Click sini untuk menambah tabungan nikah cik giRang...masheh.. (^_~)

Wednesday, September 28, 2011

Pekerjaan Pertunangan Pengantin

FUH!!!

FUUUHHHHHHH!!

FUH FUH FUH!!!!

Uiiiii...berhabuk sakan blog ni...FUH FUH!!!

Aiii..tu la kan..da berzaman x hapdet... hehehe..da lama x hapdet ni, makanya banyak la cerita terkumpul yang nak dikongsi bersama...

Sebelum tu...lupa plak nak bagi salam... assalamu'alaikum duhai pentandang-pentandang sekalian..hehehe...tima kasih la sebab sudi menapak di sini.... (^_^)


Pekerjaan...

Setelah 6 bulan menjadi penternak penanam anggur berjaya di rumah, cik giRang telah berjaya menjadi ahli keluarga Tenaga Nasional Berhad (TNB)... tapi sebagai trainee je la.. cik giRang telah diterima sebagai pelatih untuk Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Sempat la berkenalan dengan Kak Fiza, Mira, Jo dan yang lain-lainnya (kalu sebut kat sini ramai sangat). Jumpa plak kawan lama cik giRang, Athirah yang bekerja kat sana dalam team security.

3 speky...tunangan-tunangan orang..hehehe..

Selepas sebulan, cik giRang menyerahkan surat perletakan jawatan kepada yang berkenaan. Ececeh.. macam la besar sangat jawatan tu untuk diletak-letakkan kan.. Pelatih je pon..huhuhu..

Kini, sudah hampir sebulan cik giRang memulakan kerjaya di Steelcase Global Shared Services bertempat di Gardens, Mid Valley City...betol-betol belakang Mid Valley tuh.. Minggu pertama tu punya la tension sebab asyik sesat dalam mall tu je... yela kan....bukannye kaki jalan...tu yang boleh sesat-mesat tuh.. Tapi kini sudah hampir pasti..Mid Valley di dalam tanganku..hahhahaha... (tapi sesat jugak lagik tuh..huhuuhuu)



Percintaan

Ehem... =D

tersenyum selebar-lebarnya sambil menarikan jemari di atas papan kekunci...

Alhamdulillah...sudah hampir genap seminggu cik giRang menjadi tunangan si munCet... Majlis dibuat sehari selepas Hari Malaysia, buat dua majlis serentak pada hari tersebut. Sebelah pagi tu majlis cukur jambul or baby shower untuk anak kak ngah cik giRang, the cutey baby allina...

Sharifah Allina Syed Abdul Bahari @ Farouk

Sebelah petang tu after zohor barulah majlis pertunangan. Memandangkan rombongan lelaki datang dari Johor dan memulakan perjalanan pagi tu, memang kene sangat la kan dorang sampai tengahari tu terus ke meja makan..hehehe.. lauk istimewa dari kami pihak tuan rumah ialah ikan patin masak lemak tempoyak special edition dan sayur lemak budu special edition... special edition sebab resipi tu istimewa dari ummi dan abah cik giRang.

Abah yang pakai kopiah tu..kepenatan dan kepanasan kot sampai terbukak butang bajunya tu.
Ummi yang bertudung hijau pucuk pisang hanya memandang dari jauh.

Pagi tu memang cik giRang kelam kabut. Orang yang lain kelam kabut uruskan majlis baby shower kat luar, tapi cik giRang kelam kabut men-settle-kan tudung tunang yang tak siap lagi. Tudung menggunakan kain chiffon yang disiapkan di pagi sebelum majlis tunang. cik giRang amek idea cik Kina. WAhhhh..terpaksa menggigihkan diri menyiapkan tudung ni. Bila tengok tudung Kina, uih cantiknya buat tudung camtu. tapinya material chiffon ni memerlukan kerja keras jugak rupanya. Salute cik Kina...sebab tudung cik giRang x berapa menjadi sangat tapi Kina buat tudung dia tu jadi cantik....huhuhu

Baju tunang yang cik giRang pakai tu dijahit sendiri oleh ummi cik giRang. Baju pon siap last minute tapi cik giRang puas ati. Make up artist adalah adik cik giRang sendiri. Menggunakan make up jenama MAC milik kak ngah cik giRang yang bermurah hati menyumbangkan sedikit alat soleknya untuk cik giRang gunakan..hahaha..suka suka! =D

Berkenaan pelamin, sebenarnya kalu ikotkan perancangan asal, nak duduk atas kusyen biasa je. Tapi disebabkan kakngah terjumpa pelamin yang memukau pandangan mata ni, makanya cik giRang pon terus terpikat untuk menggunakan pelamin mini tersebut untuk momen menyarungkan cincin. Amek pakej buaian sekali dengan pelamin la kiranya ni. Sebelah paginya pelamin mini tu diletakkan dengan buaian berendoi untuk baby leena. Untuk majlis petang tu, buaian tu dialihkan la. Menggigil rasanya masa melangkah ke pelamin tu. Malu sangat bila menjadi center of attraction. Tapi majlis tunang kite kan..ofkos la orang tengok kite.. takkan orang datang tengok pokok plak kan...

Saudara-mara yang hadir. Ni majlis baby shower belah pagi.  Berdekatan dgn kipas tu la buai berendoi dan pelaminnya.

Hantaran 7 dulang dari pihak lelaki dibalas 9 oleh pihak perempuan. Kek dari pihak perempuan disponsor oleh kak Zita. Terima kasih banyak-banyak akak..hehehe... Hantaran dari pihak lelaki adalah sireh, cincin, kek, kain pasang, buah, coklat and last but not least, handbag dan kasut. Dari pihak perempuan plak, sireh, potpuri, baju n seluar, sneaker, wallet dan belt, kek, towel, buah dan akhirnya kain untuk dibuat baju melayu.

Uuiii cik giRang..bercerita bagai..mana gambarnye? Ye...gambar sewaktu majlis....ada di dalam kamera kak ngah cik giRang di rumahnya di kuantan... Arrgghh tension rasanya... laptop x dapat detect memory card tu menyebabkan cik giRang tak dapat copy gambar2 sewaktu majlis..huhuhuhuhuhu... Gambar diambil oleh adik kak Zita dengan bayaran zero sen..hehehehe..menggunakan kamera dslr milik kak ngah. Huhuhuu...teringin nak review gambar majlis tapi gambarnya xde..huhuuhuh... Takpela eh...bila-bila nanti bila cik giRang dapat gambar tu nanti, cik giRang kongsikan gambar baju dan jugak pelamin tersebut. Gambar-gambar yang ada ni dikutip dari facebook kak long cik giRang yang sudi share few pics dari kamera dia. Tq kak!



Pameran Pengantin Malaysia Anjuran Urban Vibe Event di Ampang Point

Pegi sini da last minit... cik giRang pegi dengan Nik and Fatin. Setengah jam je duk atas jalan disebabkan jem punya pasal... Dah la keta yang dinaiki tu tidak berfungsi air-con nye... So sepanjang jalan kitorang bukak tingkap. Duduk plak belakang bas. Sekali driver bas tekan minyak...terkentut-kentut bas tu dengan asap yang terpaksa kitorang telan. Kesian kat driver kitorang, cik Fatin sebab paling banyak makan asap ari tu.

Actually, segan sebenarnya nak pegi. Sebab utamanya.... sebab takut nak jumpa dengan pemilik butik Dina Halim. Kan ari tu cik giRang menang untuk contest edisi kedua anjuran Dina Halim tapi sampai sekarang hadiah tu masih belum di redeem lagi. Dah la senyap je xde contact-contact dengan kak Nadia. Alhamdulillah, kak Nadia baik sangat. Telah berdiskusi bersama dan insyaAllah tak lama lagi kitorang redeem la hadiah tu..hehehe... Detailsnya x boleh dikasi tau di sini.. nanti tunggu da jadik dulu baru boleh kongsi. (^_^)

Sebelum mengundurkan diri, cik giRang nak kongsi lagi satu gambar dengan korang sume. Gambar ape? Saksikan la..



Gambar tu adalah untuk mempromosikan iron tersebut.. eh eh tak..gurau je. Gambar tu mencoret kisah yang berlaku di pagi tersebut. Kalau nak tau kisahnya, nantikan entry seterusnya. Wokkeh sume..mau chiauuw dulu. Kerja sedang banyak menanti.

Gud babai all~ ... tata (^_~)