnya, istimewa buat yang tersayang yang telah memberi keizinan untukku pamerkan wajah kami serta sudi berkongsi segala rahsia hatinya di sini. Penghargaan yang tidak terhingga buatmu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadaku. Terima kasih atas cinta yang kau curahkan untukku. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, memberkati segala usaha kita dan meredhai tautan kasih kita. Moga di hari tuaku nanti kau masih di sisi menemaniku dan mewarnai hariku dalam menanti pengakhiran masa kita di dunia ini.

Ameen.

Thursday, November 11, 2010

M-TeST KPLI

sebelum ni cik giRang ada citer yang cik giRang tak nak jadik cikgu. tapinya cik giRang isi jugak borang KPLI. kalu nak tahu citernya sila klik sini.


cik giRang agak cuak skang ni..x tau ape jenis soklan yang akan ditanya masa  M-TeST nanti. so cik giRang tanye la incek gugel. dan incek gugel sangatla hebat kerana telah menyenaraikan seberapa banyak info yang berguna buat cik giRang menghadapi M-TeST nanti.


kat cni cik giRang share my findings dgn sume.. tima kaseh pada incek gugel...dan jugak kpd owner-owner blog ini yang sudi share info.


To all deary readers, cik giRang kasi link findings cik giRang pada korang sume. Kalu nak tau lebih lanjut, cek la link ni. Credits goes to them yang sudi berkongsi ilmu.


Semakan Panggilan MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011

contoh soalan kuantitatif,analitikal,verbal,bahasa inggeris dan insak

MTEST KPLI DAN CONTOH SOALAN

MTeST (Malaysian Teacher Selection Test)

Peperiksaan KPLI

Good luck and all the best kepada sume yang bakal amek M-TeST sabtu ni... Moga Allah mempermudahkan urusan kita semua.


till we meet again  (^_~)

Tuesday, November 9, 2010

Jaga Pengenalan Diri


Supposely cik giRang jadik tikus putih untuk kawan cik giRang, cik ciken for her master's project experiment.. Tup tup dia call kata proses men'tikus-putih'kan cik giRang cancel. Cik giRang takde la kisah sangat pon cancel ke tak.. Kalu jadik cik giRang datang je.. Kalu tak jadik cik giRang lepak bilik je..hehehe


Apa yang cik giRang kisahkan sangat ni... ialah sebab apa proses men'tikus-putih'kan cik giRang tu cancel. cik ciken punya IC, matric card (which is also her bank card ) and her license hilang. Tapi yang peliknya, duit tak hilang plak.. hurm... 


Nampak sangat la si pencurik tu memang nak ambek 3 benda ni je. Sebabnya ketiga-tiga card tu disimpan di tempat berasingan.  Kesian cik ciken. Dah la nak gi buat pasport ari ni... Masa da makin suntuk.. ( she's going to Qatar **kalu x silap la** to present her previous final year project)


So right now cik ciken kene pegi bank untuk block any access to her bank card. Pastu kene gi balai polis untuk report on the missing of those three vital cards. Pastu kene pegi Jabatan Pendaftaran Negara untuk report her missing Identification Card ( IC ) and buat baru. Then kene pegi JPJ untuk buat lesen baru.


Teringat pulak citer sorang lecturer cik giRang ni. She was looking for a job back then. Kalu tak silap cik giRang dia kene ragut. Gone through all 'after-being-snatched' process like above. Pastu tak lama lepas tu dia dapat kije.


Tapi masalah lain pulak timbul. Dia tak dapat buat kwsp account sebab dah ada satu active kwsp account menggunakan her IC no. So dia pon gone through some process sebab kewarganegaraan dia diragui. **two different people with the same unique ID.. confirm la salah satu tu penipu or dua2 penipu**


Kedua-dua yang mengunakan ID yang sama ni kene siasat. Pastu dia lepas sebab memang sah-sah  la ID tu  dia punya. The other person ditangkap sebab menggunakan ID palsu dan bukan warganegara.


Pengajarannya di sini... Jagalah harta peribadi kita. Mungkin skang ni kita tak terasa sangat kepentingan ID ni.. But once you lost it, memang hidup tak senang hati tak tenteram la sebab  kita dah jadik  PATI di negara sendiri dan kita tak tau sapa yang amek ID kita tu... dan dia guna ID kita untuk apa. Noted that ramai yang menjadik mangsa keadaan bila ID mereka dicuri dan digunakan untuk tujuan yang salah dan tuan punya ID yang terpaksa menanggung akibat. **google for identity theft case kalu tak pecaya**


cik giRang ada cakap pasal identiti theft before but in the virtual world perspective and it is very brieft. Klik sini untuk baca. InsyaAllah next time cik giRang cakap pasal cara nak hardened you system from being access. Hah..tak paham? Ok...cara camne nak kuatkan sistem pertahanan kat laptop or social network account dari kene hack by unknown. Sebab sekarang ni ramai sangat yang telah menjadik mangsa kat social network site ni tak kita la myspace ke facebook ke twitter ke... 


For your information, with your email only, your account can be hack and cracked. cik giRang pernah guna satu tool ni tapi tak berjaya sebab kene bayar kalu nak dapat hack account fesbuk orang lain. ** i created another email and facebook account for this purpose. takde orang lain yang menjadi mangsa **


Right now cik giRang tengah mencari method untuk hack and crack facebook account orang. Da banyak sangat kes ni skang ni. Pada cik giRang, tak salah kita nak belaja black knowledge camni asalkan kita tak gunakan untuk buat benda tak elok la kan. Lagipon, in order to find better way to prevent it from happen, we've to know how it's done first. 


Ok readers.. sampai sini je la dulu kot. Nanti sambung next time eh. Pesanan dari cik giRang, jaga la identiti anda elok-elok, tak kira la identiti di dunia nyata atau dunia maya.

till we meet again (^_~)

Wednesday, November 3, 2010

disable right click function

many people seems to disable right click function on their blog. and their reason for doing that is one and only one..


TO ENSURE THAT ALL OF THE THINGS INSIDE MY BLOG IS MINE 
AND ONLY MINE!!!


ok fellas...especially for those who think that disable the right click function to avoid your entry/post/text or images being copied by others...there's one thing that you all should know...


DISABLE RIGHT CLICK FUNCTION DOES NOT SOLVE THE ISSUE.


why and why am i saying this? it's because there is still another way that can be use to copy your entry/post/text and images in your blog. so far, i haven't found any way to encounter those methods.


and how to do that? firstly, you do this...then this..then that and finally those...


what? you really wanted to know how to do that? well, give me 10 good reasons then i'll reveal it to you. if your reason is to make reference for your assignment, or the gurls' picture is damn cute.. then keep on dreaming coz i wont tell you any.


you can have another better resources from experts that have done a lot of research for your assignment. juz google it.


and for the gurls' damn cute pictures...why would you wanted to keep those pictures? you are going to use it for what? saja suka-suka simpan is not a license to steal others' belongings.


i wont juz simply tell you how because i don't see any good in doing so.. why on earth do you really wanted to know on how to copy all those? if the owner say "no, you can't have it" then it means you can't have it. learn to respect other people if you wanted to be respected by another people.


some of you might not believe that your writings and pictures can still be captured. well then..for those unbelievers, i can prove my words. disable the right click function on your blog and give me the link to one of your entry that contains texts and picture.


blog owners especially gurls... if you want to secure you picture from being taken by unknown, you may
  • put watermark on your pictures
  • edit your pictures by making it not so clear thus people wouldn't feel like having them as part of their collection

and for the text,  you might have to warn to your reader that plagiarizing is not a good deed and we are accountable for each and every deed we done regardless it's done in real or virtual world. you may have to remind them to give you credit for the things of your own if they insist to have it and share it on their site. you can also ask them to link the things that they've took from you back to you site.


 my advice is that..remember the golden rule..

 DO NOT DO UNTO OTHERS THINGS THAT YOU DO NOT WANT THEM TO DO UNTO YOU

and install it within yourself and always use this golden rule application whenever you wanted to do something that involves other people..regardless it is in the real world or the virtual world.


till we meet again
(^_~)